Salam rabiulakhir, para pembaca setiaku! (Maaf, lambat nak ucak rabiulakhir, maklumlah sibuk dengan #festive syirik ala kafir baru-baru ini)
Pada hari Rabu, Suria telah mengenalkan kita kepada drama bersiri terbaru yang menggantikan drama Picit. Bertajuk Kelab J, saya rasa drama ini mahu membuktikan bahawa wanita Janda sebenarnya berwawasan, berfikiran positif vibes, berjaya dan semua yang positif lah. Ini kerana dalam masyarakat Melayu (dan juga masyarakat secara amnya), Janda sering dikaitkan dengan benda-benda yang negatif. Seorang wanita yang telah diceraikan kerana tidak tahu menjaga suami, terpaksa menangani masalah anak sendiri kerana bekas suami tidak membantu, tidak laku dan oleh itu masih berjanda, harus nikah cepat-cepat agar boleh mencapai kebahagiaan sekali lagi. KENAPA? Kenapa perkara ini tidak dikaitkan dengan lelaki-lelaki duda? Kenapa bila istilah “duda” diucapkan, pasti orang ramai akan kata “oh kaya, hensem, ada rumah, duduk sorang, baik, etc…”???? Double standard sak. We live in a men’s world ah eh.
Dibintangi Rahimah Yusof, Ariati Tyeb Papar, Era Farida, Siti Hajar Gani, Farhana M Noor, Dawn Prima Ria, Yaya Hamid, Jeff Catz, Shahril Wahid, Taufiq Salleh dan Paul Foster. Hmmm… Tiada wanita bertudung ke? Adakah kerana kita masih berpendapat bahawa wanita bertudung sukar untuk berjaya? Hanya wanita “liberal” sahaja yang boleh menembus ceiling? Sehelai kain menjadi penghambat? Hmm…
Saya harap sangat drama Kelab J ini dapat serba sedikit menukar presepsi masyarakat Melayu terhadap para janda di luar sana dan juga mengetengahkan isu-isu yang membelenggu wanita secara amnya. It’s 2017 dan ia sudah masanya untuk wanita Melayu menukar tradisi. Mungkinkah drama ini dapat menunjukkan empowerment wanita dan bahawa wanita boleh berdikari?
Ataupun sebenarnya ia sebuah rancangan keluarga?
Is it K ke J ke I dan Suria akan work backwards?
Episod 1
Dalam pejabat? Ke dalam bilik hotel sedang berzina? Drama Suria baru-baru ini suka tunjuk adegan zina eh?
Bilik hotel ini ditaja oleh Park Royal.
Eh? Yaya Hamid? Akhirnya! Is it dia nak buat solo appearance di mana dia sahajalah pemenang Anugerah yang akan muncul dalam drama ini?
Linda amat marah kerana ibunya tidak hadir untuk menonton persembahannya.
Yaya Hamid looks small dan boleh membawa watak budak remaja tetapi mukanya agak terlalu dewasa so macam pelik.
Halimah menerangkan mengapa dia tidak dapat hadir ke persembahan Linda. Macamlah Linda nak tahu alasannya. Suaminya pun menegurnya.
Untuk memujuk hati anaknya, Halimah setuju untuk belikan beg MRM????
Suami dia pandai elak dan kata ada conference la apa la. Takkan tak kasi balik kunci tu???
Suaminya ingin berbual tentang anaknya tapi Halimah sibuk dengan kerja.
Halimah menaikkan pangkat pekerjanya, Liana. Halimah pemilik Indah Beauty Spa. Hmmm… Wanita berjaya yang memiliki spa tetapi mempunyai masalah rumahtangga. Macam pernah dengar cerita tu. Oh ya…
Spa Q!
Liana agak kurang percaya dengan diri sendiri dengan jawatan baru yang diberi.
Rakan Halimah, Atiqa, merupakan imej konsultant spanya. Halimah ingin khidmat Atiqa untuk melatih pekerja baru.
Atiqa seorang janda dan hidupnya kini semakin berjaya setelah penceraian. Adakah watak ini kesinambungan watak Ariati dalam drama Kemelut? If yes, YAS.
Halimah ternampak suaminya dengan seorang wanita. Telefon tidak dijawab…
Suaminya tak bohong. Meeting perempuan simpanan lah.
Halimah bersemuka dengan mereka berdua.
HAHAHAHA Snow Queen sak kenek!!!
Pergaduhan mereka dirakam oleh seseorang. Adakah adegan ini mengingatkan anda terhadap drama Picit? Yes? Sama sekali!
Halimah inginkan jawapan.
Shade sak Halimah! Suaminya pun berkata bahawa semenja bisnes Halimah semakin rancak, dia tidak lagi layan suami seperti dahulu, rasa diabaikan. Eh, sama sak macam Picit!
Kenapa suami selalu salahkan isteri yang berkerjaya? Kenapa suami tidak boleh menyokong isteri? Patutkah suami mencari wanita lain? Adakah ia salah isteri kerana menumpukan perhatian terhadap kerjaya padahal kerjayanya adalah untuk keluarga? Masalah rumahtangga tidak pernah salah satu pihak sahaja. Saya rasa dua-dua pihak bersalah dan harus berbincang.
Linda terdengar pertelingkahan mereka dan dia amat delusional.
Dia amat risaukan Linda tapi si Zila ni tak kisah pun. Dia berpura-pura sahaja. Dia nak Jeff Catz pun buat apa eh? Bukannya dia kaya sangat, kaya pun sebab isterinya.
YAAAAS WERK
Suami dia bodoh or what. Isteri dah bagus invest kat bisnes masih nak curang.
Video pergaduhan tersebar. Betul sak macam Picit!!! Is it kita tengok Picit lagi????? Kenapa kalau video viral, si mangsa dalam video selalu orang terakhir untuk tonton eh?
Semua orang di pejabat sudah tahu pasal video. Halimah ingin mengambil cuti untuk selesaikan masalag di rumah. Liana terpaksa mengambil alih tempat Halimah buat sementara waktu. Semakin sibuk Liana.
HUH. Demanding pe suami dia? Kalau dia nak isteri ideal, pergi kahwin robot Jepun la!
Dia tak sokong isteri dia eh? Tak ucap tahniah atau kata-kata perangsang. Apa yang dia nak? Kesempurnaan daripada isteri? Kesian Liana!
Hmm… Dia sebagai suami layan isteri dengan baik ke? Zaman apa ni nak isteri jadi maid? Kerja-kerja rumah sepatutnya dikongsi bersama. Ni mesti dibesarkan dalam suasana tradisional di mana ibu seorang surirumah dan melakukan segalanya!
Sesi pujuk-memujuk.
Udang disebalik mi telah keluar. Dia nak kahwin Zila.
Sepakan diberi.
Cerai diminta. HUH. Drama pasal empowering women tapi tak tuntut cerai?????
LOL @ Linda
Lakonan Yaya Hamid sungguh berkesan saya rasa macam nak sepak. Wataknya terserlah, seorang remaja yang tidak tahu apa-apa dan hanya salahkan ibu. Padahal bapak dia yang curang. Dia ni kalau dah kahwin suami ada perempuan lain macam mana eh?
Halimah fikir benda viral boleh dihapuskan sebegitu sahaja?
Atiqa pun memarahi Halimah kerana tidak menangani masalah ini dengan secara profesional. Saya pun marah sak! Dia takde PR team ke untuk clean up the mess?????
YAAAAAS.
Oleh kerana terlalu miskin untuk mengupah PR, Halimah sendiri yang menaip apology letter di Fesbuknya. URGH.
Ye lah. Lelaki suka perempuan simpanan sebab ada thrill. Sekarang semua dah tahu so takde thrill.
While other women are busy achieving success, some women undercut the success of others.
Eh suami Liana ni. Dia sindir Liana ke? Kata rumahtangga Halimah berkecamuk kerana dia wanita kerjaya? Erm… Lelaki Melayu semua gini eh???
Tiada orang berada di pelancaran eksklusif Indah Beauty Spa. Hmm… Sepatutnya lebih ramai orang kan sebab KONTROVERSI. Everyone loves that??
Ha kau. 5 wanita Melayu berjaya tiba dan kononnya mencari-cari Halimah like she’s a commoner padahal dia lah yang mengendalikan acara ini. Apa terjadi eh?
Ok, sejauh ini drama ini agak menarik. Saya ingin tahu apa yang bakal berlaku kepada Halimah di event ini. Dan bagaimana pula dengan rumahtangganya? Saya juga tidak sabar untuk melihat kemunculan pelakon-pelakon lain seperti Era Farida! Saya berharap drama ini akan berakhir di mana semua wanita berjaya or what eh.
Itu sahaja!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Wow, keluarga bahagia bermain monopoly. Yaya Hamid memainkan watak daddy’s girl. Sama seperti dalam Kelab J. […]
LikeLike
[…] episod 1, kakak-kakak berjaya tiba-tiba muncul di acara pelancaran Kelab J VIP dan mencari Halimah macam nak […]
LikeLike