Celah mana menyentuh jiwa? – Nick Mikhail komen persembahan Irfan Kasban di Berani Nyanyi 2

😑😑😑😑.. Celah mana menyentuh jiwa? Percubaan yang baik tapi tiada apa yang menyentuh jiwa tentang ini… maaf

Nick Mikhail

Itulah yang ditulis mantan pelakon Singapura di sebuah kiriman video nyanyian Irfan Kasban di pertandingan Berani Nyanyi musim kedua.

Irfan Kasban telah menyanyikan lagu Cenderawasih (nyanyian asal 2D) di peraduan Berani Nyanyi musim kedua yang disiarkan Selasa lalu di saluran Suria. Video tersebut turut dimuatnaikkan di akaun Instagram Mediacorp.Untukmu di mana komen Nick Mikhail tertera.

Nampak gaya, Nick kurang setuju bahawa persembahan sayu penerima Anugerah Seniman Muda itu.

Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera lah eh? Masing-masing boleh tafsirkan persembahan ikut suka hati sendiri. Tak ke gitu?


Irfan Kasban merupakan seorang pengarah, penulis naskhah teater dan pelakon yang telah dipilih sebagai penerima Anugerah Seniman Muda, Majlis Seni Kebangsaan (NAC) pada 2020.

Namun begitu, nyanyian Izyan Mellyna mendapat pujian warganet! Ada sampai samakan dengan menonton rancangan Gegar Vaganza.

Beliau memebawa lagu Gemilang, nyanyian asal Jaclyn Victor.

Amboi… mungkin Gegar Vaganza 11 ada Izyan? Tiber…

Berani Nyanyi 2 bersiaran di Suria setiap Selasa jam 8.30 malam.

Dihoskan Najip Ali, Era Farida dan Hafidz Rahman, peraduan nyanyian ini menampilkan barisan juri hebat – Hyrul Anuar, Sheikh Haikel, Rosalina Musa, Aisyah Aziz, Hetty Sarlene, Gurmit Singh dan Taufik Batisah.

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Tatu baru Nick Mikhail tanda cinta abadi King Coco – Pengkritik Sandiwara Batal balasan