Selain penyanyi yang sudah gah tertera di poster rasmi, rupanya ada lagi seorang penyanyi undangan yang bakal mengejutkan para penonton di Konsert ByAjai & Mega Friends di Singapura.
Ala, siapa pula eh? Banyak berahsia pulark Ajai ni? Tak habis-habis kejutan.
Menurut sumber (yang kesasihannya amat meragukan), penyanyi misteri ini adalah dari Singapura juga. Eh, siapa eh?
Ratu pop Gen Z penyanyi jemputan?
Desas-desus mengatakan… Iman Fandi? Bayi nepo penuh bakat yang baru je keluarkan album bertajuk That Girl, tiga hari sebelum tiket konsert mula dijual.
Coincidence? I think not!
Jangan lupa strim lagu-lagu Iman Fandi, ok?
Bayangkan betapa gahnya Bukit Bintang Temasek (Star Theatre) kalau tiba-tiba Ajai, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip, Asmidar, Hazama, dan suspect surprise guest kita, Iman Fandi, sama-sama satu pentas. Padu, kan?
Tapi siapa-siapalah yang muncul nanti, yang kita tahu—harga tiket dia pun perit!
Ramai rewel hal harga tiket!
Bila banding harga tiket di Kuala Lumpur, Malaysia, memang jauh beza, ya!


Di KL, konsert serupa ni, paling mahal pun RM199, kira-kira SGD62.20. Tapi di Singapura, harga paling murah SGD108 atau RM345.60, manakala paling mahal (tanpa sesi makan malam eksklusif tau!) SGD398, iaitu RM1,273.60. Mahal? Ha, mahal apanya lagi kalau bukan nak bayar flight, hotel, dengan Nasi Lemak Changi?
Kalau korang beul-betul nak tengok, boleh beli tiket konsert ni di laman web Sistic mulai hari ini. Jualan early bird telah dilanjutkan hingga 2 Disember 2024.


[…] akan berada di konsert ByAjai & Mega Friends manakala Ernie akan mengadakan konsert solonya di Singapura berjudul […]
LikeLike
[…] Raya Iman Fandi bukan sekadar milik dirinya, tetapi sebuah karya yang dirakam bersama keluarga besar […]
LikeLike