Meskipun dilanda pelbagai kontroversi, rezeki penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz tak pernah putus!
Selebriti bersuara serak-serak basah itu dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Top 5 ABPBH Terpaling Wow! dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular.
Duda anak dua itu dicalonkan dengan penyanyi dari Malaysia yang lebih handal seperti Amir Masdi, Haqiem Rusli, Hael Husaini dan Khai Bahar.
Bagi kategori wanita pula, Aina Abdul, Adira Suhaimi, Ernie Zakri, Siti Nordiana dan Stacy tercalon.
Semoga wakil Singapura dalam kategori ini dapat mengharumkan nama negara kita yang kecil ini.
Selain Aliff Aziz, dua lagi selebriti asal Singapura juga turut tercalon dalam ABPBH yang ke-36 ini.
Hannah Delisha tercalon dalam Aktres Paling Popular, Hisyam Hamid pula tercalon dalam kategori Aktor Pembantu Filem Popular serta Shah Iskandar dalam Aktor Pembantu TV Popular.



Kami di Pengkritik Sandiwara tumpang gembira atas pencalonan mereka. Semoga terus mengharumkan negara kita ini!
ABPBH36 akan berlangsung malam ini pada jam 9 malam di saluran TV3.
– Pengkritik Sandiwara


[…] dan penyanyi kacak setempat, Aliff Aziz, baru-baru ini mengundang perhatian warganet dengan satu soalan: Ladies, saya perlukan pendapat […]
LikeLike
[…] Bella Astillah bercerai dengan Aliff Aziz tahun ini setelah berkali-kali bekas suaminya itu curang. Tak nak komen panjang sebab semua orang […]
LikeLike
[…] kata-kata penuh semangat dalam siaran Instagram terbaru Aliff Aziz (ditulis dalam Bahasa […]
LikeLike