Dato’ Sri Siti Nurhaliza beraksi di Singapore Indoor Stadium!

Konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza – The Next Wave LIVE in Singapore bakal diadakan di Stadium Tertutup Singapura (Singapore Indoor Stadium).

Kali terakhir Biduanita Malaysia menjayakan konsert di stadium itu adalah pada 2005, 20 tahun yang lalu.

Menurut siaran penganjur, Biz Trends Media, konsert tersebut akan berlangsung pada 26 Julai dan maklumat tiket akan dikongsi tidak lama lagi.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi! Sambil tunggu tu… save lah duit.

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Tiket konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Singapura bermula 24 April – Pengkritik Sandiwara Batal balasan