Wild Rice 2025: Sambutan 25 tahun dengan 6 pementasan gempak!

Sebanyak enam pementasan menarik oleh Wild Rice menanti anda pada tahun 2025!

Sempena ulang tahun ke-25 Wild Rice dan Hari Kebangsaan Singapura ke-60, peminat setia Wild Rice pasti teruja dengan barisan persembahan istimewa yang tidak ingin anda lepaskan.

Tahun depan, anda boleh menantikan karya baharu dan pementasan ikonik Wild Rice, termasuk hasil nukilan penulis hebat seperti Alfian Sa’at, Joel Tan, dan Thomas Lim.

Supervision

Musim 2025 akan dibuka dengan Supervision, karya Thomas Lim yang mengetengahkan kisah kehidupan pembantu rumah di Singapura. Pementasan ini meneroka tema penuaan, penjagaan warga emas dan privasi pembantu rumah.

Pementasan kali ini akan dibintangi oleh Janice Koh, Julius Foo, dan Amirah Yahya.

Tarikh: 27 Mac – 12 April 2025


Tunggu Sekejap: The P. Ramlee Suite

Jika anda peminat karya agung Tan Sri P. Ramlee, jangan lepaskan peluang untuk menonton Tunggu Sekejap: The P. Ramlee Suite!

Pementasan ini akan menghidupkan kembali lagu-lagu malar segar seperti Azizah, Getaran Jiwa, dan Tunggu Sekejap, diiringi sebuah orkestra penuh buat julung-julung kalinya di Teater Ngee Ann Kongsi.

Lagu-lagu P.Ramlee akan diolah semula oleh komposer berbakat Julian Wong!

Tarikh: 15 – 31 Mei 2025

Min akan kongsikan diskaun eksklusif untuk pembaca Pengkritik Sandiwara pada Februari nanti. Tunggu tau!


Dreamplay: Asian Boys Vol. 1

Karya ikonik Alfian Sa’at, Dreamplay: Asian Boys Vol. 1, kembali ke pentas! Pertama kali dipersembahkan pada tahun 2001, pementasan ini menjadi salah satu tonggak penting dalam teater queer di Singapura.

Diarah oleh Ivan Heng, persembahan ini bakal menampilkan pelakon seperti Pam Oei, Ryan Ang, Goh Seng Henk, Irsyad Dawood, Izzul Irfan, dan Timothy Wan.

Tarikh: 20 Jun – 12 Julai 2025


HOTEL

Karya ikonik HOTEL, yang berlangsung selama dua malam, kembali! Pementasan ini mengisahkan 100 tahun sejarah Singapura sambil meneroka masa depan pulau ini – sebuah pementasan amat sesuai ditonton semasa musim NDP.

Tarikh: Mulai 14 Ogos 2025


The Serangoon Gardens Techno Party of 1993

Tak boleh move on dengan nostalgia era 90-an? The Serangoon Gardens Techno Party of 1993 pasti membawa anda kembali ke zaman muda dan penuh pemberontakan!

Tarikh: 17 Oktober – 1 November 2025


The Emperor’s New Clothes

The Emperor’s New Clothes akan menutup tirai Musim 2025. Siapa tak tahu kisah ini? Kisah dongeng klasik ini diberi sentuhan unik Singapura. Pementasan yang kembali setelah sedekad arahan Pam Oeiini menjanjikan hiburan untuk semua, baik dewasa mahupun kanak-kanak.

Tarikh: Mulai 13 November 2025


Tiket untuk Musim 2025 Wild Rice kini tersedia!


Tiket bagi Supervision, Tunggu Sekejap: The P. Ramlee Suite, dan Dreamplay: Asian Boys Vol. 1 sudah mula dijual untuk ahli Wild Rice Angels, sementara jualan awam akan dibuka pada 6 Januari 2025.

Nikmati diskaun awal sebanyak 15% untuk tiket Kategori 1 dan 2 dari 6 Januari hingga 5 Februari. Tiket bagi tiga pementasan lain akan mula dijual pada 2025.

Untuk maklumat lanjut, singgah saja lelaman Wild Rice!

4 comments

Tinggalkan komen