Pengorbanan

Salam hujung minggu, wahai pembacaku yang amat mulia lagi bijaksana! Kalau awak fikir saya dah selesai tulis pasal telemovie khas Hari Raya Haji, awak semua salah! Pada tahun ini, Suria bekerjasama dengan Radio Televisyen Brunei untuk menerbitkan sebuah telemovie khas!

img_7813

Ha kau, nama pelakon-pelakon dari Brunei pun… DIVA sungguh nama diorang! Rabiatul Adawiyah Abdullah. Lagi satu tu apa? Anak Mas? Kau mampu? Kau anak gangsa pun tak sanggup!

img_7816

Bertajuk Pengorbanan, ia mengisahkan tentang isu…PENGORBANAN. Sebenarnya tajuk panjangnya “Bila hati mula mengenali kasih dan sayang, ia memerlukan… PENGORBANAN”

Kononnya ada unsur saspens ah, tapi spoiler alert, drama tiada logik dan agak incestuous.

Nak tahu kenapa? Ayuh sama-sama kita lihat apa yang terjadi dalam telemovie kolaborasi antara dua negara ini!

img_7817

Kan, dah berapa banyak kali saya katakan? Hampir setiap rancangan di Suria bermula dengan babak mampus. Mereka fikir bahawa ia satu strategi yang akan menarik perhatian penonton. Tetapi salah, ia menarik nyawa dan menimbulkan unsur klisye serta-merta.

Untuk pengetahuan anda, talian ECG tidak akan menunjuk asystole (talian lurus yang bermakna si pesakit dah mampui) dengan begitu sahaja. Nampaknya pihak hospital dah bodoh.

img_7818

Oh, setakat permainan mimpi sahaja. Tidur pun nak pakai tudung?

img_7819

Anak mereka, Siti, berkelakuan lain kepada mereka. Mungkin kerana mimpi tadi, Siti sedar bahawa dia harus menghargai ibu dan bapanya selagi mereka masih hidup.

img_7820

Eh? Baru Siti mimpi tadi. Dah terkena sakit jantung? Siti ada kuasa tahyul ke? Bapak dia masih muda je. Takkan dah sakit-sakit segala.

img_7821

Eh eh si Hajar ni. Dari tadi kat dapur, dia pusing satu round ke nak letak pinggan mangkuk kat mengkewan? Mentang-mentang rumah besaq.

img_7822img_7823

Hajar menelefon Siti dan memberitahu khabar buruk kepada Siti. Siti terus tukar gear dan buat pusingan U. Bestnya pergi kerja waktu jalan raya kosong.

img_7824

Pelik. Doktor tiba dahulu sebelum Siti. Padahal Siti baru keluar rumah tau. Ni doktor dari mana? Sebelah rumah ke? Dia ada lesen kenderaan kecemasan ke?

img_7825img_7826img_7827

Ni la realitinya. Orang tua selalu gini eh? Bila diberitahu bahawa mereka menghidapi penyakit, pasti mereka tidak akan menerima kenyataan dan akan memberitahu bahawa mereka sihat. Apa kau dapat dengan menipu??

img_7828

Ibrahim menelefon anaknya, Ismail (aka Syarif Sleeq) (yang berada di Singapura) dan memberitahu bahawa dia memerlukan penderma hati.

Tunggu sekejap… Ni bukan kali pertama Syarif berlakon dalam sebuah drama/telemovie di mana penderma hati diperlukan. Masih ingat drama BelaHati?

img_7830

Ibu Ismail membantah Ismail daripada menderma organ. Namun, Ismail berdegil. Ismail ingin menolong ayahnya kerana dia tahu tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Walaupun ayahnya tidak menjenguknya, ayahnya masih beri wang nafkah dan apa-apa yang patutlah.

img_7831

Sebesar-besar Brunei, ke Singapura jugak kau nak.

img_7833img_7834

Dr Soleh berkata bahawa Ismail merupakan calon paling sesuai kerana Ismail anak Ibrahim dan kerja-kerja penyelidikan latar belakang semua tak payah nak buat. Sebenarnya Dr Soleh malas. Entah si Ismail tu boleh ke tak, bukannya diorang dah test.

Saya baru sedar watak bapa bernama Ibrahim dan anak, Ismail.

Syabas kepada kedua-dua negara.

img_7838

Siti terdengar perbualan mereka. Mereka tidak mahu Siti tahu bahawa ayahnya ada anak lagi satu. Best eh doktor datang siap dengan kuih lah, teh lah.

img_7837

Siti risau kerana penyakit ayahnya mungkin diwarisi. Abeh mak dia kata jangan risau sebab dulu kecik dah buat test. HUH.

img_7839img_7840

Eh eh mak dia. Melebih pulak. Lupakan kisah lama. Ia terjadi 20 tahun yang lalu. Bukan 20 jam. Berperasaan tak bertempat. Orang nak mampus pun nak berdendam. Kalau Ibrahim betul-betul mampus, kau yang rasa serba salah.

img_7841

Setelah sembahyang, Siti menelefon Dr Soleh dan mendapat berita bahawa sudah ada penderma. Wow, doa betul-betul dimakbulkan!

img_7842

Saya sungguh convinced bahawa Dr Soleh seorang doktor yang bersijil kerana terdapat kot putih tergantung di korner situ, stethescope di mejanya, beberapa kertas (penting) di fail berwarna coklat, skrin komputer yang menunjukkan gambar usus/arteri serta nama besar tu. Damnit!

img_7843

Si dekni tak sabar pe? Dah bagus ada orang nak derma. Kau fikir kau bayar orang tu ke untuk hentikan segala urusan yang dia ada dan dermakan hati? Perangai orang kaya demanding sak.

img_7844

Mak dia gila, bermonolog sendiri abeh bila Siti tanya apa dia berbual, step tak tahu.

img_7845img_7846

Kau fikir kau sorang je ke yang nak kan hati? Banyak lagi dalam queue.

img_7847

Chey, kononnya dia tahu sesuatu ah tapi sebenarnya, dia bodoh.

img_7853

Ibrahim memberitahu bahawa kotak muzik tersebut pencetus cinta yadayada.

img_7854

Brunei menunjuk-nunjuk tanah luas yang mereka miliki.

img_7855

Siti berdiri di luar masjid untuk mendapatkan hidayah.

img_7856img_7857

Siti ternampak butiran penderma di meja Dr Soleh. Dia bertekad untuk berjumpa dengan penderma tersebut.

Brunei takde macam secrecy act ke? Or whatever you call it.

img_7858

Sanggup sak dia ke Singapura. Abeh dia tak syak apa-apa pun tau. Sebesar-besa Brunei, takkan penderma kat Singapura??? Apabila Siti ke rumah Ismail, Ismail tiada di rumah. Ibu Ismail tidak mahu buka pintu.

img_7859

Eh, kalau Ismail tu orang luar, pasti dah saman sak. Mana boleh “paksa” orang derma. Dah bagus orang tu ada niat derma sak. URGH annoyingnya si Siti.

img_7860img_7861

Siti menelefon Ismail dan menggesa Ismail untuk ke Brunei dan melakukan pembedahan. HUH??? Siti ni gila or what sak!!!! Dia fikir derma hati ni suka-suka? Dia cuma pentingkan bapak dia je. Dia tak fikir/kisah langsung sama ada Ismail ada hal-hal yang harus dia uruskan atau sakit ke apa. Dia fikir dunia ni hanya ada dia dan keluarga dia sahaja ke? Sombong tahap orang kaya tak fikirkan sekeliling!

img_7862

Merepek pe nak jumpa dalam hotel pakai kaca mata hitam. Abeh si Siti macam terpegun melihat si Ismail. Lower your gaze, pls sis.

img_7863

Nampak sedap sangat. Abang pelayang tu pun nampak macam hensem je. Mana eh tempat ni?

img_7864

Si Siti ni bodoh sak. Dia yang ajak pergi Brunei, dia la yang tempah tiket!!! Memanglah dia yang nak tempahkan, tapi Ismail tanak sebab ia akan mendedahkan identiti sebenar Ismail. Tapi, Siti harus menempah sebab Ismail yang akan berjasa kepada ayah Siti. OMG tak masuk akal sak.

img_7865

Eh eh mak dia. Anak kau tu bukannya 7 tahun.

img_7866

Gila. Sesungguhnya cinta boleh dibuktikan melalui pelbagai cara!

img_7871

Mak  dia seriously bengap sak. Takkan dia nak (secara tidak langsung) membunuh bekas suami dia? Tak berperikemanusiaan langsung. Kisah lama biarkan ia di masa lampau, jangan bawak ke masa kini.

img_7874

Si dekni pergi Singapore, dengan tujuan mencari/memujuk penderma hati. Tapi bawak baju… Bling bling macam DIVA.

img_7875

Si  dekni pun bilang pasal pengorbanan lah, cinta lah. Siti pulak syiok sendiri. Dah mula feeling ghairah tengok mamat Singapore. Nak dapatkan status PR la tu… Macam apa Rudy Marican katakan dalam Rudy Rilla episod lalu!

img_7876

Kan, dia dah mula fefeeling.

img_7877img_7878

Eh? Ibrahim takde cara lain untuk pikat wanita ke? Adakah kotak muzik merupakan Tinder zaman 80an?

img_7879

Ibunya akhirnya memberi keizinan sebab dia sedar akan kebodohannya.

img_7880

Rumah besaq tapi suruh Ismail tinggal di hotel. Perangai.

img_7881

Mereka berbual dan Ismail menggunakan kata ganti nama “ayah” untuk memanggil Ibrahim. Ibrahim pula menggunakan “nak”.

img_7882

Siti terdengar segala perbualan dan meminta penjelasan daripada Ismail. Ismail memberitahu perkara sebenar. Entah mengapa Siti mula beremosi (marah, sedih, campur aduk).

img_7883

Ni make-up orang sakit buruk sak. Muka oren macam Coco Montrese. Ibrahim terdengar pertelingkahan antara Ismail dan Siti. Dia macam nak keluar rumah abeh terkial-kial. Lepastu jatuh.

anigif_enhanced-buzz-26965-1367609127-4

img_7884

Siti membawa diri ke tengah-tengah jalan raya.

img_7885

Ibu Ismail ke Brunei kerana mereka sedang menjalani pembedahan mendadak.

img_7886

Ibu Ismail berjumpa Siti untuk menyedarkan Siti.

img_7887img_7888

Takde orang mati? Boring…

img_7889img_7890

Siti diberitahu perkara sebenar. Setelah bercerai dengan ibu Ismail, Ibrahim mengahwini Hajar. Namun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Mereka mengambil Siti sebagai anak angkat. Secara kebetulan, nama bapa kandung Siti adalah Ibrahim juga.

img_7891img_7892

Oleh kerana mereka tiada tali persaudaraan dan bukan muhrim, Siti ingin memikat hati Ismail.

img_7893

Riak rumah besar.


 

Incestuous kan??? Saya benar-benar  tidak suka telemovie ini kerana ia tidak masuk akal. Isu pengorbana memang terserlah dalam telemovie ini, bahkan, ia literal. Mengorban hati untuk orang tersayang. Mengorban rasa dendam/ego (ibu Ismail) demi kebaikan orang lain dan diri sendiri. Saya tiada sebarang isu di situ. Secara peribadi dan kalau saya menganalisas watak Siti dalam konteks sastera, dia merupakan watak yang paling dibenci.

Pertama, dia tidak berfikir secara logik. Memang benar dia mengesyaki bahawa ibu dan bapanya menyimpan rahsia daripadanya. Dia seolah-olah dapat meneka bahawa penderma merupakan ahli keluarga. Tetapi, setelah ke Singapura, tidak terlintas dalam fikirannya bahawa Ismail mungkin ada tali persaudaraan dengannya. Malah, dia mula mempunyai perasaan cinta terhadap Ismail. Siti seolah-olah hanya mengikut perasaan,tanpa berfikir dengan rasional.

Kedua, Siti sanggup ke Singapura untuk mencari penderma (Ismail) tanpa menyelidik/bertanya siapakah sebenarnya penderma di Singapura itu. Mengapa penderma dari Singapura dan bukan Brunei?

Ketiga, Siti fikir bahawa nyawa bapanya lebih penting daripada segalanya. Dia sungguh tergesa-gesa ingin penderma melakukan pembedahan serta-merta seolah-olah si penderma tiada tanggungjawab atau kehidupan peribadi. Mungkin ini kesan daripada menikmati keindahan hidup sebagai anak orang kaya. Semua yang dia nak, dia dapat.

Keempat, dia tidak sedih apabila diberitahu bahawa dia merupakan anak angkat. Reaksinya menunjukkan sebaliknya. Dia amat bersyukur bahawa dia anak angkat. Ini kerana ini bermakna dia boleh bernikah dengan Ismail. Ismail pun satu, ramai wanita Melayu tapi nak Siti?????? Jika Siti dan Ismail nikah, ia akan menimbulkan kekeliruan dalam keluarga kerana anak angkat dah upgrade menjadi menantu…

Akhir sekali, adakah perbuatan Siti itu sah di sisi undang-undang? Berjumpa dengan penderma dan menyuruh penderma ke negara lain untuk menderma organ. Tu dah macam memaksa, kan? (Sekiranya Siti dan Ismail tiada tali persaudaraan atau apa-apa)

Selain itu, mengapa ibu dan bapa Siti merahsiakan perkara sebenar daripada Siti? Kan senang kalau bilang je. Tak payah nak buat drama segala. Kenapa ibu Ismail sangat berdegil sehinggakan sanggup melihat bekas suaminya mati perlahan-lahan? Tak takut dosa?

Bintang keflopopan: 4/5

Bintang kerelevanan: HUH NO WAY JOSÉ

Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s