Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang semakin hari semakin uzur macam pelakon-pelakon mapan kita dalam drama propaganda ini.
Tanpa membuang masa ayuh kita lihat apa yang telah berlaku dalam drama ini ya.
Episod 2
Jef amatlah marah kepada jururawat Sapiah kerana kecuaian pihak hospital. Padahal bukan bini dia sak. Tapi si Rahman tu cool aja sebab dia dah syiok kat si Sapiah kannnn. Nak tenangkan keadaan segala. Tunjuk kejantanan lah konon.
Suami si Yam pun cari dari hulu ke hilir tapi tak dapat cari! Rakannya pun menasihatinya untuk pulang. Tapi dia berdegil. Masih jugak nak cari isterinya tu.
Isterinya sedang menunggu di depan pintu rumah… BUANG KAREN SAK NGOK. Merepek pe??
Eh eh si Rahman ni menunggu kat mana entah agar si jururawat Sapiah muncul. Nama dia Hasnah rupanya. Tapi ada aku kesah? Tetap nak panggil dia jururawat Sapiah.
Mereka pun berborak sedikit. Si Rahman eksyen tanya la ada siapa teman apa la. Dapat tau si jururawat Sapiah ni single. APA LAGI? Attack la. Si Sapiah pun layankan. Maklumlah, duit CPF oi…
Si dekni masih ah dengan bisnes dia. Dia langsung tak hiraukan pendapat rakan dia?
Abeh Rahman macam terpikiak ah kalau ada bisnes tak payah makan gaji lagi. Boleh hidup senang sikit dengan Sapiah.
Sesi propaganda. CHAS memberi subsidi sebanyak $28.50! Oleh kerana kesihatan mempunyai positive externalities, pihak pemerintah masuk campur untuk menggalakkan rakyat untuk berjumpa doktor! Saya rindu buat esei ekonomiks. Maklumlah I dapat A. You dapat apa?
Pada episod minggu ini, kita pelajari faedah kad CHAS. Tak perlu isi borang atau apa pun apabila berjumpa dengan doktor. Cuma tunjukkan kad CHAS dan anda dapat potongan sehingga $28.50 bagi rawatan anda!

Mereka tengok-tengok gerai. Secara jujur, saya rasa cuma Jef yang ye-ye-oh sangat! Yang lain dua macam tak kisah pun. Ni pun idea si Jef eh abeh dia macam memaksa? Dia langsung tak pedulikan pendapat rakannya!
Ye ke? Kita selalu pergi cafe makan benda berkalori tau. You takde instagram ke Jef?
Ini Sham. Dia ada rancangan nak bukak kafe tapi takde orang nak terima proposal dia.
So dia frust tonggeng…
Episod 3
Ni dua orang tua terdengar perbualan Sham dengan bisnesman tadi. Abeh dia pungut proposal Sham yang kat dalam tong sampah???? Najis sak.
Mereka pun cuba mengajak berdiskusi bersama.
Wow anaknya dah balik dari bulan madu terus dia amek urgent leave. Melampau.
SENGAJA BERTAPA KAT SINI NAK JUMPA JURURAWAT SAPIAH.
Eh ni aku tak faham. Padahal dia tanya Sapiah kat daerah situ mana ada tempat minum abeh dah berbual dia kata “saya tahu tempat minum, mari” HUH???? BODOH PUNYA SKRIP. Ataupun… Orang tua gian tak boleh fikir lurus???
Si Sapiah buat muka kesian la kata dia jaga mak dia sampai ke liang lahad abeh selepas mak dia mati dia dah keseorangan takde teman. Hmmm… Nak cakap nak. Konsperm dapat.
Pui. Menyampah. Geli sak.
Siak ah mak dia. Kenduri arwah ke? Masak banyak siol macam majlis keramaian! Anak dia nak rehat kan. Diorang mesti jetlag seh.
Rizal dan isterinya kata nak pindah rumah tapi mak dia tak kasi? Berilah mereka sedikit kebebasan! Memanglah rumah besaq tapi anak muda kan nak belajar berdikari!
Eh si dekni eh entah kenapa taknak pergi hospital? Sebab wang? Wang jangan risau la pemerintah ada berkepok sak! Abeh dia kan nak pergi umrah. So, pergilah doktor. Kalau apa-apa terjadi kat sana? Siapa nak bayar bil hospital?
HA KAU.
Bapak dia pun kata la terpaksa tangguh ibadah umrah demi kesihatan mak dia. Tapi dia takut mak dia tak boleh terima hakikat bahawa mereka terpaksa menangguh umrah tu! Sebab mak dia dah nak sangat pergi umrah!
Si dekni tak habis-habis dengan dia punya ceramah pasal PG dan kad CHAS!
Jef bertemu Sham untuk berbincang pasal kafe ah. Sham kerja dalam bidang R&D manakala yang lain kerja dari aspek fizikal. Si Jef ni eh berbual dengan Sham macam nak taknak? Kononnye Sham bergantung pada dia untuk hidup? Merepek. Rambut macam baru bangu tidur.
Wow baru balik dating ke?
Episod 4
Jengjengjeng… Mak dia suruh dia bawak balik si Sapiah tu untuk sesi berkenalan!
HA KAU. Sepanjang 20 tahun hidup aku, I tak pernah makan kat tempat romantis tepi laut. Ni pasangan ganyut ni bertuah betul ye, I cemburu.
Rahman pun berkata kepada Sapiah yang mak dia nak jumpa. Sapiah macam gembira la tapi dia kata dia tanak banana fruit twice. Sebab Mak dia perangai satu macam.
Mak Rizal masih nak anak dia tinggal bersama. Anak kau tu dah kahwin oi. Tak payah nak berkepit dan bau ketiak kau lagi!
Isteri dia pun sound sikit la kat mak dia. Hmm ni mertua dengan menantu berperang!
Lol…
Kebenaran dah terkeluar pun. Abeh nak menangis segala. Dia tak pentingkan kesihatan dia langsung eh? Mana tau kau tangguh abeh dapat kumpul duit boleh terus ke haji???
Halim bilang Suhana pasal gerai tu la. Boleh dapat duit lebih! Pada masa yang sama, Suhana risau akan kesihatan bapanya.
Eh mak dia emosi tak tentu pasal!! Padahal anak kau pindah rumah saja. Bukan bermastautin kat negara orang pun.
Wow wow wow rakan bisnes bersenam bersama. Pelik aku tengok si muda ni bersenam dengan tua-tua.
Oh ye jangan lupa untuk perasan Product Placement mereka!
Perasan tak? EH SI DEKNI MASIH AH DENGAN BENDA DIA PASAL CHAS NI SEMUA. Kesian eh dia asyik ulang skrip yang hampir sama hahaha. Sungguh tidak natural bila dia berbual pasal benda ni semua,
HA kau. Ni kenduri berkhatan ke?? Nampak sedap.
Eh si mamat ni bodoh eh. Dia tak tau Sapiah tak boleh makan pedas ke?? Abeh main letak sambal bergunung!! Abeh Sapiah paksa diri dia makan cili? Abeh asyik terbatuk? So mak dia ingatkan dia macam tak suka makanan. Omg women…
Dah start la tu. Padahal baru jumpa sekali.
Rahman pun memberitahu la kata-kata mak dia sebenarnya menyinggung perasaan orang lain tanpa disedarinya! Dan dia tidak mahu perkara yang lepas terjadi lagi. (saya rasa ada kena mengena dengan arwah isteri Rahman)
Secara jujur, saya memang tak suka plot cerita ini sebab saya rasa macam takde isi UTAMA pun. Macam semua watak ada cerita masing-masing dan tiada jalan cerita yang menjadi plot utama bagi drama ini.
Namun, saya suka akan persoalan serta isu-isu yang timbul.
Antaranya adalah
- Dapatkah mereka buka gerai/kafe?
- Pergolakan emosi ibu mengenai anaknya yang akan pindah
- Akankah perhubungan mereka berdua terjejas?
- Cinta antara orang tua yang dianggap basi?
- Walaupun begitu, ia realistik
- Konflik antara mertua/menantu dan juga bakal mertua/bakal menantu (konflik wanita)
- Isu kesihatan
- Ibadah atau kesihatan?
- Pergaulan antara yang muda dan yang tua
- Kerjasama (isu gerai/kafe)
- Pasangan baru yang ingin berdikari
Drama yang bagus untuk seisi keluarga kerana banyak pelajaran namun isi yang tidak meyakinkan.
Jangan lupa untuk mengikuti hashtag #KembaliBersinar di Twitter dan Like Pengkritik Sandiwara di Fesbuk!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] baca episod lepas, klik di sini: 1, 2-4, […]
LikeLike