Tak sampai setahun, Ungu kembali ke SG

Kayaknya Ungu rindu Singapur deh!

Kumpulan popular Ungu akan kembali ke Bukit Bintang Temasek sekali lagi untuk hiburkan peminat Singapura.

Konsert mereka kali yang dianjur Daily Entertainment Asia ini berjudul Rhythms & Passion akan berlangsung pada hari empat, 28 September, jam 8 malam.

Dapatkan tiket anda di sini

Terakhir sekali Pasha dan rakan-rakannya ke Singapura adalah pada 22 Oktober, yang dianjur SAH Entertainment, juga di lokasi yang sama. Dalam konsert itu, Aina Abdul menjadi penyanyi jemputan.

Sekiranya anda terlepas konsert tahun lalu, cepat-cepatlah beli tiket! Korang mesti nak dengar lagu Cinta Dalam Hati, Tercipta Untukku, Demi Waktu dan banyak lagi secara LIVE kan?

Atau anda minat gila dengan Ungu dan ingin hidupkan semula malam 22 Oktober?

– Pengkritik Sandiwara

One comment

Tinggalkan komen