Malam Seram:Teater Muzikal pulak!

Buat julung kalinya, peminat Malam Seram bakal menikmati kisah seram yang dikelolakan oleh KC Champion dalam bentuk teater muzikal!

Advertisements

Dalam siaran media sosial Muse+, pihak penganjur menulis bahawa Malam Seram: Teater Muzikal adalah sebuah persembahan yang menggabungkan kisah seram yang memukau, persembahan muzik secara langsung yang mendebarkan, dan aksi pentas yang mengasyikkan.

Penonton boleh mengalami cerita-cerita mistik yang dihidupkan di hadapan mata, lengkap dengan interaksi penonton yang menyeramkan sehingga sukar membezakan antara realiti dan alam ghaib. Fuh… memecah dinding ke-4 ni!

Anda boleh saksikan Malam Seram: Teater Muzikal pada 24 Mei 2025 di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre).

Advertisements

Tiket-tiket boleh didapati di Startix. Harga tiket bermula dari $55 hingga $195.

Agak-agak, siapa yang akan berlakon jadi hantu? Ni kan muzikal, jadi siapa yang bakal nyanyi? Siapa pengarah? Mesti gempak, kan?

Advertisements

Kemaskini (30 April 2025):

Mimifly, Nabila Huda dan Beto Kusyairy turut terlibat dalam Malam Seram Teater & Muzik.

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Gayong: Filem penuh aksi, tapi lambat ke puncak – Pengkritik Sandiwara Batal balasan