Jujur, Benci Bilang Cinta, Cinderella. Itulah antara lagu-lagu popular Radja ketika zaman kegemilangan mereka.
Tahun depan, uolls boleh saksikan mereka di Bukit Bintang Temasek tau!
Di akaun Instagram PROJ3CT69, mereka menyatakan bahawa tiket konsert Benci Bilang Cinta ini sudah pun mula dijual mulai semalam. Tiket bermula pada harga $108 di lelaman Sistic.
Menarik sekali, hanya lantai pertama panggung itu terbuka. Pandai!
Sekiranya anda ingin healing bersama Kasela (vokalis), Moldy (pemain gitar), and Seno Aji Wibowo (pemain dram) tahun depan, cepat-cepat beli tiket!
TIKET DI SINI
Selain itu, PROJ3CT69 juga menganjur konsert-konsert lain seperti konsert XPDC Kita Peng-Yu, Legacy Continues yang berlangsung esok dan kumpulan Armada Asal Kau Bahagia pada 18 Oktober kelak. Semoga berjaya, ya!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Sistic)

[…] tadi, pihak penganjur PROJ3CT69 telah mengumumkan di Instagram mereka bahawa konsert Armada Asal Kau Bahagia akan dijadualkan […]
LikeLike
[…] sepatutnya berlangsung pada 18 Oktober dan kemudian ditunda akan berlangsung selari dengan konsert Radja pada 27 Januari 2024, pada hari enam di Bukit Bintang […]
LikeLike