Sekali lagi, gelaran juara Berani Nyanyi? jatuh kepada seorang penggiat teater!
Siti Khalijah telah menewaskan 5 lagi peserta di peringkat akhir iaitu Dalina Jaapar, Farhana M Noor, Izyan Mellyna, Junaidi Sali dan Marina Yusoff.
Siti Khalijah telah membawa lagu ‘Kau Kunci Cintaku’ oleh Ramlah Ram dan ‘Kudaku Lari’ oleh Emillia Contessa.
Malah, busana yang dipakai Siti Khalijah mirip sangat dengan busana Ramlah Ram tatkala beliau berada di pentas Anugerah Juara Lagu pada tahun 1988!
Bagi pusingan duet pula, Siti Khalijah berganding dengan Farhan Shah, membawa lagu ‘Keliru’ nyanyian asal Nurul dan Ajai.
Tak boleh dinafikan bahawa mutu persembahan pemenang Berani Nyanyi 2 ni mantul betul. Sampai bawak kuda kat pentas! Maklumlah, penggiat teater kan? Kalau tak meletop, tak sah!
Tahun lepas, Salif Hardie merangkul takhta juara Berani Nyanyi musim pertama. Pelik sekali, tiada akhbar Melayu setempat yang membuat liputan mengenai kemenangannya. Mujur tahun ini Berita Mediacorp telah membuat laporan. Kemungkinan besar tidak ingin ditegur pihak kami lagi.
Peringkat akhir Berani Nyanyi? 2 dihoskan Najip Ali, Era Farida dan Hafidz Rahman. Peraduan nyanyian ini menampilkan barisan juri hebat – Hyrul Anuar, Sheikh Haikel, Rosalina Musa, Aisyah Aziz, Hetty Sarlene, Gurmit Singh dan Taufik Batisah.
Antara personaliti yang menyertai musim kali ini ialah Vernetta Lopez, Gabriel Quak, Shane Mardjuki, Gloria Tan, Rishi Budhrani, Natasha Faisal, Khairudin Samsudin, Suhaimi Yusof, Nadiah M Din, Shah Iskandar, Huda Ali, Fiza O, Atyy Malek, Fatin Amira, Zhin Sadali, Fadhli Abdullah, Adlina Adil, Irfan Kasban, Fadly Awaludin, Chef Mel Dean, Adam Swandi, Fadhlur Rahman, Aura Shai dan Fadli Kamsani.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Mediacorp)


[…] Smooth, artis muda dengan suara menyayat hati dan berkarisma; dan juara Berani Nyanyi musim kedua, Siti Khalijah, yang sememangnya berbakat dalam dunia teater turut tampil di konsert DISKORAMA! menjanjikan satu […]
LikeLike