WINGS gegar Singapura sempena 4 dekad rock!

Sempena ulang tahun ke-40 perjalanan seni mereka, kumpulan rock legenda WINGS bakal menggegarkan Stadium Tertutup Singapura (Singapore Indoor Stadium) buat pertama kalinya dalam sejarah!

Advertisements

Pengumuman rasmi telah dibuat oleh Biz Trends Media, penganjur yang sama membawa Dato’ Sri Siti Nurhaliza ke Singapura menerusi konsert The Next Wave. Kali ini, mereka tampil dengan konsert mega bertajuk “4 Dekad Terbang Tinggi”, yang dijadualkan berlangsung pada 24 Disember, jam 8 malam.

Advertisements

Tiket akan mula dijual pada 28 Julai, jam 12 tengah hari, dengan harga bermula serendah $88 di lelaman Sistic.

Selama empat dekad berkarya, WINGS telah menghasilkan 20 album dan melahirkan deretan lagu ikonik seperti Sejati, Taman Rashidah Utama, Hukum Karma dan banyak lagi yang menjadi siulan generasi demi generasi.

Advertisements

Jangan lepaskan peluang menyaksikan WINGS beraksi secara live di pentas berskala besar, satu malam penuh nostalgia, tenaga, dan muzik rock yang tiada tandingan!

Advertisements

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Takde merch, tak sold out, konsert Biduanita Malaysia di Singapura tetap menyegat! – Pengkritik Sandiwara Batal balasan