Nick Mikhail dan King Coco muncul dalam tiktok

Mungkin inilah kali pertama dua selebriti, King Coco dan Nick Mikhail, muncul dalam satu video TikTok bersama baru-baru ini.

Selama ini, desas-desus merebak menyatakan bahawa mereka sedang berdating tapi tiada bukti kukuh.

@nickmikhailrazak

Gagal dalam bercinta…haiz @K1ngcoco official Its ok i try again #akunickmikhail #takmengapa #sgloanbroker

♬ Tak Mengapa – A. Rahman Hassan

Namun, video TikTok di mana mereka berdansa bersama sambil lagu Tak Mengapa nyanyian A. Rahman Hassan berkumandang di latar belakang juga tidak membuktikan apa-apa tentang gosip liar yang melanda mereka.

Lokasi video tersebut menunjukkan lokasi Hotel W di Kuala Lumpur.

Beberapa hari yang lalu, Nick Mikhail mendendangkan lagu dan mengetag King Coco.

@nickmikhailrazak

Belum masanya but when the time is right these are my words for you @K1ngcoco official #akunickmikhail #sgloanbroker #saturasacinta #kingcoco

♬ original sound – Nick King Mikhail – Nick King Mikhail

Sebelum ini, video King Coco yang dimuatnaikkan ke TikToknya punyai watermark Nick Mikhail.

Walau bagaimanapun, kami doakan yang terbaik buat mereka.

– Pengkritik Sandiwara

3 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Celah mana menyentuh jiwa? – Nick Mikhail komen persembahan Irfan Kasban di Berani Nyanyi 2 – Pengkritik Sandiwara Batal balasan