Telemovie Anak Bulan yang ditayangkan pada malam raya sebelum Sinar Lebaran merupakan telemovie yang amat menarik sekali. Ia mengisahkan tentang sebuah keluarga yang membuat persiapan Hari Raya secara “mendadak” pada tahun 1969.
Saya amat suka akan grafik pembukaannya (opening graphics/credits) Tidak pernah kita lihat di Suria. Telemovie ini bermula dengan mengenalkan setiap watak. Tapi watak tu semua tak penting sangat kot. Muhammad, anak bongsu dalam keluarga ini. Zaki, abang Muhammad, lakonan Danial Ashriq. Hasnah, ibu mereka, lakonan Mastura Ahmad dan Salihin, bapa mereka.
Inilah kakak Muhammad, Zizah, lakonan Nadiah M. Din. Dia melanjutkan pelajarannya di Perak untuk menjadi seorang guru.
Bagus eh satu kampung sponsor! Aku pun nak la. Ni macam top scorer PSLE abeh dapat Chicken Essence hahahaha.
Pada tahun itu, Zizah berangkat ke Perak dan melanjutkan pelajarannya. Sobs.
Bapa mereka membeli TV baru oi. Tapi preloved secondhand! Tapi Maknya tak setuju sebab rosak hahah. Takde gambar. Hais kesian.
Zizah berjumpa kawannya Shamsul untuk pulang ke Singapura bersama. Zizah amat marah dengan Sam kerana Sam lambat.
Zizah kata “memang betul kata Sharon, awak selalu lambat” Tapi si Sam buat tak dengar.
Sebenarnya, ex-girlfriend dia bukan Sharon. Tapi Darren. 😉
Wow pada zaman tu 5 ringgit memang lumayan eh? Boleh naik kereta dari Perak pergi Singapura. Si Zizah suruh tukar stesen radio tapi si Sam suruh bayar lagi. Apa sak. Zizah pun berkata Sam kaya, ada kereta tapi nak mintak duit semua. Si Sam kata “ini kereta bapak aku yang kasi”.
Pada waktu berbuka, mereka sekeluarga pun berborak. Mak dan bapak mereka masih la tak habis bertengkar pasal TV tu hahaa.
Maknya perasan Zaki ada jam tangan baru. Kaya pe Zaki.
Mereka semua mendengar pengumuman radio setelah berbuka. Mufti mengisytiharkan bahawa Syawal adalah esok kerana anak bulan dilahirkan awal sehari bukan seperti dijangka.
Mereka semua terkejut beruk kerana Hari Raya keesokan harinya dan bukan lusa!!
Maknya pun mengadakan mesyuarat tergempar dan memberi setiap orang tugasan.
Si Zaki terkejut bila Maknya suruh ambil baju raya malam tu jugak. Nak tahu kenapa?
Sebab dia dah gunakan wang mak dia untuk beli jam tangan baru dia tu!!! Padahal mak dia suruh gunakan duit itu untuk bayar baju oi. Dia kata dia gunakan duit mak dia dulu kerana dia sangkakan raya lusa.
Dia pun mencuba nasib dan pergi ke kedai Uncle Chong untuk mendapatkan baju mereka. Dia kata wangnya dicuri. Tapi Uncle Chong tak kisah pun. Hhahaha.
Si Zizah pula tersendat kat tengah-tengah jalan sebab kereta Sam rosak!! Terpaksalah mereka jalan dalam hutan tu eh.
Mereka pun pulang tangan kosong. Tetapi, Zaki ingin mencuba nasib lagi dan pergi ke rumah Cik Shuib untuk meminta gajinya. Ini kerana…
Mereka ternampak Mak mereka pegang kapak. Ha kau. Tak ke takut budak-budak tu? Nanti sembelih kan buat sambal goreng haha. Emak mereka sebenarnya sedang mencari ayam yang sudah lari haha.
Dia pun ke rumah kawan lamanya, Geok untuk mencari ayamnya. Hasnah dan Geok sudah lama tidak berbual atas sebab-sebab tertentu. Si Maznah terus masuk rumah Geok sebab dia ingatkan takde orang kat dalam.
Geok pun terkejutlah nampak Hasnah di rumahnya. Dia pun menghalau Maznah dan kata tidak ada ayam di rumahnya. Sejurus itu, terdengar barang jatuh dan ayam berkokok. Mereka pun bergegas ke dalam bilik Geok.
Amek kau kecoh. Geok mendapat tahu bahawa salah satu anting-antingnya hilang dan dia kata ayam Maznah telah makan anting-antingnya. Mereka berdua pun pergi mencari ayam yang telah lari itu.
Eh eh Zizah. Ni tahun 1969 bukan 2019. Kalau tahun 2019 mungkin dia beritahu sebab kenapa dia tak heran kat kau. 😉 Saya amat musykil sekali ya. Cara perbualan mereka berdua amatlah abad ke-21. Amat moden. Hmm. Kenapa eh? Padahal mereka berdua sepatutnya berbual ala-ala 60/70an.
Salihin mencari isterinya tetapi isterinya tidak berada di rumah. Dia pun apa lagi, mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa betulkan TV dia tu.
Jiran bagi kuih pun dia suruh gerak ke hulu ke hilir untuk dapatkan gambar di TV.
Tiba saja di rumah Cik Shuib, mereka dapat tahu bahawa Cik Shuib tidak ada di rumah. Jadi, si Zaki tak dapat mintak gajinya la! Zaki pun mencadangkan sesuatu.
Dia menyuruh adiknya mencuri hahaha. Apa ni, Ramadan baru habis nak curi.
Tapi, berjaya juga. Adik dia kesian kenek jadi bahan. Tengok muka tu macam nak terkencing.
Siak ah bapak dia panggil satu kampung pe?
Tu la godeh-godeh TV sampai rumah blackout. Terpaksa panggil orang untuk betulkan dan terpaksa bayar lebih.
Hahahahaha.
Si Muhammad yang rasa serba salah meyakinkan abangnya untuk memulangkan balik baju yang telah mereka curi.
Ha kau. Dia pukul si Zaki gunakan botol kicap cap kipas lipas.
Siak ah ni rabak pe.
Uncle Chong pun turun dan mereka mula rasa takut. Tapi, nasib diorang baik. Sebab Uncle Chong cuma sleepwalking.
Kededua mereka berjaya memasuki rumah si Maman dan mengambil ayam mereka.
Tapi si Maman keluarkan senapang gajah dah. Riuh-rendah dibuatnya.
HUHHHHHHHHH.
Mereka pun berehat sebentar dan memulakan sesi H2HT (perbualan hati ke hati). Si Zizah menceritakan tentang persiapan rayanya setiap tahun yang sentiasa meriah. Si Sam pula kata semenjak ibunya telah meninggal, bapanya dan dirinya tidak menyambut hari raya lagi. Ini kerana bapanya amat sibuk dengan kerja dan orang gaji mereka dihantar pulang.
Hasnah berkata bahawa mereka harus bekerjasama untuk mencari ayam yang hilang. Tapi si Geok terus melenting.
Su dengan baik hati memberi baju raya kepada Zaki dan Muhammad. Su membayar baju mereka menggunakan wangnya dahulu. Baiknya Su!
Zaki mengajak Su pergi menonton wayang bersama dan inilah yang Su jawab. Hahahaha.
Akhirnya dapat tengok TV yay!!!!
.
.
.
.
.
Hahaha masa penyiaran sudah tamat! Kasihan deh loe.
Hasnah dan Geok pulang ke rumah Geok dan berbual pasal masalah persahabatan mereka. Geok berkata suaminya sebenarnya belum mati. Tetapi, telah ceraikan dirinya dan lari ke Gopeng.
Si Hasnah pula kata dia tidak mengajak Geok memasuki peraduan memasak kerana Siti lebih pandai masak. Hais ni dua eh masalah kecik pun tanak berbual antara satu sama lain.
Ha kau ayam terjatuh entah dari mana. Eh tu ayam betul ke bedek sak?? Nampak betul.
Zizah tetiba nak buang air kecil. Aku dah kata si Sam sebenarnya #PinkDot hahahahha. #LoveWins punya member.
Mereka berdua terserempak dengan seseorang. Orang itu mengajak mereka berdua untuk makan sekejap. Zizah kata sup kambing sedap!
Tapi sebenarnya sup mondok hahaha yuck.
Sam bertanya jika pakcik ni ada toolbox untuk betulkan keretanya.
Zizah ingin tahu mengapa pakcik ni tinggal di hutan. Dia pun menceritakan tentang kehidupannya. Dia dahulu seorang askar. Setelah tamat perang, dia menjaga isterinya yang sakit. Setelah isterinya meninggal, dia mula hidup sendirian di hutan ini.
Yay dah dapat balik anting-anting.
Mereka berjaya betulkan kereta rosak yay bolehlah raya!
HAHAHAHAHAHAHAH.
Mereka pun selamat pulang ke Singapura dan meneruskan ke destinasi masing-masing.
Semasa menunggu bas, Zizah terfikir akan kata-kata Sam. Dia sedar bahawa sebenarnya bapa Sam sudah meninggal dunia. Kesian Sam beraya keseorangan.
Zizah pun jalan balik dan menyuruh Sam menghantarnya pulang untuk beraya bersama.
Awww…
Happy Ending!!
Secara peribadi, saya amat suka akan telemovie ini. Ia amat lucu dan mempunyai banyak pengajaran. Masa tayangan telemovie ini juga amat sesuai; pada malam raya di mana satu keluarga sedang sibuk membuat persediaan raya, bolehlah bergelak bersama keluarga. Ia juga membawa para penonton ke zaman kampung di mana hari raya lebih meriah dan kecoh. Ia berjaya mengemukakan pengajaran seperti persahabatan, kepentingan jiran-tetangga, gotong-royong, kejujuran dan macam-macam lagi.
Memang kelihatan seronok eh beraya di kampung? Mak bapak zaman selalu kata “tu la budak sekarang mana tahu blabla” eh salah siapa? Salah kau jugak. Siapa suruh jual tanah kau kat gahmen tu untuk buat HDB eh. Eleh. Kau jugak yang tak kekalkan budaya kampung. Kata budak zaman sekarang tak tahu main gasing la layang-layang la. Kau ada ajak anak kau main tu semua??? Takde kan. Jadi salah siapa??????? SALAH SIAPA KAU KATA.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Suria’s Toggle)








































































[…] Hari ini, saya akan kupaskan telemovie khas hari raya iaitu Suara Takbir. Seperti biasa, setiap tahun, Suria akan terbitkan sebuah drama yang menyentuh jiwa dan lebih baik daripada tahun lepas. Mampukah Suria outdo tahun lepas punya, Anak Bulan? […]
LikeLike
[…] video telemovie setempat, Anak Bulan, tular di socmed semasa penduduk Islam Serantau huru-hara menerima berita bahawa Malaysia menyambut […]
LikeLike