Demam GV landa SG, Hetty Koes Endang beraksi di panggung Mediacorp!

Sebut saja Gegar Vaganza, pasti nama Hetty Koes Endang akan terpaut bersama. Mestilah, komennya yang tulus lagi menarik membuat pengalaman menonton peraduan realiti ikonik itu lebih mengasyikkan.

Kepada peminat Gegar Vaganza yang ingin menonton penyanyi itu secara LIVE, uolls boleh pergi konsert beliau tahun depan!

Menurut siaran Instagram DJ terkenal lagi meletop, Hafeez Glamour, konsert Melodies of Nostalgia yang menampilkan penyanyi Indonesia itu akan berlangsung pada 13 Januari di The Theatre at Mediacorp.

Penjualan tiket early bird boleh didapati sekarang hingga 5 Oktober di lelaman Ticket Master.

BELI TIKET DI SINI

Tiket bermula pada harga serendah $109 manakala tiket Meet & Greet pada harga $288.

So apa tunggu lagi? Belilah tiket!

Also, jangan lupa tonton Geger Vaganza All Stars malam nanti. Sama-sama kita sokong bakat Singapura yang bertanding, iaitu Aliff Aziz dan Hady Mirza. Semoga mereka boleh bertahan dalam pertandingan ini kali ini juga, amin!

Kalau takde saluran Astro, harap-harap Facebook Kedai Emas Nurul Iman boleh tunjuk Gegar Vaganza Minggu Pertama secara langsung lah eh..?

– Pengkritik Sandiwara

5 comments

Tinggalkan komen