Maklumat rasmi tentang konsert Dolla dan Insomniacks di Singapura belum diumumkan, tapi dah banyak khabar angin tersebar di internet!
Semalam, terdapat sidang media yang menyatakan bahawa tiga artis besar di bawah naungan Universal Music Malaysia akan mengadakan konsert tersendiri di Singapura. Mereka ialah Ernie Zakri, Dolla dan Insomniacks.
Menurut gambar yang dikongsi dalam kumpulan Telegram peminat Dolla, konsert Dolla di Singapura dikatakan pada 30 Ogos, manakala Insomniacks pula pada 29 November.
Kedua-duanya khabarnya akan diadakan di Capitol Theatre. Tapi… boleh percaya ke info ni?
Yang buat kita lagi musykil, dalam gambar yang sama, lokasi konsert Ernie Zakri pun tertulis di Capitol Theatre.
Eh, bukan ke konsert dia pada 31 Mei sepatutnya di The Theatre at Mediacorp? Jeng jeng jeng… misteri betul!
Jadi… kami di Pengkritik Sandiwara pun masih ragu-ragu dengan kesahihan gambar ni.
Tambah lagi kekeliruan, artikel dari Gempak pula kata konsert Dolla akan berlangsung pada 17 Ogos dan Insomniacks pada 17 November.
Eh, jadi yang mana satu betul ni?
Artikel tu juga sebut lokasi konsert Ernie di Capitol Theatre. Adoi, makin pening dibuatnya!
Apa-apa pun, kita tunggu je pengumuman rasmi dari pihak artis dan penganjur. Gitew…
SAH Entertainment ada kerjasama eksklusif uolls bawak artis Universal Music Malaysia ni. Curlass!



[…] anda peminat setia D’Masiv, Dolla atau Insomniacks yang akan ‘turun padang’ ke Capitol Theatre tak lama lagi, ini peluang keemasan untuk menikmati […]
LikeLike
[…] Dolla yang dianggotai Tabby, Sabronzo dan Angel bakal tampil dengan konsert sulung mereka di Singapura anjuran SAH Entertainment. Selang beberapa minit, SAH Entertainment menghantar satu lagi mesej: […]
LikeLike