Fauzie Laily lancar jenama tersendiri

H is my brand‘.

Itulah jenama terbaru Fauzie Laily. Selebriti setempat itu mengumumkan jenama terbarunya di Instagram tepat pada jam 12 malam tadi.

Dalam video tersebut, Fauzie yang baru saja mencecah umur 39 tahun berkongsi bahawa dalam beberapa bulan yang lalu, beliau cuba mengisi masa luangnya dengan orang-orang yang menyayanginya, kelilingi dengan perkara positif, dan pada masa yang sama mencari-cari perkara yang membawa erti.

Penyanyi dan pengacara itu inginkan sesuatu yang boleh beliau anggap sebagai miliknya sendiri. Dan oleh itu, Fauzie mengharapkan doa dari pengikutnya dalam perjalanan ini.

Apakah itu ‘H is my brand’? Jenama pakaian ke makanan ke podcast ke kandungan video ke agensi pemasaran ke..? Kami kurang pasti, hanya waktu akan mendedahkan segalanya.

Selain itu, baru-baru ini, selebriti tersebut juga telah memuatnaikkan beberapa video yang menyentuhkan isu lain. Yang tahu tu tahu ler… dia cam soft launch but not really tiberrrrrr.

NGL, suka sangat cara Fauzie Laily berdepan/tangani isu ini. Lurve. Tak banyak perhatian negatif terhadapnya, yang positif saja!

Mak Aliff Aziz (Siti Hafiza Basharahil aka @fizaaziz di Instagram) boleh tak some notes.

Kami mendoakan terbaik buat Fauzie Laily dan jenamanya ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sukses selalu!

Jom ikut H is my brand.

– Pengkritik Sandiwara

3 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Gayong mula ditayangkan 22 Mei di Singapura – Pengkritik Sandiwara Batal balasan