KRU serbu Temasek: konsert GenKRU bakal meletup di Singapura!

Tak cukup tiga malam meletop di Kuala Lumpur pada 3, 4 dan 10 Mei, KRU yang dianggotai tiga beradik legenda itu nak bawa konsert GenKRU terus ke Singapura!

Tak percaya? Tengok sendiri posting Instagram Lisa Surihani — bayang tiga jejaka misteri muncul dengan lagu Fanatik berkumandang di latar. Konsperm bulu roma ternaik.

Siaran IG Lisa Surihani

Yang paling buat kita tak duduk diam — 28 Jun, di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre), Singapura akan jadi saksi kehebatan anak-anak Pak Halim – Norman, Yusry dan Edry.

Pasti anak Milenial tak keruan menyaksikan tiga jejaka ini mendendangkan lagu hits mereka seperti Terhangat Di Pasaran, Jangan Lafazkan, Ooh! La! La! dan banyak lagi di pentas Star Theatre Jun nanti. Siap dengan koreografi lagi, dik!

Persoalannya, bolehkah KRU sold out lagi macam kat KL? Atau mungkin… ada show tambahan untuk para fanatik Gen KRU Singapura, sekaligus mencipta sejarah?

Poster konsert di Kuala Lumpur

Kita tengah tunggu maklumat penuh dari penganjur, Icon Entertainment. Jangan sampai uolls terlepas!

KEMASKINI


Anda boleh dapatkan tiket GenKRU LIVE in Singapore di lelaman Sistic mulai 21 April nanti.

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada 5 tempat makan halal di Star Vista sebelum konsert di The Star Theatre – Pengkritik Sandiwara Batal balasan