Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku. 2015 nampaknya akan berakhir. Kita bakal buka lembaran baharu ya. Yang korang-korang masih ingat tak azam korang? Mesti dah buang tepi longkang kan?
Ayuh kita lihat apa berlaku dalam drama Pasal Duit episod 5,6 dan 7!
Recap: Si Najib sepak Yati depan Ika! Apa yang bakal terjadi? Untuk ketahui lebih lanjut tentang episod lepas, baca di sini.
Episod 5
Berambus lah Najib!!! Pergi selesaikan masalah kewangan kau sendiri. Kau tau si Yati ni mata duitan kan? Dia ceraikan si Ahmad pun sebab wang!
Ahmad to the rescue?
Kes minggu ini. Pasangan suami isteri ini ternampak artikel mengenai ibunya di suratkhabar (mak si pompan tu). Mereka terkejut kerana kesemuanya fitnah. Mereka tidak halau mak mereka dari rumah mereka pun!
Mereka pun berjumpa pasukan Pasal Duit untuk bincangkan kes ini dan cari jalan penyelesaian. Sebenarnya, setelah bapa mereka meninggal, ibunya menggunakan wang arwahnya untuk berbelanja. Pasangan ini pelawa untuk simpankan duit itu tapi mak dia degil. So mak dia ada selisih faham la so sekarang dia duduk merata.
Ahmad Cermat diberikan tawaran untuk menjadi hos rancangan Pa$al Duit edisi Mesyo. Jika dia menerima tawaran ini, dia harus mengenap di sana selama 3 bulan setiap kali untuk penggambaran. Kesian si Maria tu. Dia baru nak bermesra dengan Ahmad.
Eh bini Sulaiman tak tau cermat eh. Dia tak sedar dia ada hutang keliling pinggang dia yang tak seberapa tu ke? Nak pergi holiday la apa lah.
Dia pun kononnya menerima panggilan daripada rakannya ah. Padahal berbual sorang? Rakannya itu tak jadi pergi bercuti. Jadi kawannya dah bagi tiket percuma. Hmm… Suami dia pun bodoh. Percaya segala kata-kata manis. Kawan mana baik sangat nak kasi tiket gratis? Kalau ye pun, jual 50%!
Sebenarnya, yang tadi dia ambil surat dari peti surat tu… DIA ADA KAD KREDIT BAHARU!
Mak dia pun kata Sulaiman pergi bercuti dan terpaksa jaga cucu haha. Maria terkejutlah sebab Sulaiman masih ada hutang untuk dibayar! Senang-senang pergi cuti abeh anak ditinggalkan! (Saya tak tahu pulak mereka ada anak)
Mak dia 5ever suruh dia kahwin haha.
Mereka bertiga berbincang hal duit mereka. Si mak kata dia punya duit pe, biarlah. Lagipun, duit sebanyak $80,000 dipinjamkan kepada anak bongsunya. Anak bongsunya kini berada di UK untuk belajar. Dengan harapan, setelah dia habis pengajian, dia bakal senangkan hidup mak ni lah.
Namun, anak bongsu dia tak belajar pun! Kakak dia terjumpa gambarnya berfoya-foya di UK. Bukan itu sahaja, apabila pihak sekolah di UK dihubungi, mereka kata budak nama Fitrah tak muncul pun.
Eh si Ika ni masih nak bapak dia dengan mak dia eh?
Ha kau. Si Najib masuk rumah Yati dah belasah Yati?? WTH laki jenis apa. Padan muka kau! Si Ahmad dah bagi satu cepuk.
Ahmad pun usap-usap luka si Yati ni la. Ika sempat ambil gambar dan muat naikkan ke FB. IKAAAAA!
Diorang semua ternampak gambar Ahmad bermesra dengan Yati dan Maria pun lihatlah. Remuk hati dia.
Oh ye ke?
Oh tidak. Sebenarnya dia tidur di bilik kecil di belakang. Kasihan.
JENG JENG JENG. Kalau kau belajar kau akan hantar gambar graduation robe kan? Kau akan bawak sijil kan? Ni takda pun!
Ahmad pun berceramah sikit lah. Biar dia tersentak sikit. Fitrah tak perasan mak dia ada di belakang…
KURANG AJIAK EH KAU. Eh kalau mak aku bagi $80,000 untuk belajar di UK, I belajar sungguh-sungguh sak. Balik bawak ijazah serta JODOH! Bukan macam kau, tak fikir jauh. Mana tau dengan ijazah tersebut kau boleh mendapat gaji sebanyak $80,000++ dalam setahun? Tak faham ah. Takkan kau takde nafsu untuk belajar? So kau balik SG nak buat apa?
Nama Fitrah tapi perangai FIRAUN.
AMEK KAU DISEPAK TANGAN YANG MEMBELAI KAU.
Kakak dia pun kata la dia akan ambil mak dia pulang. Dan suami dia akan cuba selesaikan segala masalah wang. Si Fitrah tu cari kerja dan bayar balik wang mak dia. Hahaha bodoh sendiri kan???
Abeh bila masuk bilik mak dia macam tak percaya ah mak dia tinggal kat rumah bersepah dan kecil.
Fitrah nak kerja apa eh? Jual badan?
Si Yati tanya la agak-agak bapak dia ada gf tak? Abeh si Ika jawab ini? Pui.
Wow. Dah maju. Si dekni dah melalui kursus di WDA dan mempertingkatkan diri! Kini, dia mendapat gaji lebih besar.
Si minah ni pakai lawa macam gini baru saya perasan bahawa dia pernah berlakon di Menantu International!
Maria meminta penjelasan.
SI DEKNI TIBA-TIBA MASUK? Eh, boleh biarkan siapa-siapa masuk eh? Hmm, hairan. Kawalan tak ketat ke? Padahal dia tak tengok rakaman Ahmad pun eh?
Episod 6
SAYANG???????
Entah. Apa korang buat? Kacau daun.
Rude? Mentang-mentang mak kau kurus, bapak kau nak mak kau ke?
Stop fat shaming.
Tu la. Bestnye percuma. I pon nak.

Abeh mak dia kata jangan tanya soalan merepek???
Si Ika Jamil ni pun ternampak bag lawa milik Maria. Dia pun tanya lah. Maria pun apa lagi kenekkan dia balik. Kata beg tu PERRRRR.
Hahaha tersentak sekejap. Abeh mak dia masih ah nak Maria kahwin?
Ahmad cuba jelaskan perkara sebenar…
Wa wa wa. Sulaiman bagi dia kad untuk selesaikan hutang tapi tengok muka dia tu…
Laki dia suruh dia bayar $3000 tau. Dia bayar $2000 aje kat mesin AXS di belakang tu. Abeh nak beli beg? Isteri jenis apa ni?? Dia nak beli beg sama seperti beg Maria? Tak faham.
APA? Dahulu, saya belajar kerana ingin meraih ilmu dan juga ingin mencapai cita-citaku. Bukan sekadar wang…
SETUJU, NEK!
Hahaha. Bini dia tadi terpaksa dengar mak mertua dia berceloteh tentang mengajar anak bagaimana untuk mengurus wang. Disebabkan itu, laki dia tak dapat.
Hahaha nenek dia kata CEMPLONG CEMPLONG. Abeh kata kalau ikut resepi pun tapi tak tau masak… Haha padan muka mak dia.
Semalam, baru nenek dia kata harus ajar cara mengurus wang. Abeh ni bapak dia dah bagi kad ATM? what.
Dia pergi membeli-belah la dengan kawan dia. Makan froyo semua. Macam homoerotic je.
Hahaha nenek dia terkejut bila bapak dia galakkan dia untuk beli kasut yang mahal? Ni keluarga rosak!!!!
Abeh mak dia tambah dan berkata dia seorang yang “compassionate” kerana membelikan rakannya sepasang kasut.
Si dekni masih ah kerja dengan tailong? Hahaha carilah kerja halal! Tak takut mati ke?

YUCK. hahaha wow $500 untuk kpop eh bagus. Nenek dia pun masuk bilik dan marah-marah tapi dia tak kisah pun.
Oh oh. Macam mana?
Nenek pun dengan segera menelefon Ahmad Cermat untuk meminta nasihat! Unsur kebetulan on point, Ahmad pun menjemputnya ke studio!
Curlass, nenek.
Cute eh nenek ni. Tampal post-it notes untuk pesan keluarganya untuk menonton rancangan Pasal Duit.
Mereka pun menonton bersama dan sedar akan masalah mereka. Namun malu.
Hahaha nenek dia berbual non-stop. Si Ahmad Cermat pun stres.
Keesokan harinya, si mak marah si nenek. Nenek pun melenting la dan merajuk. Terus keluar rumah!
YE SEBAB AHMAD DAH KAYA.
Mereka berdua menipu anaknya. Kata dah dibuang kerja. Ini agar anaknya dapat belajar untuk berjimat. Ini semua idea si Ahmad Cermat. Mereka dah berkomplot.
EH SI DEKNI EH MUKA TAKUT PUN MASIH NAK AH. Pengecut sak. Lupakan saja.
Alhamdulillah. Dia buat kerja part-time.
Keluarga bahagia. Mereka kini dah sedar dan akan berjimat cermat.
Hahaha Arif tipu kau. Arif ni takde konek nak buat benda haram ni.
Siol ah lebam sak hahaha. Abeh dia tengking kat bapak dia? Dia kata bapak dia tak ambil peduli hal dia? Erm, rude?? Kau yang jauhkan diri kau daripada bapak kau kan?! KURANG AJIAK. Berani tinggikan suara lagi!
Episod 7
Eh eh si Erika ni. Sempat eh?
HAH. Ahmad pun bertanya apa dia harus buat kerana ketiadaannya dalam keluarga itu membuat keluarganya dibelenggu masalah. Maria kata itu soalan yang tidak patut ditanya!

Lydia Asyiqin sebagai Radhiah. Wow, bak cahaya nur aka Radiant.
Kes minggu ini: suami si dekni baru meninggal. So dia nak jual rumah ni sebab adik lelaki suami dia pun ada hak dalam rumah ini. Tapi… rumah ini di bawah nama suami dia dengan dia seh??
Diorang makan kat rumah gunakan sudu garpu.
Wah wah wah. Undang-undang akhirat lah, hukum faraid lah. Tapi sedar tak bahawa anda hanya mengejarkan kebendaan DUNYA?

Ni la adik lelaki arwah tu, Jailani. Oh, kau tau hukum faraid. Nak duit sebab bini kau leher botak, takde gelang dan rantai.
Tapi kau sedar tak bahawa anak perempuan abang kau tu sekarang tanggungjawab kau? TU PUN HUKUM ISLAM APE, NGOK. Nak duit aje, tanggungjawab tanak? Perangai SYAITONNE.
Hahaha sekarang baru tau takut? Dulu tak takut? huh? Takut kenek sebat hahaha. Padan muka. Ahmad mahukan Arif melaporkan diri kepada pihak polis.
Kawan kau yang buruk tu mana? Dia la punca mengapa kau terjebak dalam benda tailong kan? Sekarang kau dah susah, kawan ada tolong? LESAP terus.
SETUJU. Apa dia buat? Takde ape-ape pun…
Eh unsur kebetulan dalam drama ini betul-betul off the charts eh?
Si Ahmad Jimat bertanya jika Radhiah ada masalah. Dia pun kata dia sedang berdepan dengan masalah kewangan sekarang!
Ahmad menjemput mereka ke studio. Radhiah dan adiknya memberitahu ibunya tentang rancangan mereka untuk ke studio dan berbincang isu mereka. Ibu mereka tidak setuju.
Kenapa ibu mereka macam kenal Ahmad Cermat? Hmm…
Mereka tetap mahu pergi sebab mereka ingin mencari kebenaran. Yes! #feminists
EH BODOH EH MAK DIA.
Setakat saman je. Tu pun Ahmad jugak yang nak bayarkan.
Abeh Ika dengan selamba kata “so papa akan berbalik dengan mama? Yay!”
HUH? Aku tak dengar Ahmad kata dia nak balik dengan bekas isteri dia pun!!! Ika jangan asal boleh eh!
Ahmad menulis sepucuk surat untuk Maria. Dia kata dia tak dapat luahkan hati perasaannya kepada Maria dan menyesal. Dia terpaksa berbaik dengan isteri sebab keluarganya.
Si Jailani ni masuk sesuka hati eh? Sesungguhnya studio takde kawalan langsung?
Wah wah ustazah pun nak hos. Tanya khabar la apa la.
Siap dengan slaid lagi. Hahaha adik lelaki dapat 5 bahagian sahaja. Lagipun, setengah rumah itu masih mili isteri pe. Mereka pun pelajari lebih lanjut mengenai harta serta hukum faraid.
Wow, dah siap baju pengantin semua. Ahmad ada kata dia nak kahwin ke?
Si Yati beli sebentuk cincin untuk dirinya… hahaha.
ABEH DIA SURUH AHMAD PAKAIKAN? Si Ahmad pun bodoh. Pasangkan cincin tu kat jari Yati.
??? Yati suruh Ika muat naikkan gambar di fb. Dengan kapsyen tu? HUH. Cincin tu kau beli sendiri sak. Ika pun go head je eh? Tak betul!
Padan muka kad tidak boleh digunakan lagi.
Oh-oh.
Ahmad pun memberi sepucuk surat tersebut kepada Maria.
Menyampah tapi sedih tengok ni dua ekor hahaha. Macam telenovela pulak.
Setelah membaca surat tersebut, Maria berkata “kau pun sama jugak!”
Hmm… Nampaknya ini bukan kali pertama hati Maria disakiti seorang jejaka.
Kes ini selesai. Rumah HDB kini milik isteri si arwah secara keseluruhan. Dan dia takkan jual. Pakcik dia pun kata dia akan lebih bertanggungjawab akan kededua anak buahnya.
Ahmad dijemput ke rumah Radhiah sebagai tanda terima kasih. Apabila di situ, dia ternampak potret keluarga. Dia kenal si arwah.
Si arwah pernah bekerja untuk Ahmad satu ketika dahulu.
Wow wow wow. Semakin intens ye drama ini. Minggu hadapan dah episod terakhir! Ahmad jadi kahwin dengan Yati ke? Masalah hutang Sulaiman bagaimana pula? Maria pula bagaimana? Abeh drama baru ni apa pula? Ahmad kenal si bapa Radhiah ke? Hmm…
Jangan pulak episod terakhir dan unsur kebetulan all over the place eh!
Jangan lupa untuk saksikan episod akhir Pa$al Duit minggu hadapan! Ikuti hashtag #PasalDuitSuria di Twitter dan ‘Like’ Fesbuk Pengkritik Sandiwara!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Kalau youalls nak baca episod-episod lepas, klik di sini: episod 1, 2-4, 5-7. […]
LikeLike