All Stars Gegar Vaganza: Hady Top 2, Aliff hampir tersingkir

Aliff Aziz meraih markah sebanyak 62% dengan lagu Arjuna dalam minggu ke-6 All Stars Gegar Vaganza, membuatnya di bottom two bersama Zamani.

Mujur, wakil Singapura itu terselamat kerana Zamani hanya meraih markah sebanyak 56.5% dengan lagu Kau Pergi Jua menyebabkannya untuk terkecundang dalam pertandingan realiti yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse ini.

Seorang lagi bakat Singapura, Hady Mirza, berjaya menawan juri dan menempatkannya di tangga kedua, di belakang Liza Hanim yang mengatasi minggu ke-6 ini.

Hady mendapat markah sebanyak 76.5% dengan lagu Hati. Selain itu, Hady juga mendapat hadiah mingguan Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat).

Pada minggu ke-7, Hady akan menyanyikan lagu Romancinta manakala Aliff pula akan membawa lagu Gerhana Luka Cinta.

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan komen