Fuad Rahman, Tom sertai Famili Duo di TV3!

Pasangan selebriti suami isteri Singapura-Malaysia, Fuad Rahman dan Tom, sertai rancangan realiti nyanyian TV3 berjudul Famili Duo.

Musim ketiga Famili Duo itu akan berlangsung selama 8 minggu setiap Ahad mulai 15 Oktober, 9 malam.

Selain alumni Gegar Vaganza musim 9 tersebut, antara pasangan lain ialah Adira & Emma Suhaimi, Ryan & Adam Bakery, Haqiem Rusli & Ariff Bahran serta Shila & Syahir Amzah.

Eh, nampaknya ada tiga orang alumni GV9 yang sertai pertandingan ini! Shila Amzah pun GV, kan.

@tv3malaysia

Duo Tom & Fuad Rahman 🫶🤩 ▶️ Nantikan #FamiliDuo3 mulai 15 oktober setiap Ahad, jam 9 malam hanya di TV3! Korang boleh Strim secara Live HD di Tonton melalui http://www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton okies 😘 #FamiliDuo2023 #FamiliDuo3 #FamiliDuoTV3 #OGAWAxFD3 #OGAWAMalaysia #elegantcosmetics #CentrumMalaysia

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Hos dan juri rancangan ini kekal sama iaitu Izzue Islam & Janna Nick serta Ajai & Mas Idayu.

Menurut lelaman Oh Bulan!, pertandingan ini menyaksikan lima pasangan selebriti popular berentap (battle) setiap minggu dengan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan sebanyak RM10,000!

Tambahan pula, para finalis Famili Duo untuk musim baharu ini berpeluang untuk merebut hadiah utama sebanyak RM100,000 di pentas akhir.

Berdasarkan artikel BH Online, pasangan keenam Famili Duo hanya akan didedahkan dalam episod pertama Famili Duo.

Anda boleh saksikan Famili Duo di TV3 atau aplikasi Tonton. Kalau nak tengok menerusi lelaman Tonton, korang kenek ada VPN dan nombor Malaysia tau!


Dah alang-alang cakap pasal Fuad Rahman, tahu tak korang bahawa belia bersama Ryzall Noh dan Iskandar Ismail juga akan mengadakan konsert berjudul Rock Santai tidak lama lagi.

Konsert tersebut akan berlangsung di The Star Gallery pada 28 Oktober.

Dapatkan tiket anda di sini

Ayuh kita sokong bakat tempatan!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: MStar)

One comment

Tinggalkan Jawapan kepada All Stars Gegar Vaganza: kedudukan Hady merosot, Aliff di tangga ke-5 – Pengkritik Sandiwara Batal balasan