Selebriti Juara Memasak X Kolej Komedi

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang selalu bergurau senda bersama orang rumahnya apabila di dapur sehinggakan pokok krismas terbakar. Siapa yang datang untuk memadamkan api? SCDF jugak…

Buat pertama kalinya, saya akan mengetengahkan dua rancangan dalam satu blog post. Ini kerana saya berpendapat bahawa kededua rancangan ini mengongsi persamaan yang banyak. Rancangan tersebut adalah rancangan peraduan realiti Kolej Komedi dan Selebriti Juara Memasak!


 

Pertama sekali, saya bakal kupas mengenai Kolej Komedi. Rancangan ini bertujuan untuk mencari pelawak pelapis di Singapura. Ujibakat telah diadakan untuk mencari peserta-peserta yang layak untuk memasuki pertandingan ini. Kirakan ini ala-ala Maharaja Lawak Astro ah.

IMG_6875

Oleh kerana tajuk pertandingan ini ‘Kolej Komedi’, tema pertandingan ini juga ala-ala di sebuah kolej.

IMG_6891

Para peserta dibahagikan antara kumpulan trio, berpasangan atau sendirian. Hanya ada satu sahaja yang bertanding secara individu. Malangnya, nama-nama kumpulan mereka tidak melekat di dalam benak fikiran saya. Saya tidak tahu mengapa mereka menamakan diri mereka sebegitu. Penonton juga tidak diberi peluang untuk mengenali para peserta dengan lebih dekat lagi.

Para peserta dianggap sebagai pelajar. Mereka harus menjalani ujian penggal. Bagi mereka yang gagal, mereka akan dibuang sekolah atau disingkirkan dari Kolej Komedi.

IMG_6871

Nurul Aini merupakan hos rancangan lawak ini. Beliau merupakan Guru Disiplin dan mengawal kekecohan di studio. Saya pelik, kenapa Nurul Aini jadi hos rancangan lawak eh? Dia bukan pelawak pun. Kadang-kadang saya rasa saya terpaksa ketawa kat bahan lawak dia sebab saya diwajibkan ketawa sebab para penonton di studio ketawa? (ataupun itu merupakan suara latar yang bedek?)

IMG_6878

Mereka bertiga merupakan Mahaguru aka juri peraduan ini. Saya rasa Suria telah melantik tiga orang yang amat sesuai untuk menjadi juri bagi rancangan ini! Syabas. Era Farida vogue senantiasa.

IMG_6872

Ini Alias Kadir buat kacau je. Dia merupakan bahan jenaka ah. Just think of AC Mizal in MLM ah. Sama tugas dia. Kacau peserta bila masa hampir tamat. Kadang-kadang bila sketsa peserta tak kelakar langsung… Dia muncul je dah kelakar sak.

IMG_6874

Para peserta mempunyai mentor-mentor tersendiri. Setiap mentor mendidik murid mereka secara peribadi. Namun, pada setiap episod, mentor-mentor bergabung bersama untuk memberikan “kuliah” kepada seluruh kolej.

Antara mentor di Kolej Komedi – Haryani Othman, Fuzz dan Najib Soiman.

IMG_6892

Selain kuliah dan masa peribadi bersama mentor mereka, para peserta diberi tips daripada pelawak tempatan yang sudah lama berkecimpung dalam industri ini. Sebagai contoh, Khairudin Samsudin yang memberi nasihat kepada para peserta.

Secara keseluruhan, saya rasa Kolej Komedi memanglah satu rancangan yang bagus kerana ia merupakan satu wadah untuk mementaskan bakat-bakat pelawak Singapura yang terpendam. Namun, cuma sketsa dan punchline para peserta tidak kelakar pun. Saya tonton di Toggle, cuma ketawa apabila Alias Kadir muncul dan apabila Nurul Aini cuba berlawak. Tetapi, hanya satu kumpulan sahaja yang mampu membuat saya tak kering gusi. Iaitu Gohli! Kumpulan yang mempunyai seorang peserta kaum Cina! Sampai juri beri standing ovation. Syabas. Peserta yang lain harus rasa takut kerana tahap lawak jenaka Gohli is up there.


 

EEGB9223

Kini, saya akan berbual pasal Selebriti Juara Memasak pula. Setelah Queen Juara Memasak dan King Juara Memasak, Suria mengambil keputusan untuk mengajak para artis kita memasak pula. Saya hairan. Kenapa gunakan istilah ‘Queen’ dan ‘King’ eh? Kan lebih elok gunakan kekata ‘Ratu’ atau ‘Raja’? Lantak kau lah. (Bahasa kita, gunakanlah)

Kenapa disiarkan pada hari minggu eh? Ratings tinggi ke? Makcik-makcik semua sibuk tonton Gegar Vaganza kat Astro…

IMG_6889

Inilah para artis-artis yang bertanding dalam SJM ini. Antaranya adalah Danial Ashriq, Siti Hajar dan ARIATIIIIIIIIYAAAS.

Namun kasihan. Daddy Fir Rahman terpaksa menarik diri atas sebab-sebab peribadi pada episod kedua. Dan peserta yang saya jangkakan mampu memberi saingan sengit seperti botox dia yang tak begitu melekit, tersingkir. Hafeez Glamour lah.

IMG_6879

Suhaimi Yusof pengacara rancangan ini. Secara jujur, saya tak suka. Kan lebih afdol jikalau Nurul Aini hos rancangan ini (seperti musim pertama) dan Suhaimi hos rancangan KK????

Kenapa hos musim pertama boleh masuk rancangan ini eh? Kenapa Suhaimi tak hos rancangan KK? Tambahan, Suhaimi selalu buat kelakar pada masa yang tidak sesuai? Dia juga selalu buat kacau di dapur apabila peserta sedang stres nak masak. Saya tonton macam tak suka ah. Ni pertandingan memasak sak, if me, aku dah siram minyak panas sak.

IMG_6883

Cef Amri dan Cef Bob adalah juri buat rancangan ini. Pada awalnya, mereka merupakan mentor kepada peserta ini. Setelah episod kedua, mereka bukan lagi mentor tetapi juri. Sekali lagi, Suria telah memilih juri yang sesuai kerana mereka memberi komen dan pendapat yang bernas lagi memanfaatkan.

IMG_6880

Saya paling tak suka segmen ini. Segmen ini adalah di mana Suhaimi Yusof akan mengenalkan tema pada episod itu. Segmen ini sepatutnya disampaikan melalui serangkap pantun. Tapi kau lihat tu, tiga baris pantun ke? Sebagai penggemar pantun, saya berpendapat bahawa pihak Suria telah memburukkan keindahan pantun.

Ada kalanya, saya rasa macam #culturalappropriation pun ada.

IMG_6887

Setiap minggu, SJM juga menjemput pengadil yang mahir dalam tema mingguan. Si dekni ni dulu aku tengok muka masih manusia sekarang dah botox, ke QuPuteh?

quputeh.jpg
macam kembar

Saya akui bahawa saya amat suka rancangan ini kerana ia mempunyai kejutan yang amat tahap serangan jantung. Seperti masak 10 lauk untuk Nasi Ambeng dan membuat kek cawan tanpa ketuhar! Cuma tiada unsur ‘kemusuhan’ antara peserta! Tak best la, macam tak cukup jus!


Jadi, apakah persamaan rancangan ni?

  1. Hos yang kurang sesuai
  2. Kehadiran Mentor
  3. Pengadil yang berkaliber
  4. Juri/pelawak jemputan yang memberi tips
  5. Meniru rancangan Astro
  6. Wadah untuk menunjukkan bakat yang selama ini tersimpan

Memang tidak boleh dinafikan bahawa rancangan-rancangan ini menarik dan fresh tetapi, banyak perubahan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi prestasi rancangan peraduan realiti Singapura.

Itu sahaja daripada saya!

Jangan lupa untuk ikuti Pengkritik Sandiwara di Twitter dan Fesbuk!

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle and Google)

 

5 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s