Mulakan 2024 dengan konsert Radja!

Jujur, Benci Bilang Cinta, Cinderella. Itulah antara lagu-lagu popular Radja ketika zaman kegemilangan mereka.

Tahun depan, uolls boleh saksikan mereka di Bukit Bintang Temasek tau!

Di akaun Instagram PROJ3CT69, mereka menyatakan bahawa tiket konsert Benci Bilang Cinta ini sudah pun mula dijual mulai semalam. Tiket bermula pada harga $108 di lelaman Sistic.

Menarik sekali, hanya lantai pertama panggung itu terbuka. Pandai!

Sekiranya anda ingin healing bersama Kasela (vokalis), Moldy (pemain gitar), and Seno Aji Wibowo (pemain dram) tahun depan, cepat-cepat beli tiket!

TIKET DI SINI

Selain itu, PROJ3CT69 juga menganjur konsert-konsert lain seperti konsert XPDC Kita Peng-Yu, Legacy Continues yang berlangsung esok dan kumpulan Armada Asal Kau Bahagia pada 18 Oktober kelak. Semoga berjaya, ya!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Sistic)

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Konsert Armada gabung dengan Radja – Pengkritik Sandiwara Batal balasan