Salam sejahtera, para pembaca setiaku? Sudahkah anda baca recap Firasat 1? Kalau belum, pergi baca dahulu. Nanti terpinga-pinga dengan apa yang sedang berlaku pada musim kedua!
So… Bagaimana? Adakah anda semua SHOOK dengan episod pertama? Saya hanya shook dengan babak terakhir ah. Jalan cerita episod pertama ni macam ok-ok je. Saya tidak pasti sama ada ia akan membina jalan cerita yang lebih mendalam di mana ia akan connect dengan episod-episod akan datang, serta musim lepas supaya penonton boleh lihat “the big picture”. Saya rasa tidak. Seperti musim lalu di mana setiap episod ada ceritanya sendiri tapi pada masa yang sama ada plot utama yang berkesinambungan ah eh.
Jom baca reviu episod 1 yang dibintangi Norman Ishak, Fizah Nizam, Nurul Aini, Syirah Jusni, Imam Shah, Jun Junalis, Lim Yu-Beng, Sani Hussin, Izzat Yusoff dan Awad Salim.
Episod 1
Ye ke?
Firman sedang mengejar seorang banduan yang melarikan diri. Adam berjaya mengambil Jimmy sebagai tebusan. Firman dan Shahid ingin menembak Adam tetapi ragu-ragu kerana takut bahawa tembakan mereka akan terkena Jimmy.
FYI, sir is tuan. Bukan encik.
Oleh kerana Firman mempunyai kuasa untuk melihat ke masa hadapan, dia ternampak bahawa Adam akan menembak Jimmy dan Shahid. Untuk mengelak kejadian itu, Firman menembak Adam. Nasib tembakannya terkena Adam. Adam pun mati.
Firman mimpi bahawa kandungan isterinya gugur.
Dia dikejutkan oleh Dr Erlina. Dia ingin letak jawatan di Wallbrook Institute.
Hanie rasakan bahawa ada yang tidak kena dengan Jimmy. Seperti dia seorang yang lain. Maklumlah… Dia KASIMIR!
Mereka semua mengadakan sesi barbeku di kondo Jimmy.
Anak Hanie menumpang tandas di rumah Jimmy dan kepo. Dia masuk bilik Jimmy yang ada tampal-tampal muka suspek dan segalanya. Ini dinding standard untuk drama polis-polis.
Jimmy menyuruh dia keluar.
WE HAVE THE NEW DAIKIN
Cakap pasal iklan, I pun nak iklan sikit.
Sudi-sudilah beli kuih ini ya.
Firman masih mengingatkan abangnya. Dia rasa kecewa kerana dia menyelamatkan semua mangsa ramalan Syawal kecuali Syawal.
Kes minggu ini. Izzat seorang banduan yang telah melarikan diri dari penjara. Dia telah mengaku bersalah setelah merompak kenderaan yang mengandungi banyak harta benda. Semasa di penjara, isterinya mati dan mayat isterinya hanya dijumpai setelah dua hari. Izzat menyalahkan rakan-rakannya kerana tidak menepati janji, iaitu untuk menjaga Wati.
Eh, kalau dah ajal pun macam mana eh? Hmm… Penonton juga tidak diberitahu bagaimana Wati mati. Akankah kita bakal mendapat jawapannya pada episod-episod akan datang?
Izzat menembak rakannya dan secara kebetulan, pasukan Jimmy mengambil kes ini.
Izzat mempunyai satu saudara sahaja dan Firman ingin bertemubual dengan saudara tersebut.
HUH? Macam dengan tiba-tiba sak. Like where did he come from??? Macam mana dia tau Kamsani ni akan memberi jawapan? Takkan la si Izzat ada seorang saudara je kan??? This case is too easy.
Dengan siapa je Shahid berbual.
Maya Alhadad ingin berjumpa Firman.
Semasa menunggu, Maya membaca berita pasal Firman.
Maya mempunyai alat yang mampu mencipta gambar-gambar jenayah 3 hari sebelum ia berlaku.
Hmmm… 3 hari sebelum ia berlaku? Macam pernah dengar.
Eh… Kutuk ke?
Dr Yasmin Ghazali ingin membantu Firman untuk mengembangkan lagi “kuasa”nya itu.
Maya menunjukkan gambar-gambar jenayah kepada Firman.
Mereka ingin Firman bekerjasama dengan mereka.
Ni adegan paling merepek? Si isteri tak berbual apa-apa pun. Abeh bila nak cakap pasal Izzat dia dihalau???? Apa je. Might as well jangan letak dia in the picture.
Firman rasa bahawa Kamsani ada kena mengena dengan kes Izzat.
Firman ternampak potret keluarga. Dan anak dalam gambar itu seperti apa yang dilihat di iPad Maya…
Izzat menculik anak Kamsani!
Kes culik? Hmmm…. Flashback musim pertama episod 3.
Wow, mana dia dapat pistol dan juga peluru eh? Dia tembak banyak kali tau.
Izzat ditembak tetapi dia boleh heal dengan pantas! Wow, kuasa WOLVERINE.
LOL salah seorang pegawai polis ditembak.
Izzat melarikan diri tetapi polis tak kejar???? Ada kereta untuk apa sak.
Izzat berjawa meloloskan diri kerana meretak tulang tangannya ah abeh handcuff boleh slip gitu.
Maya mempunyai persepsi yang berbeza terhadap Gifted. Dia rasa bahawa ada yang patut dikawal dan dipenjarakan manakala bapanya pula berpendapat bahawa semua gifted ones baik.
Jimmy memerhatikan perbualan Firman dan Maya dari jauh.
Kamsani mendapat mesej daripada Izzat.
Setelah menyelidik, Firman akhirnya mendapat tahu bahawa Izzat berada di kilang Kamsani sebab why not????
Maya sebenarnya sedang online shopping.
Kamsani merayu kepada Izzat tetapi Izzat ingin Kamsani merasakan kehilangan seorang ahli keluarga. Seperti apa yang dia rasakan.
Firman muncul dan selesaikan masalah kerana dia juga kehilangan seseorang.
Dia menembak Izzat.
Tapi Izzat ada healing powers so HE IS BACK.
Tapi Firman ada kuasa untuk lihat masa hadapan so dia rancang pergerakannya dan mencekik Izzat hingga tidak boleh bernafas. Weak ah, ada kuasa wolverine tapi tak boleh gaduh????
Maya ingin meletakkan Izzat di penjaranya kerana tidak mahu Izzat lolos sekali lagi. Wow. So sekarang Maya ni macam SHIELD?
Mereka ke kubur Syawal.
Firman ingin bekerjasama dengan Maya dan Dr Yasmin.
Wow, Dr Yasmin boleh berkomunikasi menerusi minda orang. Telepathy gitu.
Firman terkejut melihat isterinya mencuba baju ini. Kerana dalam mimpinya di mana Dr Erlina keguguran, Dr Erlina memakai baju ini.
Kobol???? Ini kilang Maya di mana dia melakukan kerja-kerja underground untuk melatih gifted ones. Dipanggil Facility aka School for Gifted Youngsters.
Oooh… Apa eh?
SHOOK. MASIH HIDUP?
Ini after credits apa?????? Product Placement??
Ok so Syawal masih hidup???? Adakah Syawal sebab mengapa Maya mempunyai alat yang boleh mencipta gambar-gambar jenayah yang bakal berlaku? Is it even ethical to do that???? Apakah motif Maya sebenarnya? Untuk menolong atau mempergunakan the gifted ones? Siapakah Dr Yasmin? Apakah tujuan Jimmy sekarang? Kes minggu ini ada kena mengena tak??? Banyak soalan eh!
Can’t wait for next episode!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
The part yang Maya sebenarnye tgh online shopping is hilarious 😂
Keep your critics coming!!! Looking forward to the next critic for firasat2 💜
LikeLike
It will be out by end of this week, InsyaAllah!
LikeLike
[…] Salam sejahtera, para pembaca setiaku. Kali ini saya akan menulis pasal drama sci-fi Melayu di Suria iaitu Firasat. […]
LikeLike