Penyanyi nasyid popular Maher Zain akan adakan jelajah konsert Asia Tenggara tak lama lagi.

Itulah yang diumumkan di media sosialnya.
Advertisements
Menurut siaran tersebut, Maher Zain amat merindui kerana sudah lama tak berjumpa. Beliau tidak sabar ingin kembali ke tempat yang membuatnya rasa seperti di rumah.
Singapura akan menjadi salah satu destinasi konsertnya, ‘Maher Zain The LIVE Experience’, selain dua lokasi di Malaysia iaitu Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.
Advertisements
Konsertnya di Singapura bakal berlangsung pada 21 Ogos, bertempatkan di Star Theatre, ia dibawakan oleh Hitman Solutions.

Anda boleh mula pradaftar mulai hari ini sehingga 11 Jun nanti di lelaman Maher Zain.
Advertisements
