Anak 90an imbau memori bersama NewBoyz, tahun depan ada lagi?

Lebih 5,000 peminat New Boyz mengimbau memori zaman 2000an di Bukit Bintang Temasek dengan lagu-lagu ikonik New Boyz malam semalam.

Kumpulan asal Malaysia yang diterajui Tomok itu mengubati rindu peminat Singapura, membawa mereka ke zaman muda tatkala kumpulan New Boyz masih dalam era perdana mereka.

Antara lagu-lagu yang mereka bawakan dalam konsert anjuran SAH Entertainment dan Eventify ini adalah Putus, Rajuk Di Hati, SMS, Lolita dan banyak lagi.

Semestinya, konsert New Boyz LIVE in Singapore ini tidak lengkap dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang dan Meraung. Satu panggung bergema apabila lagu itu didendangkan.

Apa yang membuat konsert ini lebih bermakna buat NBianz dan Tomokianz adalah apabila drummer Along New Boyz muncul setelah sudah lama tidak bersama kugiran ini.

Ia merupakan satu detik yang amat menyentuh jiwa melihat Along menyertai ahli-ahli yang lain buat lagu-lagu terakhir konsert ini.

Melihat panggung Bukit Bintang Temasek yang dipenuhi peminat di ketiga-tiga tingkat, Tomok berkata bahawa beliau tidak akan melupakan saat ini. Beliau juga ingin kembali ke Singapura untuk sebuah konsert lagi tahun depan.

Selain itu, Tomok juga menyanyikan lagu Happy Birthday kepada September babies dan juga Zack New Boyz, yang meraikan ulang tahunnya hari ini!

@pengkritiksandiwara

Tomok dendangkan lagu Happy Birthday kepada Zack dan semua September babies di konsert Newboyz LIVE in Singapore! #NewBoyzLIVEinSG #NewBoyzSejarahMungkinBerulang #concert #birthday #galau #sg #my #tiktok

♬ original sound – Pengkritik Sandiwara – Pengkritik Sandiwara

Di NGL kami, rata-rata ramai yang mengatakan bahawa konsert ini sungguh mengasyikkan. Cuma bab merchandise je perlukan sedikit peningkatan.

Selain itu, Min rasa SAH Entertainment ni memang suka turuti kehendak peminat kan? Diorang nak lirik, SAH kasi lirik. But of course tu boleh diperbaiki!!! Usaha yang bagus, konsert Galau kita kasi lagi mampat tau.

But korang setuju tak semalam sound kuat sangat?

– Pengkritik Sandiwara

gambar header: SAH Entertainment

2 comments

Tinggalkan komen