Pengorbanan yang kau lakukan… Untuk dewasakan ku…
Itulah kata-kata Siti Nurhaliza untuk mengingatkan kita tentang penat jerih yang terpaksa ibu kita lalui semasa membesarkan kita. Dan sempena hari ibu, Suria seperti biasa menayangkan telemovie khas! Ia bertajuk Kasih Tiana. Dibintangi Huda Ali, Sani Hussin, Lydia Izzati, Hashimah Hamidon, Aminah Ahmad, Jasmani Basri dan ramai lagi!
Sebenarnya, ia ditayangkan pada Friday The 13th sebab ia mengisahkan seorang wanita yang tanpa pengetahuannya, membawa saka dalam dirinya itu. Dan disebabkan itu, Tiana tidak boleh hamil. Oleh kerana Suria merupakan saluran TV yang mematuhi syarat-syarat MDA, mereka terpaksa menukar saka itu kepada penyakit saintifik seperti penyakit puan ke apa la kan.
Namun, setelah 15 tahun bertarung nyawa dengan saka tersebut, Tiana berjaya menewaskan jin di dalam dirinya itu dan hamil. Apa yang akan terjadi kepada Tiana dan juga keluarganya? Jom kita korek nonok Tiana!
Tiana sedang mencukur rambut suaminya, Akim. Rambut yang telah dipotong akan diberikan kepada jin dalam diri Tiana agar jin tidak mengganggu mahligai mereka.
Ok, can I just say Wahyu Rahman made a very good telemovie tapi itu bukan sebab utama saya screenshot adegan ini. Saya screenshot sebab Wahyu Rahman gunakan nama glamour dia aka MISSHYU dengan logo ™… Erm.. Ok? Noted w thanks hahahaha.
Ini ibu Tiana. Eh.. Macam drama lain je.
Ini pula adik Tiana, Liana. Diana sudah mati dalam kemalangan jalan raya. (Kerana Diana berjaya menolak jin)
Liana tu belum kahwin ah masih nak berpesta. Si Tiana pula takde anak tapi mak dia nak cucu. Mak dia selalu kutip anak orang dari merata tempat.
Tiana berjumpa rakan-rakannya yang sudah beranak-pinak. Di depan rakan dan keluarga, Tiana berpura-pura tidak suka anak kecil. Namun sebenarnya, Tiana amat inginkan seorang cahaya mata. Oleh kerana berpenyakit, dia tak boleh menimang cahaya mata. Dia juga tidak memberitahu sesiapa mengenai keadaannya itu.
Ni dua berlakon kaku? Abeh nak high-5. Hahahahah.
Akim tak dapat kerana Tiana sibuk dengan kerja. Kalau dia carik lagi satu baru kau menyesal.
Klien Tiana. Irrelevant as of now.
Tiana disuruh menjaga anak rakannya buat sebentar.
Dia inginkan cahaya mata namun suaminya kata dia lebih gembira dengan “monster”nya seorang sahaja. So, Tiana tak boleh ada anak atau Akim taknak anak?
Klien Tiana bermain kayu tiga. Liana merupakan seorang pemusnah mahligai. Seperti ibunya, Sapiah, dalam drama Mengejar Mentari!! Bak kata pepatah, bagaimana acuannya, begitulah kuihnya ya. Basi.
Tiana cuba menasihati Liana. Tetapi Liana berdegil dan mementingkan diri sendiri. Dia juga percaya bahawa dia tidak bersalah kerana jantan tu memang dah nak ceraikan isteri dia.
Dia memang takde perasaan.
Eh, biasalah adik beradik gaduh.
Eh, pasal cincin pun nak ungkit?
Best, satu keluarga berlakon? Kan aku dah bilang si Sapiah dah kahwin dengan ustaz dalam drama Mengejar Mentari tu! Terus upgrade dari middle class ke upper class, you.
Mereka dikejutkan dengan berita yang mereka tak sangkakan… Tiana hamil. Namun bagaimana? Sedangkan dalam nonok Tiana ada jin yang menghalang persenyawaan daripada berlaku Tiana menghidap kegagalan ovarium dini.
Tapi doktor kata masih ada peluang ah walaupun tipis. Eh si dekni dengan jambang hensem sakkkkk. You can be my doktor sakit puan and buat apa kau nak kat bawah la pls.
SCHLICKALICOUS
Mereka masih tidak percaya.
??? Accident? Cakap je lah kau pancut dalam hahahahaha.
Ibu Akim menelefonnya namun dia tidak menjawab. Kenapa ya?
Suka lattew.
Eh? Baru dapat berita pasal cucu dah tak boleh layan anak orang lain? Kenapa? Dia pun sibuk nak buat anak ke..?
Wow rakan-rakan Tiana tak sabar!
Anyway, saya amat keliru. Ini rumah siapa? Tiana ke, Sapiah ke, kawan dia? Ini kerana rakannya menyediakan teh halia tu, tapi mak dia masuk rumah ni tanpa membunyikan loceng ataupun memberi salam, dan dia ingin menyimpan barang-barang baby macam la ni rumah Tiana. So… Saya konpius!
Kalau baby boy tak boleh pakai pink????
YAAAAS NENEK TAK KOLOT! Warna tiada jantina!
Ni bunga matahari muncul untuk 20 saat sak. Ok lah, mungkin ia simbolik tetapi 20 saat panjang sangat sak.
Jin itu pun membalas dendam! Tiana diberitahu bahawa ada ketumbuhan barah dalam ovarinya. Bagaimana pula dengan kandungannya?
Bolehkah mereka menerima berita ini?
Hmmm… Tengok je la eh. Janji kosong!!!
Tiana buat kajian tentang barah. Akim suruh tidur.
#ProductPlacement Ain Society
Jikalau anda murah hati, ringankanlah jari jemari tu dan hubungi talian yang tertera:
1900-112-2110 untuk $10
1900-112-2150 untuk $50
1900-112-2100 untuk $100
Sesi berpeluk-pelak.
Dia tak boleh masak sendiri ke???
Hahaha diberi biskut kering. Dah lama tak lecak…
Saya menahan airmata saya yang berlinangan ya apabila menonton babak ini! Amat menyedihkan sekali. Tiana mahu menyimpan bayinya kerana sudah 15 tahun mereka menunggu saat-saat sebegini. Namun, kerana dia ingin menyimpan bayi tersebut, wabak barah dalam dirinya akan merebak ke seluruh badan. Ini menyebabkan Akim untuk tidak setuju dengan keputusan Tiana kerana ia akan membunuh Tiana secara perlahan! Akim juga tidak mahu membesarkan anak mereka tanpa Tiana. Akim ingin anak mereka merasakan kasih sayang ibu dan bapa. Namun, Tiana sudah bertekad untuk melahirkan anak dalam kandungannya itu kerana anak itu mungkin kali pertama dan terakhir dia akan hamil. Sighhhhhh. Kalau saya, buntu sih!!!! Sebak.
Akim membuat kajian mengenai barah ovari. Semuanya berkata kematian. Tapi dia research kat blog je ah. Bukan WHO atau MOH so tak sahih.
Sapiah ke rumah Tiana untuk memberi jamu. Dia pakai baju badut ke?
Akim ingin Tiana memberitahu ibu bapa tentang penyakit barahnya. Ini kerana dia tak sanggup berahsia lagi. Mereka memerlukan sokongan keluarga.
Anyway, saya hairan sekali lagi. Mereka sudah berumahtangga selama 15 tahun. Mereka berdua amat berjaya, ada syarikat sendiri dan kaya. Ini bermaksud, mereka ada kelulusan ijazah ah paling kurang sebab Akim architect. So, si Akim kahwin around 25? Bermaksud, kini dia 40. Abeh si Tiana? Hmm… nampak 30ish… Takkan dia kahwin semasa 20? 20 terlalu muda untuk seorang yang berjaya untuk kahwin, bukan?
Sapiah mahu Tiana gugurkan kandungannya.
Namun ini semua terlambat.
Aww, it’s a girl!
OK. Tetibe. Dia dah fikir masak-masak ke? Nanti semua orang Terima Kasih macam mana?
Tiana merakam vlog untuk anaknya kerana dia tahu dia tidak akan mempunyai peluang untuk bersama anaknya pada masa hadapan.
Ada sesiapa yang agak marah kerana vlog disebut v-log dan bukan vlog?? URGH.
Tiana menyatukan Akim bersama ibunya namun Akim tetap berdegil. Entah kenapa.
Akim ambil cuti untuk menjaga Tiana tapi Tiana taknak. Bodoh sak.
Akim bodoh. Dia park kereta dia tanpa the hood or whatever. Gila pe?
Ibunya cuba berbaik dengan Akim tapi Akim kurang ajar ya. Apakah dosa seorang ibu sehinggakan Akim sanggup menyakiti hati ibunya?
Video ini juga berada di Toggle.
Sapiah risau tak tentu pasal.
Dah mati baru nak doa.
Dia tidak melayani suami…
Liana merepek sak dengan bff aka ice cream????
Kenapa dia pakai webcam untuk rakam vlognya?
Adakah mereka berasmaradana?
… Liana ni gila ke? Tak berhati perut sak.
Tiana menjual syarikatnya tanpa pengetahuan suaminya.
Ini mengakibatkan kemarahan dalam diri Akim.
Oleh kerana itu, Akim berjumpa Liana untuk meluahkan perasaannya yang terpendam.
Liana pula ambil kesempatan ini untuk megurat!!!!
Cutenya!!
Vlog Tiana viral!! Sehinggakan Nurul Aini buat cameo siol. (dan suami MISSHYU juga)
Tapi macam attention seeking pulak. Saya fikirkan bahawa vlog itu semua vlog peribadi yang hanya boleh disaksikan oleh Kasih pada masa hadapan. Kenapa Tiana memuatnaikkannya di YouTube? Apa motifnya. Dia nak beritahu semua orang dia ada barah ovari dan akan mati? What an attention whore!! Expected more from her. Video dia viral pun bukan ada sponsor pun. Tak dijemput ke Ellen pun. Viral takde hasil.
Si dekni baru tahu pasal Vlog Tiana. Abeh dia nak nangis ke apa????
Rakan-rakan Tiana ke rumahnya untuk memberi sokongan mental.
Suami dia tanya soalan bodoh sak. Dia tanya bila Tiana mula rakam vlog. BILA KAU BERYOOHOO DENGAN ADIK AKU.
Yay! Selamat melahirkan Kasih.
???? Aku rasa nenek dia pengsan kat hospital lagi baik daripada pengsan kat rumah la, bodoh. Hospital kan ada doktor, kat rumah ada siapa????? Kau tengok muka Liana tu.. “I fucked your husband yesterday hehe!”
Apa pulak doktor ni kata tak boleh menjalani rawatan? Penipu sak. SAMAN CEPAT.
Eh tak pengsan?
Eh muncul lagi.
Akim amat marah kerana Tiana menjemput ibu Akim ke rumah.
Tiana ingin melihat suaminya berbaik dengan ibunya sendiri.
Mereka pun cerita panjang la yadayada.
Klisye. Babak ini hanya untuk mengenalkan perasaan sedih terhadap penonton agar penonton menitiskan airmata kerana babak-babak akan datang akan lebih sedih. So kirakan ini macam prep ah. Padahal tak penting.
Tiana memberi cincin pusaka kepada Liana. Sebab takde gunanya simpan, dia tak pakai pun. So kenek bayar zakat, kan?
Eh? Si Liana ni betul ke tak? Aku rasa jin dah rasuk dalam badan dia pulak!! Dah terpengaruh dengan kata-kata SYAITONNE. Dia pentingkan diri sendiri, abeh kakak dia? Tak berhati perut sak!! Tak berperikemanusiaan!!!! Akim pun satu, SUMBANG MAHRAM/MUHRIM KE APA SAK YUCK.
Kesian Tiana. Dia terdengar perbualan suaminya itu…
Tiana sempat sindir dalam vlognya yang terakhir. Padan muka.
Tiana menasihati Kasih untuk menyayangi semua orang terutama sekali Mama baharu.
Tiana ingin potong kepala rambut suaminya buat kali terakhir.
Akim mula memberitahu perkara sebenar… Nak confess katakan.
Tapi Tiana step tak tahu.
Tu pun susah nak cakap? Buat boleh. DAH BERZINA.
LOL. Dia ada peluang untuk tolak si Akim sampai mati, dia taknak tau hahaha. Dia tolak Akim abeh Tiana pun nak dekat mati pe. Habis cerita. Abeh rumah tu berpuaka. Dah boleh buat Misteri Kisah Tiana tahun depan.
Tiana mampui.
Akim biarkan bayi tu atas mayat…
Aww… Dah besar! Si Akim masih single je aku tengok…
Dan begitulah cerita ini tamat. Happy ending la kan. Saya amat puas hati dengan jalan cerita ini yang amat menarik sekali. Ini kerana bukan seperti cerita Hari Ibu yang pernah kita lihat, di mana si anak durhaka lupakan ibu abeh kenek taubat yadayada tetapi terlalu lambat sebab mak dia dah mampui. Telemovie ini mengisahkan cinta seorang ibu terhadap anaknya yang belum dilahirkan lagi. Ini membuktikan bahawa cinta ibu kita itu abadi, setelah pemergian ibu kita, kasih sayang ibu kita masih boleh dirasai. Bak kata omputeh, love transcends time!
Saya juga amat kagum dengan twist yang berlaku dalam drama ini. Ini menimbulkan satu isu yang mengganggu kententeraman jiwa saya. Siapakah patut disalahkan? Akim, Tiana atau Liana. Atau ketiga-tiga sekali? Jom kita kupaskan secara mendalam ya.
Akim:
- Jantan gian duh
- Ingin bersenggama bersama isteri tetapi tidak dilayan
- Digoda oleh Liana
- Rasa bahawa Tiana tidak menyayanginya lagi, rasa terbiar, oleh itu mencari pasangan lain
- Ada fetish incest????
- Tidak kawal nafsu
- Tidak menyokong isteri
- Terlalu mengikutkan hasutan Liana
- Gila dan tak siuman
Tiana:
- Tidak sanggup melayan sang suami
- Terlalu berdiam diri
- Lupa akan tanggungjawab seorang isteri
- Tidak mahu bermalam dengan suami ke? Kau kan nak mampui
- Tidak ada nafsu??????
Liana:
- Tidak berhati perut
- Gian
- Hanya inginkan seks dan wang
- Menggoda Akim
- Kononnya ingin menjadi pengganti kakaknya
- Rude af
- Boleh berikan apa Tiana tidak boleh berikan
- Mementingkan diri sendiri
Saya berpendapat bahawa ketiga-tiga bersalah. NAMUN!!!! Tiana salah 0.5% je ah. Kalau dia layan suami dia confirm ok punya. Liana pula salah 49.5% ah. Akim 50%. Like, macam mana ni dua ekor boleh tak rasa dosa atau salah semasa melakukan hubungan intim???? URGH. Akim tak kesiankan isteri dia ke. Walaupun dia akan mati soon… Si Liana tak takut dapat HIV/AIDS ke????
Selain itu, saya juga berpendapat bahawa kisah antara Akim dan ibunya amat menarik. Jika Suria boleh mengembangkan kisah antara Akim dan ibunya dalam drama ke apa, kan menarik! Saya ingin tahu apa yang berlaku sehinggakan ibunya lari meninggalkan Akim. Kenapa dia “tiada pilihan”? Dia lari ke mana? Dan bagaimana Akim, seorang anak yang tinggal bersama bapa yang ganas/abusive, mampu berjaya menjadi seorang arkitek.
Dan bagaimana pula dengan Liana? Adakah dia akan berubah? Kalau nak sugardaddy pun, amek yang single la sis.
Tambahan pula, telemovie ini juga serba sedikit menyentuh isu keguguran bayi/child abortion. Semasa adegan di mana Liana dan Akim sedang bergaduh dan bercadang untuk menyimpan/buang Tiana, saya terfikir. Bilakah ia menjadi ok untuk sepasang suami isteri menggugurkan anak mereka? Adakah apabila situasi seperti ini? Di mana kehamilan hanya akan memudaratkan nyawa si ibu? Bagaimana pula jika ibu dan bapa tidak sanggup menjaga anak? (oleh sebab-sebab kewangan) Adakah masyarakat/penonton Melayu akan dapat terima keputusan Tiana sekiranya Tiana datang daripada keluarga yang susah? Mungkin ramai yang akan menyuruh Tiana buang bayi itu kerana Tiana dan Akim tidak mampu membiayai kos untuk membesarkan seorang anak. Mungkin. Jadi soalannya adalah, when is abortion justified? Itu saya biarkan keperibadian masing-masing lah eh.
Pada masa yang sama, drama ini juga memupuk kesedaran mengenai penyakit barah secara amnya. Masih ramai yang kurang peka. Barah boleh diubati! Penggunaan teknologi (vlog) untuk berkomunikasi dengan Kasih juga amat fresh ya, saya suka!
Itu sahaja daripada saya! Maaf jika tersinggung perasaan ya!
Mungkin ramai yang menyayangi ibu mereka dan tidak boleh hidup tanpa ibu mereka. Tapi, pada realitinya, ramai rakan kita tidak dapat menikmati kasih sayang seorang ibu. Malah, ada ibu-ibu yang juga amat ganas, suka mendera dan tidak menyayangi anak mereka. Oh, hidup.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle & Facebook)
[…] KASIH TIANA […]
LikeLike
[…] […]
LikeLike