Persembahan sulung antarabangsa Dolla buat Tabby nangis

Sorakan peminat Singapura membuat salah seorang ahli Dolla menangis di pentas sedang mereka menari dan menyanyi ke rentak irama “BAD”. 

Nangis tanda gembira

Begitulah reaksi Tabby apabila terdengar sorakan para iDolla Singapura (nama fanclub kumpulan Dolla) menyeru lirik lagu “BAD” semalam di acara Majulah Night Fest 2023 yang berlangsung di Somerset Scape Park pada 30 Julai.

Ia merupakan kali pertama kumpulan pop wanita Malaysia itu, yang dirangkumi Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby, membuat persembahan di Singapura. Tambahan pula, ia juga merupakan persembahan sulung antarabangsa mereka!

Tabby juga berkongsi di Twitternya bahawa beliau terharu atas sokongan yang diberi oleh peminat Singapura sehinggakan membuatnya menitis airmata. Tabby berkata bahawa beliau dan kumpulannya amat bersyukur dan berharap dapat merantau untuk berjumpa lebih banyak iDolla.

Dolla bring the house down

Dolla merancakkan pentas Majulah Fest dengan lagu BAD, Look At This, Dolla Make You Wanna dan Watch Me Glow.

Suasana festival menjadi riuh rendah apabila Dolla muncul di pentas, sampai ada yang ingin merisik gadis-gadis itu hanya kerana keluarga Dolla juga turut menonton di situ!

@pengkritiksandiwara

Persembahan pertama @Dolla Official di pentas antarabangsa di Singapura @MAJULAH MUSIC NIGHT! #dolla #idolla #damelo #universalmusicmalaysia

♬ original sound – Pengkritik Sandiwara – Pengkritik Sandiwara
.

Untuk menarik peminat Singapura, kumpulan di bawah naungan Universal Music itu menyanyikan BAD versi Inggeris.

(Ekcili Min tak hafal versi Inggeris of their songs so Min agak hampa bila mereka mulakan konsert dengan versi Inggeris BAD sebab Min pk semua lagu versi Inggeris… tapi syukur lagu lain (selain Impikan) dinyanyi dalam versi asli [ni sekadar pendapat peribadi])

Mereka juga cuba mengenalkan diri dalam Bahasa Mandarin, sungguh comel sekali!

@meowidolla

DOLLA introducing themselves in Mandarin ft. Laoshi Angel #dolla #dollaofficial #majulahmusicnight #tiktokmalaysia #tiktoksg #fyp

♬ DAMELO – DOLLA
.

Sokongan peminat yang tak terhingga

Selain itu, para iDolla SG mengenakan baju putih untuk menunjukkan sokongan mereka pada malam tersebut. 

Pembikin konten @luqmanshii juga sempat memberi patung Doraemon kepada Syasya, comel sekali!

Persembahan Damelo buat julung-julung kalinya

Setelah tamat menyanyikan empat buah lagu, ahli-ahli Dolla keluar pentas tetapi para peminat seolah-olah inginkan persembahan encore! Maklumlah, beberapa hari yang lalu, mereka baru saja melancarkan single terbaru mereka berjudul Damelo… Bak kata Kak Lina Pom Pom, takkan lah kita diam!

Pemenang Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu kembali ke pentas untuk menunaikan permintaan peminat yang berteriak. Dan buat julung-julung kalinya peminat Dolla dapat menonton persembahan Damelo secara LIVE di pentas antarabangsa di Majulah Music Fest! Sungguh bertuah peminat Dolla Singapura, kan?

Min tak sangka mereka akan menari mengikut koreografi Pizza Hut… but ok work!

Semoga Dolla akan terus berjaya bukan saja di Malaysia dan Singapura tapi mendominasi dunia. Amin (tiber).

Siapa Dolla?

Sekiranya uolls dah baca sampai sini tapi tak kenal Dolla, anda mungkin tahu lagu Raya Raya Raya yang tular pada musim Raya tahun lepas, ah ni lah diorang! Cepat, stream Dolla di Spotify (atau wadah muzik kegemaran anda).

.

Ha… kalau dah minat dan nak tengok mereka LIVE, Dolla akan buat persembahan di Johor pada bulan Oktober nanti di Kepci Music Fest. Dan… ia percuma! Lebih banyak butiran di sini.

Apa pendapat anda tentang persembahan Dolla di Singapura? Jom kongsi!

Selain Dolla, artis-artis yang turut menggemparkan acara Majulah Music Night anjuran Zendyll Music semalam adalah Glenn Yong, J.Sheon, Feez, Hongjoin dan Jasmine Yen.

Pengkritik Sandiwara

6 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Konsert DOLLA di Singapura pada 22 November? – Pengkritik Sandiwara Batal balasan