Konsert yang bakal menggabungkan tiga kugiran dari tiga negara dibatalkan.
Itulah yang diumumkan oleh pihak penganjur, Shiraz Projects melalui sebuah siaran di Instagram.
Konsert yang diberi judul Serumpun Berdansa yang sepatutnya berlangsung pada 2 Mac yang menampilkan The Pinholes (Singapura), The Changcuters (Indonesia) dan Kugiran Masdo (Malaysia) tidak akan menjadi realiti.
Konsert itu yang dijadualkan berlangsung di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre dibatalkan ‘atas sebab yang tidak dapat dielakkan’.
Menurut siaran itu lagi, pengembalian wang akan dibuat dan akan mengambil masa kira-kira 30 hari, bergantung kepada bank masing-masing.
Mereka yang ingin keterangan lanjut boleh bertanyakan soalan kepada alamat e-mel seperti yang tertera di siaran di atas.
Ini merupakan konsert anjuran kedua Shiraz Projects di Singapura yang berdepan dengan kesulitan. Konsert Dewa 19 di Singapura yang seharusnya berlangsung pada 1 Mac ditunda.
– Pengkritik Sandiwara

[…] yang pernah dibatal sejauh ini adalah konsert solo NOAH, Muzikal Tribute R.Ismail, Serumpun Berdansa. Konsert Dewa 19 pula ditunda dan tiada khabar daripada pihak […]
LikeLike
[…] Blade x XPDC, Dewa 19, 6ixth Sense, Serumpun Berdansa – The Pinholes, The Changcuters dan Kugiran Masdo, Aliff Aziz (tak diumumkan […]
LikeLike
[…] yang tidak tahu, konsert Dewa19 yang dimaklumkan ditunda masih belum ada tarikh baru. Dan konsert Serumpun Berdansa yang sepatutnya berlangsung Mac tahun lalu dibatalkan. Kedua-duanya anjuran Shiraz […]
LikeLike
[…] siaran tersebut. Ini mungkin kerana kekerapan pihak penganjur untuk membatal atau menunda konsert anjuran mereka. Agak tidak mahu dibanjiri komen pembeli tiket yang kurang puas hati? […]
LikeLike