Meenah And Cheenah

Salam Hari Wisak, semua! Bagaimana hari cuti anda? Enlightened tak?

buddha_rain_by_vishnu108

Semalam (21/05/16), saya telah ke Panggung Victoria untuk menonton pementasan Meenah And Cheenah yang diarah oleh Selena Tan. Apabila terdengar tajuk pementasan ini sahaja, saya dah agak dah. Mesti Siti Khalijah aka Siti K akan memainkan watak Meenah ni. Ye lah, dia sahaja kakak-kakak teater yang amat giat dalam bidang ni, kan? Bersama Judee Tan, seorang penggiat seni yang tidak asing lagi. Tambahan pula, haritu saya baru tonton The Noose & Kakis which was so hilar ah, ada Judee Tan jugak so this I MUST watch, kan?

IMG_2528
saya tak beli tiket mahal sebab mediacorp production? LOL

Bukan itu sahaja, saya dapat tahu bahawa Meenah And Cheenah ini ditulis oleh Alfian Sa’at… SO APA LAGI? BELI LA!!!! Sebab his plays semua bila balik rumah tak boleh tidur punya, kenek fikir secara mendalam abeh buat thesis. Nasib saya beli pada hari terakhir burung awal (early bird’s) so ada diskaun. Phew.

Sebelum saya mula curahkan pendapat (ala-ala review) saya mengenai pementasan ini, saya ingin cakap sikit pasal sitkom terbaru yang ditayangkan di Suria pada setiap Jumaat. Siti K ada dalam sitkom tu ha.

sekuriti
photo from Mediacorp Suria’s fb

Saya tonton episod pertama dan saya rasa ia kelakar ah. Mestilah kan sebab ada veteran seperti Suhaimi Yusof dan Khairudin Samsudin! Saya harap watak Fakkah Fuzz akan lebih menonjol ah. And yay to trilateral ties with Malaysia dan Indonesia sebab Ropie dan Bocil! Saya amat suka watak Siti K apabila dia dandan seperti Bunga Tanjong hahahaha *dead* (mungkin boleh adakan pemenang Kolej Komedi dalam episod akan datang?) Agak hampa kerana perkataan “sekuriti” digunakan padahal istilah Bahasa Melayunya “pengawal keselamatan”. Sigh, Suria.


Pada mulanya, saya fikirkan bahawa pementasan ini mengenai seorang minah dan seorang ah lian yang ingin kejarkan mat/ah beng yang telah menduakan mereka sebab diorang ni naik motosikal dalam poster. Kononnya nak kejarkan jantan sialan, I thought. Dan pada masa yang sama, mereka sempat meneroka jenis-jenis minah dan ah lian yang wujud di Kota Singa ini. Jadi, saya ingatkan macam ada jalan cerita ah gitu. Tetapi tidak.

meenahcheenah
photo from Dream Academy’s fb

Memang ada storyline, tetapi tidak begitu menyerlah (saya rasa ah).  Pementasan ini dibelah-belahkan kepada sketsa-sketsa pendek agar penonton dapat lihat jenis-jenis minah dan ah lian yang ada di Singapura. Dan semestinya, ia mempergunakan stereotaip kaum Cina dan juga Melayu namun apabila menonton pementasan ini, saya dapati bahawa saya sebenarnya bangga dan meng-embrace stereotaip-stereotaip yang ditonjolkan kerana itulah yang membuat seorang Melayu Melayu walaupun agak negatif. Tetapi, jika lihat dari perspektif positif, tidak salah, kan? (dan yes, kaum India dipinggirkan sekali lagi but let’s not go there lul)

Secara keseluruhan, saya memang suka sangat dan ketawa sampai tekak kering sak. Sekarang ni saya ada sore throat. Memang punchline dia 100 ah dan ada juga yang saya dapat teka sebab boleh relate sangat-sangat! Taki kisah umur awak lah, awak boleh nikmati setiap lawak. Cos at one time I was like “OMG, macam kakak sedare aku” abeh “hahaha ni mak aku dulu macam ni!!!” transcends time gitu lhoe.

Namun, ada satu sketsa yang saya kurang suka. Iaitu di mana Siti K dan Judee Tan memainkan watak lelaki menjalani perkhidmatan negara di SAF. Saya agak keliru mengapa mereka ingin watak lelaki dalam sketsa ini. Mungkin mereka mahu menunjukkan perwatakan mat dan ah beng tetapi saya rasa ia agak janggal. Kerana pada akhir sketsa tersebut, dari bromance ke homoerotik pula? Saya agak kecewa bahawa watak mat itu bukan dari HomeTeam. ;( Sketsa SG51 baby juga salah satu least fav saya sebab macam terlalu dibuat-buat dan passé.

Saya amat kagum dengan Siti K dan Judee Tan kerana mereka mampu menukar pakaian/rambut dengan sekelip mata dan tampak effortless!! Kemistree antara mereka berdua amat terserlah sekali. Seperti kembar siam (is this a pujian idek) Saya juga suka dengan prop yang agak minimal tetapi mampu memberi kesan, ya. Selain itu, I like how bila Siti K buat punchline dalam Bahasa Melayu cuma 20% daripada orang-orang dalam panggung ketawa hahahahaha. Ini kerana tiada sarikata!!! Kenapa eh? Adakah ini disengajakan kerana kita sepatutnya datang dalam pasangan meenah/cheenah? LULZ.

IMG_4284

Meenah And Cheenah menari Dola Re Dola.

tumblr_mu1ialqlba1rgs9f3o1_500

Chey tak la. Mereka ke majlis persandingan crush sekolah rendah mereka. Tapi saya hairan, si Cheenah tu pakai sari ke? More like orang Thailand/Laos punya baju tradisional sak.

Kesimpulannya, Meenah And Cheenah sebuah pementasan buat seisi keluarga (walaupun agak kesat bahasanya), pasti geli hati jika anda menonton. Kalaulah minah-minah dan ah lian-ah lian yang autentik menonton pementasan ini, pasti havok siol.

Syabas kepada semua yang melibatkan diri dalam persembahan ini!!! Sungguh menarik dan menghiburkan sekali. Kepada anda yang ingin menonton, anda masih boleh beli tiket di sistic! Show terakhir malam ini pada 8 malam! (Tapi saya ke sistic untuk check, website down sak)

Bintang kerelevanan: 4.75/5

Oh yes, saya agak hairan. Kenapa meenah dieja meenah? Bukan ke ia sepatutnya “minah”? Meenah macam nama orang India seh. Hmm….

Soalan Bonus:

Adakah kaum Melayu masih tersinggung hati jika dilabel “minah” atau “mat”? Padahal ada pelbagai minah dan mat. Renungkanlah.

Pengkritik Sandiwara

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s