Mana pergi Hans Ashrie?

Min terkejut melihat barisan DJ-DJ Ria yang secara tiba-tiba… ramai. Korang lihat saja siaran Instagram mereka baru-baru ini.

Macam ramai, kan? Ada sembilan DJ tau! Uolls tengok rancangan apa setiap DJ kendalikan:

#𝟮𝗕𝘂𝗱𝗮𝗸𝗡𝗮𝗸𝗮𝗹
𝗡𝗶𝘁𝘆 𝗕𝗮𝗶𝘇𝘂𝗿𝗮 & 𝗭𝘂𝗵𝗮𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗱𝗿𝗶𝘀
Isnin – Jumaat | 6 pg – 10 pg
 
𝗥-𝗔𝗗𝗜-𝗢𝗔𝗞𝗧𝗜𝗙
𝗔𝗱𝗶 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻
Isnin – Jumaat |  10 pg – 12 tgh hari
 
𝗚𝗘𝗡-𝗠
𝗔𝗱𝗶 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻
Isnin – Khamis | 12 tgh hari – 2 ptg
𝗔𝘇𝗹𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶
Jumaat | 12 tgh hari – 2 ptg
 
𝗥𝗜𝗔 𝗞𝗿𝘂𝘇
𝗔𝘇𝘂𝗿𝗮 𝗚𝗼𝗵 & 𝗙𝗮𝗱𝗹𝗶 𝗞𝗮𝗺𝘀𝗮𝗻𝗶
Isnin – Jumaat | 4 ptg – 8 mlm
 
𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝗻𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗣𝘂𝗻𝘆𝗮
𝗗𝗮𝗹𝗶𝗻𝗮 𝗝𝗮𝗮𝗽𝗮𝗿
Isnin – Jumaat | 8 mlm – 12 tgh mlm
𝗛𝗮𝗳𝗶𝗱𝘇 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻
Isnin, Rabu & Jumaat | 10 mlm – 11 mlm
 
𝗠𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗝𝗮𝗺 𝟭𝟮
𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇 𝗔𝘇𝗶𝘇 (𝗨𝗫𝗠)
Isnin – Jumaat | 12 tgh mlm – 1 pg

Bila dah habis baca ni semua, baru Min tersedar… Eh, mana si Hans Ashrie? Bukan ke baru bulan lima haritu dia join Ria balik? Dia bersama Nity Baizura kendalikan #2BudakNakal pada slot pagi. Tapi sekarang digantikan dengan Zuhairi Idris pulak!

Hans Ashrie juga kendalikan MJ12 dan Dansapura (pada hujung minggu).

Kali terakhir Hans Ashrie muncul di suapan Instagram Ria adalah pada 11 Jun di mana dia sedang mengendalikan rancangan Jukebox987.

Setelah itu, terus senyap. Takde pun pengumuman kata yang dia dah tinggalkan Ria… selalu kalau DJ tetap nak pergi kan macam ada pengumuman gitu kan?

Dia sekarang kerja belakang tabir ke?

Bukan itu saja, Di IG peribadinya, Min perasan dah lama tak nampak Story dia. Feed dia pun dah tak aktif.

Walau bagaimanapun, kami doakan yang terbaik untuk Hans Ashrie! Kalau korang tau dia mana, kongsi di NGL pls! Sebab ramai orang jugak slide DM Min tanya Min…

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Ria)

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Fauzi Azzhar kembali beraksi di socmed – Pengkritik Sandiwara Batal balasan