All Acces to Rossa 25 Shining Years di pawagam Singapura

Buat para peminat Rossa, ini adalah berita gembira! Filem dokumentari “All Access to Rossa: 25 Shining Years” yang membawa kita menyelami perjalanan penuh inspirasi penyanyi popular Indonesia ini dalam industri hiburan, akan ditayangkan di pawagam Singapura!

Menurut laman rasmi Cathay Cineplexes, anda boleh menonton filem ini di beberapa lokasi.

Temui Rossa di Singapura sempena tayangan filem

Apa yang lebih menarik? Rossa akan membuat persembahan live di JEM pada 19 Oktober, menyanyikan lagu-lagu hitsnya seperti Ayat-ayat Cinta dan Pudar! Tiket untuk acara eksklusif ini hanya berharga $50.

Bagi yang ingin bertemu dengan Rossa secara lebih dekat, jangan risau! Pada 20 Oktober, Rossa akan berada di Causeway Point dan Century Square untuk sesi istimewa Meet & Greet. Tiket untuk acara ini dijual pada harga $35.

Tiket boleh dibeli melalui laman web Cathay Cineplexes—jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Filem ini akan mula disiarkan di bioskop Cathay Cineplexes di JEM, Century Square, Downtown East dan West Mall mulai 18 Oktober.

– Pengkritik Sandiwara

4 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Fabio Asher turut hiasi pentas Konsert Galau di Expo tahun depan – Pengkritik Sandiwara Batal balasan