Setelah persembahan memukau Aku Bersahaja bersama Sheila Abdull di minggu terakhir Gegar Vaganza 11, Taufik Batisah akhirnya memberikan sedikit maklumat tentang konsert sulungnya!
Ketika ditanya oleh Nabil Ahmad, Taufik mendedahkan bahawa beliau bakal mengadakan konsert pada hujung tahun ini.
Malah, dalam satu temu bual bersama Berita Mediacorp lewat tahun lepas, Taufik turut berkongsi bahawa konsert ini bukan sekadar persembahan biasa—ia juga menandakan 20 tahun perjalanan beliau dalam industri hiburan.
Tidak lama selepas pengumuman tersebut di Astro Ria, saluran Telegram SAH Entertainment turut mengeluarkan kenyataan ringkas.
Adakah SAH Entertainment bakal menjadi penganjur konsert Taufik? 🤔
Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya!
Selain itu, Taufik juga berkongsi kepada penonton GV bahawa cawangan kedua Chix Hot Chicken sudah dibuka hari ini di Prinsep Street.


[…] finale Gegar Vaganza 11, Taufik juga mengumumkan konsert akan […]
LikeLike