Bingit 4: Aku Ok

Salam semua! Yay, reviu pertama 2017. Kali ini pasal episod terakhir Bingit. Seorang pelajar universiti, Amelia, sibuk membahagi masa antara sekolah, bisnes dan juga kerjaya peragawatinya tu. Mampukah Amelia melakukan segalanya sendiri? Apa penyakit yang bakal dia hidapi dalam drama ini? Jom kita lihat lakonan bae Sheiryn Aisiqa, Yuslina Yussof, Junaidah Eksan, Fadli Kamsani, Abdullah Ahmad dan Nina Halim dalam episod ini!


Episod 7

img_0823

Babak sarapan drama Melayu: roti dikeluarkan dari plastiknya, tersedia segala botol-botol mentega kacang, jam dan sebagainya. Mentega juga dibuka dari kertas wrapping dan diletakkan di atas pinggan. Susu, teh dan kekadang jus oren juga ada, pinggan 10 padahal kat rumah hanya 3 orang.

Realiti: prata bungkus kuah campur, makan straight from the bungkus.

Amelia menyuruh adiknya Ikah mengambil bungkusan di atas. Padahal dia boleh bawak sendiri tau tadi??? Sengaja nak kacau adik dia.

Apabila disuruh menolong kakaknya, Ikah memberi alasan sibuk dengan kerja sekolah. Ibunya menyebelahi Amelia dan berkata dahulu dia juga menangani segalanya sendiri. Kakaknya merupakan contoh.

img_0826

Amelia sedang menikmati teh yang disediakan ibunya.

6041_not

img_0828

Anak orang kaya klisye: keluar kereta dengan kaca mata hitam sambil mengadjust rambut.

img_0829

Zaman apa ni masih gunakan buku fizikal? PDF, sis.

img_0830

Amelia memberitahu rakan-rakan serta pengikutnya bahawa dia sedang living the life yang mereka semua inginkan.

img_0831

Babak uni ala Suria: pelajar secara rambang membaca buku tebal di koridor kononnya ia tahun 1980 di mana buku-buku tebal masih relevan

img_0832

Huh? Econs? Bukan ke tu kursus kau? Kau tulis esei apa???? What’s the mod???

Wow, Amelia top student la. Flashback 11 Oktober. Dan cita-cita dia tinggi eh nak bersara pada usia 30 tahun. Kawan dia malas nak layan dan belah ke perpustakaan.

Amelia di sekolah sehingga 730 malam. 730 je dah kosong? Best pe, uni apa ni eh? 730 malam je dah lenggang. Dia menerima panggilan dari ?manager? dia untuk cepat-cepat ke set penggambaran kerana klien sudah tiba.

Ni skrip apa eh? “masih kat uni” HUH? Cakap je la sekolah. Who says “uni” sak??? It’s like saying “oh I’m in primary” cos “uni” is the level of school kan urgh.

img_0838

Amelia diberi tawaran untuk bekerja dengan Mischa Laluna. Kononnya fashion house berprestij dari Itali. Ala-ala Roxanne & Coco Vintages.

img_0839

Amelia menerima banyak order untuk bisnesnya. Dia juga memakai baju photoshoot dan pulang ke rumah. Why not, kan?

img_0841

Amelia sering meminum redbull minuman tenaga untuk menambah tenaga, duh. Dia tak makan nasi pun! Ikah cuba menasihat kakaknya tetapi dia tidak hiraukan pun.

img_0842

Ikah ternampak darah di tisu kakaknya dan mula risau. Rilek, mana tau tu jerawat dia ke?

img_0843

Amelia terpaksa bersengkang mata untuk sediakan segala order. Kesian eh dia berjaya tapi takde orang buatkan dia?

img_0845

Ikah memberitahu ibunya tentang tisu berdarah.

img_0846

WE HAVE THE NEW DAIKIN

img_0847

Ikah berjumpa profesornya. Padahal boleh Google untuk cari tanda-tanda stres???? Ke nak pikat profesor? Zaman apa ni profesor memakai pakaian sebegitu???

img_0849

Pakwe Ikah memberitahunya bahawa jika kakaknya kekurangan tidur, dia bakal mengalami masalah-masalah yang boleh mengakibatkan TOTAL SHUTDOWN. Wow, sungguh newsflash. Macam Berita Mediacorp! Selalu mengemaskinikan FB mereka dengan berita-berita terkini, NOT.

(insiden berlaku pada NYE tatapi BeritaMediacorp melaporkannya pada 2 Januari)

Julia terkejut apabila diberitahu bahawa Amelia akan melibatkan diri dalam Singapore Fashion Week! Padahal mereka ada 4 projek yang harus dilaksanakan bersama! Macam mana ni?

Uni privet ni memang gitu eh ada group projek sampai 4????? Huh???? Gila.

img_0853

Amelia terpaksa membuat appearance di roadshow Mischa Laluna pada setiap hujung minggu! Padahal dia ada meeting dengan Julia pada hujung minggu! Macam mana ni?

Loving Sheila’s character yang gedik ala-ala Diva Fesyen gitu.

img_0856

Yay! Dia tak update applikasi instagram dia ke?

Cakap pasal Instagram…

Ayuh ikuti Pengkritik Sandiwara di Instagram, ya!

img_0857

Nampaknya Julia tidak mengikuti Amelia di Instagram. Dia tak tau ke Amelia sedang sibuk di press conference? She’s not your friend, Amelia.

img_0858

Makcik Amelia yang tidak seberapa dijemput hadir ke acara ini.

img_0859

Oh no? Apa yang berlaku? Hmmm…? Tanak pisang berbuah dua kali?

Kenapa Amelia nak sembunyikan kesakitan yang dia hidapi, eh?

img_0863

Eew… Tisu siapa Ikah pegang?

img_0864

Ikah dan pakwenya berbincang pasal Amelia. Mereka sedang berbincang apakah yang menggangu Amelia.

img_0865

Profesor memberitahu Ikah bahawa kakaknya mengalami Stanford Duck Syndrome. Iaitu di mana Amelia mengalami tekanan tetapi dia pandai sembunyikan tekanannya itu. Seperti itik, nampak tenang sahaja di atas air tetapi sebenarnya kakiknya sedang sibuk paddling gitew.

Julia pun menukar group mate. HAHAHAHAH. Saya hairan, bagaimana Amelia boleh jadi top student at first?

img_0869

Mischa Laluna inginkan lelaman Amelia untuk menjual koleksi terbaru mereka. Amelia akan mendapat komisyen.

img_0870

Amelia stres. Kerana ini bermaksud lebih banyak kerja. Dia tak pernah dengar perkataan “assistant” ke????

img_0872

Setelah dihasut dan digertak, Amelia mengambil tawaran Mischa Laluna.

img_0875

Setelah photoshoot, Amelia pulang dengan baju-baju sekali.

img_0877

Apa yang akan berlaku?

img_0878

Eh???


Episod 8

img_0888

Ini semua standard. Amelia dihantar ke hospital.

large

img_0889

Amelia tidak cedera parah, cuma otaknya yang terjejas.

Ikah cuba menjelaskan kepada ibunya bahawa Amelia mengalami Duck Syndrome tetapi ibunya tidak ingin percaya kata-kata Ikah. Ibunya yakin Amelia baik-baik sahaja dan menyuruh Ikah diam sua jangan nak step psychologist padahal tahun pertama.

img_0894

Nampaknya otak Amelia begitu terjejas sehinggakan tidak ingat akan kemalangan yang ditimpa ke atasnya.

img_0896

Ikah mengadu kepada pakwenya mengenai pergaduhan antara ibunya dan dirinya. Dia kurang puas hati kerana ibunya asyik menyebelahi kakaknya.

img_0897

Kat wad pun nak fikir pasal kerja dan sekolah? Rileck sua! Tidur sajalah! Pelik… Kata femes, tapi seekor kawan pun tak jenguk dia di hospital.

img_0898

Amelia ingin dikeluarkan secepat mungkin.

Jururawat ni macam anjing doktor eh? Ikut je mana doktor pergi.

img_0899

Ibu Amelia menyuruh Amelia berehat. Tapi… Amelia akan rehat ke?

Sara amat bengang dengan Amelia kerana tidak menjawab telefon. Dia juga inginkan segala kerja dilakukan. Sara tidak tahu bahawa Amelia baru sahaja keluar daripada hospital!!! Dia tak hiraukan tentang kesihatan Amelia langsung! Yang dia nak cuma kerja sahaja. Cepat Amelia buat aduan ke MOM.

img_0902

Amelia secara rambang mencari partner untuk bekerjasama bagi projeknya. Kata femes? Takkan takde orang nak eh?

img_0903

Julia seorang Regina George! Dia memberitahu semua orang bahawa Amelia selalu sibuk! Kejam tetapi I suka. Sebab #kebenaran.

regina-george-i-know-right

img_0905

Semasa hidung Amelia sedang berdarah, Sara menelefon untuk bertanya tentang perkara kerja. Urgh I hate Sara!!!! Dia fikir Amelia ni robot ke? Dah la dia buat semua sorang, saya pasti Amelia underpaid sak. Kenapa mereka tak nak upah orang untuk buat website dan ambil order eh? Tak cukup dana ke?

img_0906

Gila. Rileck ah. Kau tak tanya pun eh kenapa Amelia tak jawab telefon selama 3 hari. Terus tanya pasal kerja. Tak tau untuk medelegasikan kerja???

Apabila diberitahu bahawa Amelia amat penat, Sara memberika sebotol “ubat” aka dadah! Kenapa Sara membawa dadah dalam begnya? Dia ni penagih dadah ke pembawa dadah? Astagha!

img_0909

Ikah amat risau akan Amelia yang tidak tidur-tidur.

img_0910

Ikah ternampak “ubat” kakaknya dan mula rasa sangsi. Amelia menghalaunya kerana dia harus siapkan kerja sebelum ke uni sekolah esok.

img_0911

WE HAVE THE NEW DAIKIN

Daikin bukan sahaja menjual hawa dingin tetapi menyediakat khidmat servicing!

img_0912

Setelah makan dadah, Amelia sungguh bertenaga dan cergas dan segar!

img_0913

Adiknya pun mula operasi mencari dadah.

Rumah besaq tapi 3 orang sahaja.

img_0914

Akhirnya Ikah terjumpa dadah di bawah bantal Amelia.

Kenapa Amelia tak bawak bersama eh? Mana tau dia perlukan ubat itu…

img_0916

Mereka berdua berjumpa di Kallang, tepi longkang semata-mata untuk mengGoogle isi kandungan serta kesan-kesan ubat itu.

img_0917

Ikah bersemuka dengan kakaknya. Kakanya cuba menjelaskan bahawa ia sekadar ubat tetapi Ikah lebih tahu.

img_0918

Siak dia sepak????

Sara selalu menelefon Amelia untuk mengingatkannya tentang kerja.

img_0922

Amelia menghantar gambar-gambar koleksi Mischa Laluna kepada Sheila dan juga kepada semua kenalannya…

img_0923

Keesokan harinya, Sheila berjumpa Sara dan Amelia dan melenting kerana gambar-gambar telah disebarkan sebelum Singapore Fashion Week!

img_0924

Sara ni MACAM SIAL.

img_0925

Sheila mengamuk dan memecat Amelia.

img_0926

Sara Sial pun menyarankan beberapa peragawati lain yang boleh menjadi wajah baru Mischa Laluna.

img_0928

Jengjengjeng.

img_0929

Mereka pun mencari Amelia di kampus.

img_0930

Kata femes?????

img_0931

LET THE SHADOW REFLECT.

img_0932

Sempat selfie sebelum terjun.

Lamanya dia beristinjak sebelum terjun dari bangunan tu???

img_0933

Pelik eh, dia stalk IG Amelia dari bawah ke atas? Bukan ke sepatutnya atas ke bawah?

img_0934

Amelia sebenarnya attention seeking. Dia sempat letakkan lokasi geotag la… HAHAHAHAHAHHAHA. Kalau nak terjun, terjun je la. Ni semua taktik.

Ibunya mula sedar kesilapannya. Dia oblivious.

img_0937

Dah macam Cik Pon. Belum terjun lagi????? Dia tunggu 1000 likes ke?

img_0938

Mereka semua cuba meyakinkan Amelia bahawa semua masalah boleh diselesaikan bersama.

img_0939

Ibunya MERAYU DAN BERSUJUD SAK.

img_0940

Amelia hampir terjatuh tetapi abang hero selamatkannya! Fuh, nasib pakwe Ikah ada. Kalau tak… Dah arwah si Amelia.

img_0941

Oh, psikologi hanya 3 tahun eh?

img_0942

Mereka berdua graduate pada tahun yang sama kerana Amelia mengambil break…kot. Psikologi dengan Economics sama robe eh?


Ok, so daripada episod ini, kita belajar bahawa kita harus senantiasa mengongsi  masalah kita dengan orang terdekat. Ini dapat meringankan beban. Tak kisahlah jika orang tu boleh tolong atau tidak, yang penting, anda tidak menyimpan rasa tertekan dalam diri anda. Dan juga, jangan lakukan semua perkara sendirian! Stres dibuatnya. (unless you’re me who can manage this blog alone hahahah merepz setakat je) Kita juga harus peka dengan apa yang terjadi di sekeliling kita, jangan oblivious.

Secara terus terang, Bingit musim ini ok sahaja. Tidak begitu impactful seperti musim-musim lepas.

Episod Kurnia agak klisye. Bunga-bunga Bara amat mebingitkan. Buih Khayalan pula membingungkan. But whatever it is, this is Bingit. We all know how this goes. Template drama bingit: watak bermasalah tetapi orang terdekat tak tau, hampir mampus dan baru semua orang sedar, dan semua sokong watak. Tu je. Syabas Bingit kerana membuka mata masyarakat kita akan masalah-masalah mental yang jarang diperbualkan!

Itu sahaja!

img_0943

Sara tak suka tight spots. Kesian suami dia.

Sekolah akan mula minggu hadapan, so mungkin saya tidak akan kemas kini blog ini secara kerap. We see how it goes! Mungkin saya akan miraculously ada masa ke…

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s