Salam sejahtera! Saya pasti ramai pasti tahu bahawa Firasat bakal kembali dengan musim yang kedua! #Firasat2Suria. Awak pun ada #Firasat ke? #ApakahFirasat anda?
Drama ala-ala polis-polis/sci-fi/misteri yang dibintangi Norman Ishak, Sani Hussin, Fizah Nizam, Lim Yu-Beng, Imam Shah, Jun Junalis dan ramai lagi ini menceritakan seorang bekas pegawai CID bernama Firman Salihin yang mendapat tahu bahawa abangnya, Syawal, mempunyai kebolehan luar biasa (kuasa) untuk melihat masa hadapan. Bersama rakan CIDnya, Jimmy dan seorang ahli psikaitrik, Dr Erlina, mereka berempat bekerjasama untuk selamatkan dunia gitu.
Di bawah saya akan membuat kupasan watak dan juga perwatakan dalam drama ini. Dan juga bagaimana watak tersebut muncul dalam timeline dan mungkin mengapa drama ini harus ada musim kedua.
Firman Salihin (Norman Ishak)
- Bekas pegawai CID
- Terlibat dalam kemalangan jalan raya, tu pasal dia terpaksa berhenti bekerja buat seketika
- Adik kepada Syawal Salihin
- Melakukan apa sahaja untuk melindungi abangnya
- Mempunyai kuasa firasat, tetapi kuasa itu tidak “dihidupkan” seawal abangnya
- Kekasih Dr Erlina
- Mendapat tahu bahawa abangnya mempunyai kuasa untuk melihat masa hadapan, lukisan abangnya menjadi bukti-bukti untuk kes-kes misteri
- Dengan lukisan abangnya, dia mengelak jenayah/bencana
Jimmy (Lim Yu-Beng)
- Bos Firman
- Mula-mula agak skeptikal dengan lukisan-lukisan abang Firman
- Setelah itu, mengguna lukisan sebagai petunjuk untuk selesaikan kes-kes
- Bertukar badan dengan Kasimir Bazan
Dr Erlina Hashim (Fizah Nizam)
- Ahli psikaitrik
- Doktor kepada Syawal
- Meyakinkan Firman untuk menerima abangnya seadanya
- Menyelidik dengan lebih tentang “The Gifted Ones”
- Mendapat tahu bahawa The Gifted Ones macam X-men di mana Baraq Alhadad (aka Professor X) merekrut semua individu yang mempunyai kuasa luar biasa (telepathy, telekinesis, hypnotise dan lain-lain) ke institut Wallbrook
Syawal Salihin (Sani Hussin)
- Abang Firman
- Mempunyai kuasa untuk melihat masa hadapan (firasat), dan melukis kejadian itu
- Dimasukkan ke dalam program The Gifted Ones
- Kembali bersama adiknya setelah berpuluh tahun
- Menolong adiknya dalam kes-kes melalui lukisannya
- Dipukau oleh seseorang agar diri dia diculik
- Mati di akhir episod
Shahid (Imam Shah)
- Rakan kerja Firman
- Dipukau untuk cederakan Jimmy
- Matair Hanie
- Tidak tahu akan kuasa luar biasa Syawal
- Akan muncul dalam musim kedua dan mungkin ada kuasa tersendiri? Atau mendapat tahu pasal kuasa Firman?
Hanie (Jun Junalis)
- Rakan kerja Firman
- Matair Shahid
- Ibu tunggal
- Tidak tahu akan kuasa luar biasa Syawal
- Akan muncul dalam musim kedua dan mungkin ada kuasa tersendiri? Atau mendapat tahu pasal kuasa Firman?
Dr Barak Alhadad
- Profesor X
- Boleh “merawat” pesakit???? Entahlah macam mana dia tau pasal orang-orang ber”kuasa” pun saya tak begitu pasti eh
- Merekrut semua “pesakit” yang mempunyai kuasa luar biasa ke Wallbrook Institute
- Dipercayai dibunuh
- Ada lelaman sendiri, Suria really all out untuk drama ini http://drbarakalhaddadwasmurdered.com/
- Mengguna-gunakan Kasimir untuk mencari mereka-mereka yang mempunyai kebolehan luar biasa
Pemukau (Ikah Jamil)
- Punyai kebolehan untuk memukau orang hanya dengan menyentuh
- Ekcili dia bukan kuasa ah, dia ilmu hitam lol
- Ditipu oleh Kasimir untuk memukau Syawal
- Dia fikir bahawa dia melakukan semua untuk kebaikan dunia lol
- Mempunyai perasaan terhadap Syawal (kot) kerana Syawal ada perasaan terhadapnya
- Berniat baik tetapi akhirnya terpaksa melakukan kejahatan
- Ditembak mati oleh Kasimir
- Dia macam Mystique ah – kenek tipu, dipergunakan dan pendirian bercanggah
Kasimir Bazan
- Tiada kuasa luar biasa, tetapi kebolehannya adalah untuk mengesan siapa ada kuasa luar biasa, aka dia lah Cerebro
- Rasa seolah-olah diperguna-gunakan oleh Dr Alhadad
- Oleh kerana itu, dia ingin bunuh semua yang ber”kuasa”, termasuk Syawal
- Loghat Rusia
- Menukar badan dengan Jimmy
- Ditembak oleh Firman
Maya Alhadad (Nurul Aini)
- Anak Dr Alhadad – successor la gitu, ala-ala Jean Grey/Storm
- Ingin menolong Firman
- Memberitahu Firman bahawa Firman juga mempunyai kuasa firasat dan harus cuba untuk hidupkan kuasa itu
- Mungkin akan muncul dalam musim kedua?
Body Swapper (Atyy Malek)
- Mempunyai kuasa untuk mengalihkan roh seseorang dalam badan orang lain
- Ala-ala X-men Apocalypse la kan!
- Menukar badan Kasimir dan Jimmy
- Setakat pegang kepala kedua-dua orang je. Saya musykil, bagaimana dia tahu dia ada kuasa menukar roh eh? Is it dia terpegang kepala mak bapak dia abeh terus roh mereka tertukar hahahaha
Akhirnya, minda Kasimir berada dalam badan Jimmy manakala “Jimmy” ditembak. Or is it?
So… Apa yang bakal terjadi dalam musim kedua? Mungkin kita akan dapat tahu mengapa individu-individu ini ada kuasa istimewa? Adakah kerana baka, radioaktif atau magik? Kita akan dapat origin story? Adakah Firman akan menggunakan kebolehannya yang luar biasa untuk selesaikan kes-kesnya? Jimmy/Kasimir pula akan terus kerja sebagai pegawai CID tapi pada masa yang sama mencari mereka-mereka yang mempunyai kuasa? Apa niat sebenar Kasimir menukar badan dengan Jimmy? Maya Alhadad akan membimbing Firman untuk mengawal kuasanya? Dan bersama Dr Erlina, Maya akan membuka balik Wallbrook Institute dan menjadikannya ALHADAD’s SCHOOL FOR GIFTED YOUNGSTERS? Ni bukan X-men, ni A-MEN HAHAHA.
Secara terus terang, apabila saya menonton drama ini pada 2014/2015, saya agak suka dengan konsep yang agak lain dan luar dunia. Ia juga interaktif di mana penonton diajak melungsuri lelaman untuk menyelesaikan misteri kematian Dr Alhadad. Saya juga suka akan lakonan Norman Ishak dan Sani Hussin. Sungguh meyakinkan, mereka menjiwai watak dan menghidupkan watak! Tapi kalau boleh Jimmy berbual Inggeris sudah. Cuma, semasa menonton, saya tidak dapat hentikan diri saya daripada membandingkan drama ini dengan X-Men. Terlalu banyak persamaan! Cuma Firasat merupakan X-Men on budget dan less developed mutants ah. Dan apabila Maya memberitahu bahawa Firman pun ada kuasa luar biasa, itu agak klisye ah. Kuasa sebenarnya hereditary, dan setiap orang boleh tap their powers pada usia berbeza, meh. That’s like in almost 80% of dramas like these. Namun, saya suka drama ini kerana ia dark dan lain daripada drama Suria yang biasa-biasa. Jalan ceritanya juga amat menarik dan selalu menimbulkan tanda tanya. Setiap minggu, Jimmy dan Firman akan pertaruhkan nyawa semata-mata untuk selesaikan misteri. Cuma the whole idea of “super powers” ini agak X-Men.
Segala soalan (mungkin) akan dijawab dalam Firasat 2! Menurut Nurul Aini dan Norman Ishak dalam wawancaranya di Jus pada 19 Disember, penonton akan dikejutkan dengan babak terakhir episod satu. Agak-agak apa eh? Maya Alhadad sebenarnya berkomplot bersama Kasimir?
Siap dengan after credits scene! Sungguh Marvel.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle, gifs from Google)
[…] sejahtera, para pembaca setiaku? Sudahkah anda baca recap Firasat 1? Kalau belum, pergi baca dahulu. Nanti terpinga-pinga dengan apa yang sedang berlaku pada musim […]
LikeLike
U asik bandingkan dgn citer X-men, i pula asik bandingkan dgn citer NBC TV series Heroes 😉 same gile beb! Kuasa Shawal yg boleh melukis masa depan sama dgn watak Isaac mandez dlm citer Heroes and the villain Kasimir sama mcm Sylar! Apepe pun.. Tetap excited n mind blowing lah Firasat! Keep ur blog going!!! 💜
LikeLike
TBH, drama ini banyak persamaan dengan cerita-cerita sci-fi lain juga. Seperti Agents of SHIELD! Cuma saya harap Suria dapat me-local-kan drama ini agar ia lebih relevan kepada penonton setempat.
LikeLike