P.I.Z: Episod 10 & 11

Salam Maulidur Rasul, Salam Hari Natal (Krismas) dan juga Salam Hari Bertumbuk (Boxing Day), wahai pembaca setiaku yang berbilang bangsa, agama, jantina dan juga perasaan.

Drama sci-fi yang penuh dengan mitos semakin hari semakin tidak masuk akal. Ia seolah-olah berlaku di dalam dimensi di mana semua orang tidak boleh berfikir secara rasional dan kewujudan logik hampir pupus.

Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang berlaku dalam drama P.I.Z pada episod 10 dan 11!

IMG_7049

Recap: Zack tidak mahu menjadi PI lagi dan Nemo ternampak Zack terlantar dalam biliknya. Klik di sini untuk membaca blog post mengenai P.I.Z. Scroll down untuk baca episod 1, post terbaru di atas.


 

Episod 10

IMG_7038

Nemo pun ada skills untuk memecah masuk rumah Zack. Ataupun Zack cuai dan tidak mengunci pintunya? Membolehkan musuhnya memasuki rumahnya dengan senang dan pasang CCTV? Hmm… Nemo ingin mengembalikan telefon bijak kepada Zack dan ternampak Zack terjatuh kat lantai macam suster ngesot.

suster

IMG_7039

Nemo pun bertanya apakah benda tampal-tampal yang macam drama CSI kat dinding bilik Zack. Zack pun kata la dia masih menyelidik pembunuh anaknya, Sarah.

IMG_7040

KAN SI MASTERMIND DAH PASANG CCTV KAT RUMAH ZACK!!!! Bodoh punya Zack tak kunci pintu!!!

IMG_7041

Ooooooo unsur imbas kembali. Inilah Uncle Bad aka Mastermind. Dahulunya dia bahagia la ada anak bini dan memiliki rumah teres. Isteri dan anaknya ingin keluar untuk membeli hadiah buat ulang tahun perkahwinan mereka.

IMG_7042IMG_7043

Klien terbaru Nemo, Nia. Nia membeli sebutir berlian dari DiamondScope namun sijil berlian itu palsu. Tetapi… Berlian itu tulen. So saya KONPIUS. Jadi si Nia ni nak settlekan kes ni ah. Ingin tahu jika dia ditipu or nah.

Si pompan ni tak boleh berlakon eh? Dia baca skrip satu suku kata demi satu suku kata. Sungguh tidak semula jadi. Abeh bahasa baku dia pun pekat.

IMG_7044

Nemo menelefon Lucky Lee untuk berbincang hal kes baharu itu. Lucky pun menerima kes tersebut tanpa bertanya kepada Zack. Padahal Zack dah taknak jadi PI lagi eh.

IMG_7045

Di Malaysia, Linda mengadu dengan mak dia pasal hal rumahtangganya. Mak dia menyuruh dia berbaik semula demi Jeff.

Jurukamera memang suka eh amek video tepi dedaun?

IMG_7046

Nemo pun menerangkan kes terbaru kepada Zack. Setelah mendapat tahu bahawa beliau terpaksa berhubung dengan DiamondScope, Zack menolak tawaran kes ini dengan tegas.

IMG_7050

Oleh kerana itu, Nemo memujuk Lucky untuk mengendalikan kes ini. Lucky pun go je.

IMG_7051IMG_7052

Zack mendapat tahu bahawa Lucky menerima tawaran kes ini. Zack menasihati Lucky untuk tidak teruskan dengan kes ini tanpa memberi sebab-sebab yang munasabah. Lucky tidak setuju dan tetap mahukan kes ini. Lucky pun berkata bahawa Zack terlalu ikutkan emosi dan tidak boleh asingkan antara kerja dan peribadi. Tiada sikap profesionalisme.

IMG_7053

Mastermind mendengar dan melihat setiap perbualan dan pergerakan Lucky dan Zack.

IMG_7055

Mereka berjumpa untuk berbincang hal rumahtangga Zack dan Linda serta isu letak jawatan tu la. Tapi saya rasa si Nemo ambil kesempatan je.

IMG_7056

Semasa di rumah Nemo, Nemo memberitahu bahawa Zam menganggap Zack sebagai best friend dan asyik berbual pasal Zack 24 jam. Hmm… Macam lain je.

IMG_7057

Zack pun mentel tanya Mak Zam anggap Zack sebagai apa. Menyampah.

IMG_7058

Zack terlalu khusyuk bermain game. Dia kata yes.

IMG_7059

Zack kenek sawan semasa dia makan malam HAHAHA terus jatuh macam badak SIAK.

IMG_7060IMG_7062

Akhirnya, Zack mendedahkan bahawa dia ada penyakit. Ketumbuhan di otak. Nemo menangis kerana ada orang main biola di belakang kamera HAHAH. Dia punya muzik eh sungguh drama.

giphy

 Für Elise

IMG_7064

Zack pun memberitahu Nemo mengapa dia tidak mahu mengambil kes DiamondScope ni.

Tersebutlah kisah…

IMG_7066

Pada suatu hari, wanita ini (isteri Mastermind) ingin membeli sebutir Blood Diamond dari DiamondScope. DiamondScope merupakan syarikat black market yang berniaga sebagai syarikat yang sahih lah konon.

bloodiamond.jpg
apa yang best sangat
IMG_7067

 

Pada hari yang sama, pihak polis sedang menyiasat DiamondScope ni. Kebetulan, ada 3 ekor pencuri ingin merompak DiamondScope pada tengah hari. Merepek???? Abeh masih boleh dengan perlahan nak pakai topeng semua?

IMG_7068

Si pakcik guard yang memegang senapang gajah ni sebenarnya bukan guard. Dia la dalang kepada pencuri-pencuri tadi!! Kurang ajiak.

IMG_7069

Mereka semua serbu la kedai DiamondScope ni. Mintak segala berlian serta telefon pelanggan dan pemilik kedai.

IMG_7073

Si pakcik guard menangkap si wanita ni sebagai tebusan. Di sinilah mulanya ketegangan dan drama.
Saya tak dapat menerima hakikatnya bahawa Suria mengadakan efek visual dan audio buat adegan tembak-menembak. Macam tengok video presentation budak sekolah menengah.

IMG_7074

Zack memberi isyarat kepada wanita itu untuk tunduk ke bawah apabila Zack kira hingga ke nombor tiga.

IMG_7075

Wanita itu pun mengikut arahan Zack. Tetapi malangnya, anak wanita tersebut berlari ke arah ibunya apabila Zack melepaskan sedas tembakan!!!! Peluru tersebut terkena budak itu dan budak itu jatuh ke lantai, tidak bernyawa!

IMG_7077

Wow. Polis masih tak tembak si pakcik guard??

IMG_7078

Apabila pakcik guard tembak wanita itu baru polis nak tembak?? Lol. Urgh.

IMG_7079

Tapi pakcik guard belum mati! Dia merampas anak kecil itu dan ingin melarikan diri. Namun, seorang polis menembaknya dari belakang. Polis tu tangan menggeletar. Aku rasa dia baru graduate dari HTA kot.

zml3gki
Aku rasa polis tu belajar ni semasa di HTA. Sekarang polis tak tembak, dia gunakan kuasa ghaib untuk menghalang jenayah!
IMG_7082

Setelah ditembak, mereka berdua terjatuh ke tingkat satu. Dan mati. Tapi Zack buat CPR???

IMG_7083

Berita mengenai keluarganya pun disampaikan kepada Encik Osman Bin Sabtu. Nama kampung tapi guna Uncle Bad la. Mastermind la. Mungkin”Bad” harus disebut dalam loghat Inggeris. Jadi macam hint besar kepada Zack yang sebenarnya dia bad guy lol.

IMG_7084

Nemo bertanya apakah kemungkinannya jikalau suami wanita tersebut ingin membalas dendam? Wow Nemo you bukan PI tapi dapat teka dengan tepat!

IMG_7085

Tapi si Zack ni kata tak mungkin sebab suami si mangsa dah redha. Hmm…

Lantak kau lah Zack. Anak kau.

IMG_7086

Mastermind menelefon Zack sekali lagi. Zack ingin bersemuka dengan Mastermind.

IMG_7087

Ok cik.

IMG_7089IMG_7090

Nemo berjumpa abang polis ni untuk belajar tentang kes pembunuhan Sarah. Si abang polis pun memberitahu segala yang dia tahu. Nemo ingin membantu Zack mencari pembunuh sebenar.

Si dekni layak jadi polis eh sebab ada muka abang polis.
IMG_7092

Sesi menyiasat paling world di Suria.

IMG_7093IMG_7094

Nemo ke sebuah kedai untuk mencari Osman Bin Sabtu. Si uncle kat kedai tu kata takde orang bernama Osman Sabtu pun. Padahal bos dia nama Osman Sabtu! OMG uncle… How can you not know your employer??

IMG_7095

Wah wah wah. Pandu teksi tapi sungguh berfesyen eh. Ada stail. I suka.

Dalam episod ini sahaja, kita dapat tahu mengapa Mastermind aka Uncle Bad aka Osman Sabtu membunuh Sarah. Ini kerana dia ingin membalas dendam. Namun, mengapa dia berbaik dengan Zack dan menjadi pemandu peribadi Zack? Dan masih bersembunyi dan mengugut keselamatan keluarga Zack? Siapakah Ah Sing kepadanya?

Kita juga pelajari bahawa kes-kes Nemo yang dahulu seolah-olah ada kaitan dengan kes pembunuhan Sarah. Semakin seronok saya tengok sebab plot cerita yang kini lebih terang walaupun agak diputarbelitkan tetapi tetap menarik!


IMG_7198

Ni wanita bekerja di DiamondScope. Seorang pelanggannya ingin wang pendahuluan balik kerana tidak mahu beli berlian mereka. Pelanggannya mendapat tahu bahawa DiamondScope memalsukan sijil mereka.

IMG_7199

Mamat ni kesian seh aku tengok. Dia macam digoda tapi pada masa yang sama nyawanya di tangan wanita itu lol. (totally digging the lady’s character! Macam Mord-Sith!)

tumblr_ntp87iext21tebpzgo4_250

IMG_7200

Tanpa membuang masa yang berharga bak berlian mereka, si wanita ini pun menikam dada mamat cina ni sampai dia ke Jahanam. Apabila 2 pengawal step hot nak kemas mayat dia, si Lucky muncul?? WTH LUCKY!!! Abeh dengan muka selamba dia, dia berkata “oh ada meeting eh sorry”. WTH LUCKY.

IMG_7201

Mereka mengikat Lucky dan biarkan si Lucky merana. Wanita tadi tu bertanya apakah tujuan sebenar Lucky ke DiamondScope tapi Lucky tak jawab. Jadi, dia tikam peha Lucky!! URGH.

IMG_7202

Tiba-tiba, tempat tu pitam, tiada kuasa elektrik. Si mamat tiga rasa (sebab dia ada tiga nama dalam drama ini) pun menjelma dan membelasah semua orang di situ kecuali Lucky.

IMG_7203

Polis dengan kebetulan ada di situ (haha) dan Lucky diselamatkan. Lucky pun berterus terang dengan abang polis ni mengapa dia berada di situ. Kerana dia ingin menyiasat kes Nemo sebab Zack tanak amek kes ini.

IMG_7204

Sebenarnya, Zack yang memberi polis heads up pasal DiamondScope tu. Tu pasal polis berada di DiamondScope. Tapi Zack kononnya anonymous ah. Aku pun tak faham. Dia nak “cegah, halang dan kesan jenayah” chey tagline kapa?

IMG_7206

Zack ingin menziarahi Lucky tapi Lucky dah discharge. Bapak dia memanggil dia pulang ke pangkuan keluarga.

IMG_7207

Mastermind menelefon Zack sekali lagi. Kali ini, Zack ingin mengatakan selamat jalan kepada Mastermind kerana dia dah mnl.
IMG_7209

Mereka sedang memancing udang. Linda kata kenapa takda udang. Mak dia kata kenek sabar. Sabar dalam perkahwinannya juga. HUH???? SEDANG PANCING UDANG BOLEH KE ISU RUMAHTANGGA???

IMG_7211

Bapa Lucky menjemput Lucky pulang ke syarikatnya. Dia tidak mahu Lucky melibatkan diri dalam bidang sepai-menyepai lagi.

IMG_7212

Zack ingin Nemo ke hotel untuk sembunyi dari sebarang ugutan. Tapi… Zack mengajak mereka menaiki teksi Uncle Bad!!! WTH ZACK!! Kau ni bodoh. Aku tau lah ada ketumbuhan kat otak kau!!

IMG_7213

Semasa memandu, Uncle Bad macam mengimbas kembali hari penculikan Sarah! Dia telah memukau si Ah Sing ni untuk membawa Sarah kepadanya. Pelik eh, “penculikan” ini berlaku di sekolah. Takkan sekolah punya CCTV tak berfungsi waktu itu? Hais. Logik letak kat lubang pantat aku rasa. Si Ah Sing berjaya mengajak Sarah hingga ke luar sekolah sampai ke teksi Uncle Bad.

IMG_7214

Mereka bertiga enjoy diri mereka, staycation di sebuah hotel. Hahaha si Zack ni tak telefon Linda ke apa. Si Nemo pun satu, dia sedar tak Zack tu suami orang? Dia asyik tanya pasal rumahtangga Zack tapi selalu meluangkan masa bersama Zack? So apa niat kau sebenar-benarnya? Zack tu memanglah, dia jantan so ada gian sikit. Check-check Zack ni nak harta Nemo eh? Nemo kan lawyer!

IMG_7215IMG_7216

Keesokan harinya, Zack menerima panggilan video daripada Mastermind. Dia menunjukkan seorang budak sedang duduk dan kepalanya ditutup sehelai kain hitam. Siapakah budak itu?

Sudah terang lagi bersuluh bukan? Zam la kan. Abeh si Zack dengan Nemo kat tingkat satu masih nak teka “Hmmm… Zam ke Jeff eh?”

IMG_7217

Diorang naik atas dan perasan pintu bilik hotel Nemo terbuka luas. Zam lesap. Mereka mencari Zam di seluruh bangunan tersebut. Nemo ingin menelefon polis tapi Zack tidak mahu. Dia mahu melayan permainan Mastermind?? Gila. Dia nak pisang berbuah dua kali ke???

IMG_7218

LOL.

IMG_7219

HAHAHAHA. Uncle Bad mengajak Zack ke kedai untuk membeli beg hitam yang boleh memuatkan seorang budak. $100 oi.

IMG_7220

Wow, Mastermind dan Uncle Bad dalam satu masa eh. Dia gunakan telefonnya untuk menelefon Zack tapi tak berbual apa-apa hahaha. Sungguh berbakat. Jangan telefon yang salah sudah eh. Dia sanggup eh melakukan apa sahaja.

Saya ingatkan dia nak “HAHAHA ZACK AKULAH MASTERMIND, BAHLOL” tapi tak. ;(

IMG_7222

Eh eh si dekni ni. Dengan bersungguh-sungguh menyampaikan berita mengenai DiamondScope.

IMG_7224

Zack dengan penuh kesabaran menunggu panggilan Mastermind untuk mula permainannya sekali lagi. Kali ini, Zack akan dengar setiap arahan dengan teliti dan tidak akan melakukan sebarang kesilapan.


 

WOW WOW WOW EPISOD YANG AMAT INTENS. Dapatkah Zack melakukan perkara yang bakal Mastermind suruh dengan sempurna? Mungkin si budak diculik itu Jeff? Jengjengjeng. Zam diculik oleh suami Nemo dan bukan Mastermind? Hmm… Bagaimana pula dengan rumahtangga Zack dan Linda?

Drama yang semakin mengasyikkan dan penuh tanda tanya. Mampu menarik perhatian penonton. Kini, semua tanda tanya hampir dijawab. Walaupun ia sebenarnya kurang unsur logik, ia tetap mampu membuat degupan jantung penonton berdegup 3 kali lebih pantas apabila menonton!

Jangan lupa untuk saksikan P.I.Z di Suria! Ikuti hashtag #PIZSuria di Twitter dan ‘Like’ Pengkritik Sandiwara di Fesbuk!

– Pengkritik Sandiwara

(Photo/gifs from Mediacorp Suria’s Toggle and Google)

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s