25 tahun diungkap dalam konsert Rossa, penonton hambar

Walaupun sudah lebih dua dekad berkecimpung dalam industri hiburan, tenaga Rossa tetap berada di kemuncak!

Malam yang tak boleh dilupakan

Penonton Singapura dihiburkan dengan lagu-lagu hits Rossa serta lagu-lagu daripada album terbarunya yang diberi judul Another Journey: The Beginning, selaku judul konsert ini.

Malam 12 Ogos pasti menjadi malam yang akan terus terpaut di fikiran peminat Rossa yang menggelar diri mereka Pencinta Rossa.

Apakan tidak, bukan saja mereka disaji suara lunak Rossa tetapi kisah-kisah relatable yang kena dengan lagu yang didendangkannya membuat penonton dalam mood galau dan healing!

Lagu hits jadi tumpuan

Hampir 5,000 penonton (bukan sold out show) mengisi panggung Bukit Bintang Temasek yang dipenuhi anak-anak muda, terutama para Millennials. Ye lah, mereka kan membesar dengan lagu-lagu hits Rossa, takkan lah diorang nak terlepas peluang tonton Rossa secara LIVE di Singapura, kan?

Lagu-lagu evergreennya seperti Takdir Cinta, Ayat-ayat Cinta dan Atas Nama Cinta yang dinyanyikan dalam bentuk medley mendapat sambutan yang begitu hangat sekali. Sama juga seperti lagunya yang lain iaitu Hati Yang Kau Sakiti, Terlanjur Cinta (berduet dengan Sufi Rashid) dan banyak lagi.

Rossa menutup konsertnya dengan Pudar dan Hey Ladies yang membuat satu panggung havoc, penonton berdiri dan berdansa bersama Rossa.

Rizky dan Mahalini patut kembali ke SG?

Detik-detik Rizky Febian dan Mahalini muncul di pentas saat diperkenalkan, gegaran dapat dirasakan di Bukit Bintang Temasek!

Penonton seolah-olah menanti-nantikan saat-saat penyanyi jemputan ini membuat penampilan.

Rizky menyanyikan Bertengkar Manis bersama Rossa, manakala Mahalini mendendangkan lagu tulisannya sendiri Lupakan Cinta dengan Teh Ocha.

Tapi… kenapa masa mereka duet kan. Korang tak nyanyi? Huh? Seolah-olah Beyoncé suruh korang pergi on mute?

Penonton tak kenal album baru Rossa

Meskipun konsert ini berjudul Another Journey: The Beginning, pada pendapat Min, tak ramai yang sebenarnya dengar album Rossa sebelum ke konsert ni.

Tatkala Rossa menyanyikan lagu-lagu barunya seperti Masih, Terlalu Berharap, Sekali Ini Saja, penonton… senyap. Yang pelik, lagu Akhirnya yang amat rancak dan dansa vibes pun segelintir saja yang berdiri dan menikmati persembahan Teh Ocha.

@pengkritiksandiwara

Sedutan konser @Rossa di Singapur!!! @SAH Entertainment @Sisa Rasa-Mahalini Raharja @Rizky Febian #concert #singapore #rossa #pencintarossa #fyp

♬ original sound – Pengkritik Sandiwara – Pengkritik Sandiwara

Kesian Min tengok uolls yang hanya tahu lagu hitsnya padahal konsert ni album tour kot… Senyap je bila Rossa nak korang nyanyi lagu baru dia… Rossa deserves better tbh.

Harap sangatlah lepas ni, korang pergi dengar album dia tau! Kat Spotify ade eh.

10 lagu je nok, tak susah.

Korang semua macam betul je nak healing dengan Rossa tapi lagu-lagu baru dia semua tak tau. Padahal lagu baru dia pun healing terox wei.

Tapi jangan salah sangka, bukan crowd konsert ni hauk. Bila part lagu klasik, semua kasi 100%. Cuma kalau boleh, kita konsisten ah so baru power kan…

Min tetaplah enjoice konsert ni. Tapi Min enjoice secara tersendiri. Min tak dapat enjoice dengan the crowd. Korang faham tak?

Apa pendapat uolls tentang konsert Rossa? Cuba kongsi bersama kami di sini.

Terima kasih Rossa atas persembahan yang memukau sekali. Maaf kerana penonton Singapur kurang seru.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: SAH Entertainment)

P.S.

Rossa jelaskan erti “Cunty”:

@pengkritiksandiwara

Dalam konsertnya di Singapura, Rossa menjelaskan erti “cvnty”. Menurutnya, “cvnty” bererti sabar. ❤️ #rossa #khanti #mahalini #rizkyfabian #rossa25shiningyears #anotherjourneythebeginning

♬ original sound – Pengkritik Sandiwara – Pengkritik Sandiwara

4 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Mahalini, Rizky Febian kongsi pentas di SG buat pertama kali – Pengkritik Sandiwara Batal balasan