Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang senantiasa kerja keras semata-mata untuk mencari sesuap nasi dalam dunia yang amat sengit ini.
Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang terjadi dalam drama Pasal Duit Episod 2,3 dan 4. Mampukah Ahmad mengacarakan rancangannya secara langsung?
Episod 2
Si Ahmad Cermat ni sebenarnya macam nervous sebab kali pertama di televisyen secara langsung. Dia macam tergamam sikit lah. Tapi ok. Dia berjaya lafazkan skripnya.
Kes minggu ini. Sepasang suami isteri yang baru sahaja bernikah namun ada banyak hutang keliling pinggang. Ini kerana sang suami meminjam wang daripada bank dan ibu sendiri untuk membayar kos bulan madu serta majlis perkahwinan. Sang isteri tidak ambil peduli langsung kerana dia isteri, bukan tanggungjawab dia perihal duit ni semua. Si isteri eh dia macam nak campak kertas bil tu kat suami dia abeh stop halfway?? Huh??
Suaminya ternampak rancangan Pa$al Duit la.


Ahmad dan Maria semakin hari semakin mesra. Rakan-rakan kerja pun perasan la. Mereka memesan Ahmad bahawa Maria mempunyai seorang tunang di Penang.

Rakan kerja Ahmad, Encik Ali, kata si Aziz Satar sebenarnya kaum puak dia. Entah bagaimana berkaitan saya tak tahu. Ni biasalah orang macam gini berlambak.


Beliau meminta nasihat daripada Ahmad Cermat. Namun, apabila Ahmad Cermat memberi pendapat serta pandangannya, Encik Ali membantah. Atas sebab beliau berhak melakukan apa sahaja dengan wangnya. EH NGOK, KAU MINTAK NASIHAT ABEH NAK BERTERIAK SEGALA? Baik kau jangan mintak pandangan kan? Gila.



Ahmad mengajak Maria bermakan bersama dengan Ika. Namun, Ika macam tak suka la bapak dia ada “girlfriend”. Padahal rakan kerja je. Dan, tak salah kan kalau Ahmad mahu mengenalkan Maria kepada Ika. Oleh kerana Maria lah si Ahmad mempunyai rancangan tersendiri. Bukan ke dulu si Ika ye-ye-oh sangat nak video bapak dia jadi viral? Si Maria dah tolong seh. Gila pe? Bertindak tanpa berfikir eh.

Hahaha sigh sakit hati orang ni. Lagipun, diet tak semestinya tak makan, bodoh. Tu bukan diet, tu kebuluran. Kau dah la kering kau ingat laki nak pompan kering? Diorang nak yang berisi boleh mmmmdap. Tengok sahaja bapak kau tu. Syiok kat Maria sebab dia terlampau MAMPATZ.

Ika rude af.

Maria menerima emel menyatakan seseorang ini memerlukan bantuan/nasihat dari segi kewangan. Dia pun bergembira.




Bergembira dan berdansa sehingga jatuh. Mak dia takde logik eh? Orang kata yoga dia suruh kahwin? HUH. Oh sebab kalau dah kahwin tak payah buat yoga… BUAT KAMASUTRA HAHAHAHA. Lawa serkop berbutang. Macam 3rd eye boleh keluar laser bak combustionman.


Mereka ingin luluskan apa credit counselling programme.

Matair ibu Ika ni. Belikan beg. Ok. Nama Najib sak. Hmm… Entah-entah makan duit orang Arab mana entah.


Abeh nampak kawan dia terus selfie dengan beg. ???? Ok? Lepastu “jangan lupa tag eh!” Agak-agak, apa kapsyen dia tulis eh? “Terserempak dengan kawanku dan begnya!”

Mereka berdua ke rancangan Pa$al Duit untuk mengongsi masalah mereka serta cari jalan penyelesaian. Si isteri masih berbelanja seolah-olah masih hidup seorang diri. Ahmad menasihatkan supaya menanggung pembelanjaan bersama.


Makcik-makcik world.

Ahmad Jimat pulak… Ni segmen di mana Ahmad Jimat kongsi tips jimat wang.

Mereka tahu si Ahmad kat TV tapi tetap tonton ah walaupun dua-dua ni tak suka Ahmad? Abeh dah habis rancangan anak dia kata “tukar channel”? Huh? Padahal cerita tu dah habis eh kau jangan nak merepek.

Arif inginkan $12,000 untuk membeli sebuah motosikal. Erm… Kau tu masih sekolah, kau tumpukan perhatian kepada sekolah sudah. Sekolah mana entah. Abeh mak dia kata tanya bapak dia untuk duit.


Arif yang jarang menelefon bapanya memanggil bapanya. Ini kerana dia inginkan wang untuk membeli sebuah motosikal. Bapanya terpaksa kata tidak kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu.
Eh kalau aku bapak dia aku terus kata “OH BILA AKU DAH FEMES BARU KAU CARI EH KALAU TAK. Perangai sundalz!”

Rakan-rakan Arif semua dah ada motosikal. Jadi dia rasa cemburu dan kurang cool lah sebab dia asyik jadi pembonceng je… Diorang asyik makan tempat sama eh.

Mana suria dapat mampat ni eh? Buruk.

Hmm… I wonder too.

Ratings rancangan Pa$al Duit paling tinggi berbanding rancangan lain. Mereka berdua amat gembira!


Apabila Maria mengongsi berita gembira ini kepada Ahmad. Mereka hampir-hampir berpelukan. Nasib baik iman diorang kuat jadi diorang bersalaman. Tu pun dah batal air sembahyang, bro. Si rakan kat belakang tu pun memesan Ahmad bahawa Maria sebenarnya tunang orang.

Pasangan ini berbincang pasal pembelanjaan bulanan mereka. Siap dengan excel sheet lagi.



Sekali lagi, Encik Ali meminta pandangan daripada Ahmad namun menentang pendapat Ahmad. Aku rasa lebih baik kau berbual dengan Siri. Tak faham orang macam Ali ni eh. Aku rasa kau berhenti kerja Pak Guard. Kau kerja dalam buku teks pun afdal.


Walaupun sudah berbincang tentang masalah kewangan mereka, si isteri tetap menggunakan wangnya untuk membeli sebuah beg tangan baharu. Si suami pun apa lagi. Melenting tak tentu arah dibuatnya. Dia pun kata bahawa dia banyak hutang sebab nak puaskan nafsu permintaannya untuk kahwin grand segala. Abeh si isteri kata “Who asked you to marry me?!” HUH? Kau gila pe? Kau sepatutnya bersyukur yang suami kau tak lafazkan talak sak. Atau pukul bantai. Isteri apa ni??

Ahmad pun talk some sense into her ah.

Bulu beruang sebagai alas meja?? Yuck.

Kat carousell? Si isteri dah tersentak la terus jual beg semua (srs pe sampai cold turkey segala) Abeh kata boleh nak plan baby. Nak cakap nak. Jangan gunakan alasan “baby”.

Si dekni tak sedar yang suami dia dan juga diri dia ada banyak hutang eh? Dia fikir hidup dia senang eh? Kalau nak selesaikan hutang ASAP, aku cadangkan jual rumah korang yang besaq tu sebab korang tinggal berduaan sahaja. Sulaiman pun kata mereka harus menunggu lagi 5/7 tahun agar hutang mereka selesai.


JENG JENG JENG. Siapa perempuan biadap ni? Pihak TV tak tapis pemanggil ke?
Episod 3

Alhamdulillah ye. Ahmad Cermat pandai menjawab soalan panas ini! Dia berjaya meyakinkan pemanggil dan juga penonton bahawa dia lah orang yang terbaik untuk memberi nasihat perihal wang! Wow macam dah lama menjadi pengacara ah dapat menangani masalah ini dengan begitu senang sekali.

Ika masih tak suka Maria.

Encik Ali agak kurang senang dengan prestasi Ahmad di tempat kerjanya.

Ahmad berjumpa bekas isterinya untuk memberi nafkah. Setelah itu, dia meluangkan masa bersama Ika.

Ika masih inginkan keluarganya seperti dulu kala. Eh si Ika ni hidup dalam awangan ke? Mak kau dah ada boyfriend seh.


HUH kawan Arif suruh Arif kerja dengan AhLong?? Dia gila pe? Patut lah muka buruk sebab kenek gantung kepala babi kat rumah orang.


Wow. General Manager sebuah hotel memerlukan $20,000 untuk berjudi di kasino. Ni ke calon suami yang kau idamkan? Boleh bawak kau ke Jannah? Perangai Najib.

Kes minggu ini. Eh sabar! Hmm watak-watak Mengejar Mentari bersama lagi. Ni kes apa pulak? Abang amek bekas isteri adiknya kah? Hahaha. Ini Roslan dan wanita tu Dahlia. Mereka sudah bercerai dan mempunyai anak kurang upaya bernama Nurul. Dahlia tidak bekerja, hanya menjahit untuk mencari rezeki. Setiap bulan, Roslan memberi $2000 kepada Dahlia. Tapi, bulan ni Dahlia nak lebih sebab kos rawatan Nurul bertambah.

Pada masa yang sama, Roslan ada keluarga baru bersama Diana. Diana kini hamil dan memerlukan lebih banyak wang la eh.


Babak paling klisye. $600 untuk 3D scan eh. Diana pun terpaksa bayar. Terkopak duit dia.

Boleh gitu? Gaji Roslan cuma $4000. Tolak janda, tolak isteri, tinggal $1000 untuk pembelanjaan buat diri sendiri dan juga keperluan rumah. Mati siol. Moral of the story: jangan menggatal.


Arif ni merepek gila eh. Bapak kau muflis pun kau hidup senang. Bukannya merempat kat tepi jalan ataupun tidur kat hutan! Masih jugak makan pe. Dah kutuk bapak tu pun nak duit bapak. Pui. Abeh si Ika masih ah dalam alam idealnya. Tetap inginkan ibu bapanya bersama semula.

Roslan memberitahu rakannya tentang masalah yang dihadapinya. Rakannya pun mengesyorkan Ahmad Cermat.

Roslan berjumpa dengan Ahmad Cermat dan setuju untuk mengongsi masalahnya kepada umum. Tambahan, kesnya agak menarik. Namun, dapatkah Roslan meyakinkan isteri serta jandanya untuk menghadiri sesi perbincangan ini?



Encik Ali diserang beberapa penyangak semasa bekerja. Encik Ali menyalahkan kelalaian Ahmad. Ahmad pun diberhentikan kerja dengan segera. Eleh, ekcili si Encik Ali cari alasan untuk buang si Ahmad sebab dia tak suka Ahmad. Ni semua poyo.

Roslan berjaya mengajak isterinya untuk ke rancangan Pa$al Duit tu. Dengan harapan dapat menyelesaikan masalah mereka.

Si Dahlia ni macam taknak la sebab amat memalukan. Tapi kan untuk kebaikan jangka masa panjang! Abeh si Dahlia ungkit la kalau Roslan tak menggatal, masalah ni takkan muncul. Apa kata Dahlia jual rumah besaq ini? Tinggal dua orang tapi rumah berbilik! Simpan polong ke???? Ataupun sewakan bilik. Serba sedikit dapat meringankan beban Dahlia, bukan?


Semasa mereka berbincang/bergaduh, si Nurul meronta-ronta abeh terjatuh? Dahlia pun kata “pergi hospital!” Setakat jatuh seh. Ni la orang yang menyalahgunakan khidmat hospital! Buang karen. Abeh lihat tu, balik jugak ke rumah kat katil. MEREPEK.

Wow fikir jauh nampak. Si Ika cuba memujuk ayahnya untuk membawa ibunya ke romantic dinner.



Mereka berdua bertembung dan membuat kecoh di studio. Astagha, di manakah letaknya sifat kewanitaan kamu berdua?

Setelah melihat VT mengenai Nurul, hati si Diana macam tersentuh ah. Chey sungguh berkesan ye.


Kasihan si Maria ni. Dia ingatkan Ahmad nak pergi romantic dinner dengan dia. Padahal nak pergi dengan bekas isteri eh. Jangan feeling lebih, oi. Kau tu dah bertunang. (Entah betul entah tidak)

Si Diana pun mengalah. Dia kata berikanlah wang secukupnya buat Nurul. Sesungguhnya, Nurul tu macam anak I jugak. Lol.

Boyfriend si Yati menghantarnya ke restoran makan malam tu la. Abeh berpesan jangan terlalu mesra segala.

Ahmad bilang pat Yati yang dia akan bebas dari muflis. Nak hint si Yati la.

Sebelum dia sempat cakap si mamat merepek ni dah sampai? Kacau daun.
Episod 4

Ika menelefon bapanya untuk bertanya pasal dinner tu la. Ahmad pun kata tak jadi. Abeh si Ika nak salahkan Maria?

Ika pun terdengar suara Maria kat belakang tu jadi dia lagi marah kat bapak dia ni. Maria masih agak marah dengan Ahmad sebab tak pergi romantic dinner.

Encik Yeo sihat. Hahaha. Setelah rancangan Pa$al Duit, Encik Yeo pun mengajak Ahmad Cermat untuk menjadi duta syarikatnya.

Maria masih sakit hati kes haritu. Dia sebenarnya nak makan malam dengan Ahmad. Ahmad je bodoh, tak perasan kelakuan Maria ni semua.

Maria makan besaq untuk ketepikan masalahnya. Wow karipap bertingkat sak.

Eh mak dia eh hari-hari suruh Maria kahwin ke? Butang kat kepala mana?


Ika buat muka sedih dan menyuruh Maria untuk tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan Ahmad. Ika hidup dalam dunia realiti ke…?


Encik Ali berjumpa kawannya untuk melabur wang CPFnya sebanyak $50,000 sak. Entah-entah skim penipuan.

Bini dia pun terkejut beruk. Abeh Encik Ali ni melenting kat bini dia ah sebab dia punya duit pe suka hati dia. Dia fikir bini dia nak kan duit dia. Wow, kerja Pak Guard tapi rumah mansionette. Curlass.


Maria ingin letak jawatan kerana dia ingin menunaikan janjinya kepada Ika. Iaitu berjauhan dengan Ahmad. Encik Salim rejek.

Anak dan isteri Encik Ali frust tonggeng apabila dapat tahu Encik Ali sudah pun melaburkan wang sebanyak $50,000. Skim tersebut seolah-olah terlalu bagus untuk dipercayai.

Anaknya pun berjumpa dengan Ahmad Cermat untuk memberitahu bahawa Encik Ali mungkin ditipu.

HA KAU. Satu Mediacorp pergi rumah Encik Ali untuk selidik perkara ni. Encik Ali tetap bertegas dan percaya akan skim pelaburan tersebut kerana rakannya yang memiliki syarikat tersebut. Anak serta bininya pula tidak yakin dengan skim yang penuh dengan tanda tanya itu.

HAHAHAHA KES KRONIK PAK RADEN SAK KURANG AJAR HAHAHAH

Mereka ke pejabat rakan Encik Ali. Malangnya, pejabatnya dikosongkan. Semuanya lesap. Apa lah nasib.

Encik Ali pun mula meninggikan suaranya kata anaknya dan bininya tamak dan hanya mahukan wang. ???? Yang tamak tu kau, ye-ye-oh sangat nak laburkan wang. Siapa yang susah sekarang?

Encik Ali macam kenek serangan jantung ke apa abeh dibawa ke hospital. Dia tidak dapat menerima hakikatnya bahawa ini benar-benar kes penipuan. INI BUKAN COBAAN.

Setelah menjadi duta, Ahmad dapat selesaikan segala hutang-hutangnya. Wow bestnya. Bebas dari hutang.

Si Arif ni kerja untuk tailong????? Gila bodoh sak.

Sesi nasihat-menasihati. Anak dia katalah “harus fikir pasal mak” yadayada. Memang betul tu!


Ni yang pyramid merepek kan hahaha.

Encik Salim menasihati Maria untuk tidak letak jawatan kerana rancangan Pa$al Duit ni tengah hangat. Sampai penaja beratur kalahkan Hello Kitty.


Encik Salim berkata kepada Ahmad bahawa Maria ingin letakkan jawatan. Ahmad pun mula rasa macam stres. Sebab selama ini Maria merupakan inspirasinya haha.

Wow, best sembunyi belakang tiang?

Ahmad cuba bertanya Maria jika benar Maria ingin meletakkan jawatan dan kahwin. Namun, Maria tidak mahu jawab dan mengelakkan diri.

Si Ahmad ni tercekik bebola ikan dia hahaha. Si Maria pun cuba menyelamatkan Ahmad dan tersembur “I love you“! Ahmad rasa lega dan berkata “terima kasih sayang”…

Menyampah tengok ni dua ekor bercinta hahaha. Mereka berdua meluahkan perasaan hati mereka.

Akhirnya mereka ber-romantik dinner bersama.

Cemburu ke?

Memang benar apa Najib kata. Tak perlu jealous kan. Yati jealous sebab Najib dah kering. So tak guna la.

Si Ika ni muncul dari mana entah (unsur kebetulan on point) abeh ternampak pergaduhan antara ibunya dan Najib. Sampai Najib tampar muka ibu dia sak!! Kurang ajar punya laki. Belum kahwin dah berani ringankan tangan wth. Jahannam.
Wow semakin tegang ye drama ni. Mungkinkah Yati akan putus hubugan dengan PakWenya dan cuba berbaik semula dengan Ahmad atas sebab wang? Bagaimana pula dengan Ahmad dan Maria yang baru sahaja mahu menjalinkan hubungan. Ika pula bagaimana? Adakah impiannya untuk melihat ibu dan bapanya berbaik semula akan hapus? Si Arif pula… Memang mencari masalah sendiri!
Semakin menarik eh drama ini. Pada masa yang sama juga, para penonton dapat pelajari pelbagai perkara mengenai duit yang dapat menolong mereka pada masa hadapan! Syabas, Suria!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)




[…] Recap: Si Najib sepak Tina depan Ika! Apa yang bakal terjadi? Untuk ketahui lebih lanjut tentang episod lepas, baca di sini. […]
LikeLike
[…] youalls nak baca episod-episod lepas, klik di sini: episod 1, 2-4, […]
LikeLike