Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku! Pejam celik, pejam celik, drama Menantu International ni dah tamat la eh wow!! Seperti blog post yang sebelumnya mengenai drama ini, saya ada kata bahawa drama ini semakin panas dan banyak konflik! Ayuh kita lihat masalah-masalah yang watak-watak dalam drama ini terpaksa harungi! Kepada anda yang tidak mengikuti, sila baca post yang sebelumnya agar tidak keliru ya. Klik di sini: 1, 2, 3.
Happy amat gembira apabila Fifi memberitahunya bahawa dia ingin bapa angkat Happy melawat Singapura agar ibu dan bapa Fifi boleh bertemu dengan bapa Happy dan bermesra.
Fifi dan Happy juga menghadiri kursus di Sinar Kasih untuk memahami kehendak masing-masing dan juga menyeleraikan ketegangan di antara Happy dan ibu mereka.
Si Khalid ni bilang isteri dia yang dia ada kerja baru. Tapi kerja malam lah sebab syarikat US so kenek ikut masa US. Merepek sial. Tapi isteri dia ye kan je asalkan ada duit masuk. Padahal jadi Pak Supir untuk pelachor!
Urgh Andy??? Kau balik pergi Toy Story sudah.
Ok pasal kes si dekni. Dia kata kat adik dia bahawa si “minah eskort” dah terima cek dia. So, si “minah eskort” tu sebenarnya cuma nak wang sahaja.
LOL dia nak kerja tetap?? Tapi ni Mak Ayam kata tak boleh sebab ni kerja kan tak halal so kenek rotate ah untuk mengelak kecurigaan la apa lah dan dia ada banyak lagi jantan selain si Khalid ni.
Si Mak dia terkejut beruk apabila Fir kata bahawa bapa Happy akan datang ke Singapura??? Padahal dia yang ye-ye-oh sangat nak jumpa bapak Happy???
Matilda kata dia tak nak duit pun. Dan dia sekali lagi kata dia bukan eskort!
LOL Khalid nak berhenti kerja kat Sinar Kasih. Pelik eh takkan Bryan, sebagai seorang majikan. tak tahu yang si dekni takde kerja lain???
URGH.
Ok, mereka berjumpa dan berseronok.
Bapa Fir memang boleh bermesra dengan bapa Happy ni tapi si mak tu tak boleh. Mengada-ngada.
URGH.
Dia pun menjelaskan bahawa dia pernah pergi ke lelaman “Women for Hire” dan ternampak gambar Matilda. Oleh itu, dia tanak adik dia kahwin dengan Matilda. YUCK LA APA KAU BUAT KAT LELAMAN SEPERTI ITU??? HORNYPONY padahal kau ada isteri?? YUCK???? Abeh kata “hampir-hampir melanggan khidmat Matilda”?? Tapi aku rasa kau dah buat dengan betina lain!!
Abeh adik dia kata “kalau takde orang macam abang, orang macam Matilda takkan ada” MEMANG BETUL. Ini semua demand & supply!!!
LOL ulang tahun perkahwinan mereka berdua tapi si Bryan ni kebelakangan ni asyik keluar pagi??? Dan menjawab telefon wanita??? Skandal or nah?
Dia bingit yang isteri dia tak boleh mesra dengan bapa Happy. Dia stress la hahaha.
Mel is me when I’m mad at bae.
Matilda pun menjelaskan bahawa gambar di lelaman tersebut merupakan gambar yang dicuri. Dia terpaksa ambil gambar seksi kerana dahulunya bapanya sakit dan dia menjadi model untuk membiayai kos perubatan bapanya. Dia telah pun membuat laporan polis. Namun, dia tidak mahu menjalinkan hubungan bersama kekasihnya dan meminta putus kerana tak sanggup ada abang ipar yang sering ke lelaman haramz.
URGH.
Plot twist ke ni????
Eh si dekni pemenang Ratu kan? Kesian eh dia hidup dia macam gini. Main watak lawa bimbo ada duit tapi macam what is she even doing?? Abeh pakai baju seksi tak pakai coli???? #astagha!!!
Fir dan ibunya mengumpat pasal ni dua kata dia pelik lah ini la itu lah. Si Happy dah sedih la duh. Sebab matair dia dan ibu mertua dia berbual buruk pasal budaya China?? #rude. Fifi memang rude sak??
Dan saya pelik eh. Kenapa bila Happy dan bapanya berbual Cina, takde sarikata Melayu?? Err… Macam mana makcik-pakcik nak faham eh? Nampaknya #chineseprivilege is reflected even on Malay Channel.
URGH.
Khalid merepek action kata dia dah langsaikan hutang kad kredit dia…tinggal 3 kad je belum settle. JOKE.
Happy ingin Fifi belajar budaya China namun Fifi amat teragak-agak. Hello, Fifi??? Kau ni tak adil tau tak. Abeh kau nak “Melayukan” si Happy??? Huh??? Mana boleh, dia tetap Cina kan. Kau ingat ni Malaysia????
Oh-oh.
Happy kata dia suka la tapi… Hmmm, kebelakangan ni Fifi dengan dia bukan macam dahulu. Honeymoon period over.
Fifi cuba. CUBA.
That’s right.
Bapa Happy menyiapkan makan malam buat mereka semua. Wow, bagus eh dapat makan makanan China!
Ni Fifi paling kurang ajar ah. Ade ke patut dia kata “you’re just an adopted daughter/child!“???? OI FIFI RUDE??? Aku seriously nak sepak muka kau ah. Dia tu bakal isteri kau!! Kalau kau mandol abeh kau kenek amek anak angkat how??? Fifi kata mereka tidak akan ada majlis di China kerana tidak cukup bajet dan ibu Fifi pun berkata bahawa mereka bukan cap duit.
Tapi si bapa Fifi terus melenting kata majlis di China semuanya dia yang beres.
NO WAY JOSE.
Happy menangis beruk ah tak sangka Fifi perangai macam gitu???
Bryan ditahan pihak polis atas kesalahan menjual beli perempuan di internet. HUH????
HA KAU. Apa kau tau, Lis. Si Khalid ni gunakan komputer di Sinar Kasih untuk mendapatkan betina. Tu sebablah Bryan ditangkap!! Abeh duduk diam je macam tak bersalah! Dia cuba contact Mak Ayam dia tapi no response.
Mel berjumpa Bryan di penjara dan kata Bryan kebelakangan ni kelakuannya agak pelik ye. Bryan pun terkejut.
Yes, Happy. Tinggalkan dia je.
Anak-anak Lis pun mendedahkan kebenaran kepadanya.
Lis ingin penjelasan dari Khalid pun memberitahu perkara sebenar.
URGH. Eh si Mel tau halal haram tak????? Nasib baik ni bukan Malaysia kalau tak kenek tangkap basah!!!!
LOL bapak dia amatlah marah terhadap Bryan.
Wow, banyaknya reporter Melayu HAHAHA. Setahu saya hampir semua bahan berita yang disampaikan oleh Suria/Berita Harian merupakan terjemahan artikel Inggeris yang boleh didapati di Channel News Asia, Straits Times, Today dan lain-lain.
FIFI RUDE. Ok la kau nak dengan Mel yang sedang stres tapi kau tak boleh tinggalkan Happy bulat-bulat kan. Lagi-lagi perhubungan korang berdua tengah di batu-bata (on the rocks).
Khalid ni dah mula berkasar dengan isteri dia eh. Dah berani!! Kesian Lis merana dalam senyap, dia tak sanggup bilang sesiapa! Dari dulu aku dah kata cerai saje kau tak dengar cakap aku!! Lis, kau kan boleh hidup tanpa mamat tak guna ni!!
Sigh. Happy ingin pulang ke China. 😦 And I thought I’d ship Fifi & Happy.
Mak dia yang tak suka Happy tiba-tiba menangis??? What hahaha. Happy juga meninggalkan wang kepada mereka. Suami dia pun bahasakan dia “pisau cukur mana yang bagi duit” hahahaha.
“JANGAN MENDEKATI ZINA” astagha!! Korang mula-mula jauh, lepastu dekat..dekat… SYAITONNE bisik abeh semakin dekat!!!
ASTAGHFIRULLAH. Berkhalwat ke???
Bapanya pun menerangkan perkara sebenar. Padan muka. Tapi dia sedih??? Merepek.
Tak guna menyesal.
Mel berjumpa bapanya untuk bertanya siapakah wanita yang Bryan asyik jumpa. Bapanya kata Bryan ingin beli HDB dan meminta tolong daripadanya. Wanita-wanita yang sering menelefon Bryan merupakan ejen hartanah. Mak dia pun kata nampaknya Bryan tak bersalah.
Happy meninggalkan iPhonenya dalam bag bersama barang-barang yang dia ingin beri balik kepada Fifi. Kededua mak bapak ni picit-picit iPhone Happy dan rakaman suara Lis dan Khalid sedang bertengkar terus keluar??
Ini kerana Happy tertinggalkan iPhonenya di sofa semasa Lis dan Khalid bergaduh. Semua rahsia Khalid terserlah.
Jeng jeng jeng!
Mereka pun duduk berbincang dan Lis kata dia malu la yadayada.
Over? It is not over yet!!!
URGH. Kau bangga sangat ke sampai nak tunjuk kat Bryan???
Anak-anak dia kesian eh mesti kemurungan sak.
Bryan pun marah la eh dan terus keluar rumah.
Bryan bertemu ibu, bapa serta Fir dan kata dia ingin menuntut cerai. Fir tak percaya tapi Bryan kata dia dah lihat gambar tu kat telefon bimbit si Andy!
Bapa dia melenting la tak percaya Melati dah TERLANJUR!!!
Fifi cuba untuk dengar cerita dari pihak Mel pula. Mel menafikan segala tuduhan dan cuba menjelaskan masalah! (Mel muka buruk)
URGH. Si Andy ni dia feeling je lebih!! Padahal dia tak berzina/bersetubuh pun!!! Dia cuma ambil gambar hahaha merepek sak.
LOL ni adegan paling kelakar?? Macam tak kena ah sebab keluarga ni semua macam bawak berbincang abeh datang terus pukul Andy wth?? Ingatkan diorang akan selesaikan secara damai eh.
Mel menunjukkan rakaman di mana Andy mengaku bahawa dia tidak tidur bersama Mel. Yay.
??? KHALID gila pe huh?? Eh cerai sudahlah. Khalid kata Lis masih perlukan dia? Erm… Aku rasa Khalid yang perlukan Lis! Bodoh sak. CERAI SEKARANG!
Mereka berdua menyuruh Fifi ke China untuk memujuk Happy.
Fifi ke China dan merayu kepada Happy. Hmmm… Mungkinkah Happy buka hatinya lagi buat Fifi?
HELLO APA HELLO AMA A-PA KHA-BAR??? Hahaha adegan ni memang klasik ah sebab pertama kali Happy bertemu keluarga Fifi dia kata sebegitu juga.
LOL
Alhamdulilah mereka bermaaf-maafan!
Eh, biru jugak? Dulu Mel dengan Bryan pun biru kan?
Wow, lawa mak dia.
Melissa, Melati & Melor. Hahahaha.
Awww. Happy (Tammie Chew) so lawa!
Yay ending semua gembira ye.
Bagaimana? Anda puas hati dengan akhir cerita drama ini? Bagi saya, ia amat predictable ah. Saya dah agak si Andy ni memang watak jahat. Dari episod pertama saya tak suka dia! Abeh si watak Khalid yang pada mulanya merupakan menantu idaman, akan menjadi manantu hantu! Ini semua standard. Tapi, adakah pihak produksi ingin menyampaikan bahawa menantu Melayu ni buruk??? HAHAHAH. Saya rasa tidak la eh. Kelakuan seseorang individu tidak mencerminkan seluruh bangsanya! (tapi kalau kelakuan seseorang individu itu positif, ia mencerminkan seluruh bangsa Melayu hahahahahahahahaha sigh)
Drama ini juga berjaya mengemukakan isu-isu seperti xenofobia, perancangan keluarga, komunikasi antara keluarga, kepentingan makan bersama, menyesuaikan diri, persahabatan dengan yang bukan muhrim dan lain-lain. Walaupun ia merupakan drama keluarga yang boleh ditonton bersama dan amat mencuit hati, banyak pengajaran yang boleh diperolehi oleh para penonton.
Tapi eh, lakonan watak Bryan dan Happy kaku ah. Paling benci bila Bryan berbual Melayu??? Like satu perkataan Melayu abeh terus semua Inggeris? HUH??? Apa motif sak. Si Happy pula dia punya loghat Cino erm… Belum up lagi ah eh. Watak yang paling saya suka adalah watak Mak diorang la! Turban forever on point macam mahkota lagi. KAU ADE?
Saya harap Suria boleh menerbitkan lebih banyak drama seperti ini ya!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Si minah ni pakai lawa macam gini baru saya perasan bahawa dia pernah berlakon di Menantu International! […]
LikeLike
[…] aktif tweet secara langsung tentang sesebuah drama. Saya rasa ratings juga agak tinggi. Kalau drama Menantu International capai ratings tinggi tahun depan, tahun ini drama ni eh? Or is it too early to say? Jika […]
LikeLike