Nama Melayu Star Theatre dipilih

Setelah sebulan mengundi, masyarakat Melayu setempat akhirnya sebulat suara telah menentukan istilah Melayu bagi Star Theatre.

Diberi nama ‘Bukit Bintang Temasek’, nama ini bukan saja dipilih warganet Melayu Singapura tetapi diiktiraf oleh Majlis Bahasa Melayu Riau Singapura, Jabatan Guru-guru Progresif Singapura serta badan-badan budaya yang lain.

Ini bermakna, secara rasmi dan tidak rasmi, istilah ‘Star Theatre‘ patut ditukarkan menjadi ‘Bukit Bintang Temasek’ mulai hari ini, 23 Jun 2023.

Menurut Profesor Madya Zulkarnain Ahmad, selaku ketua guru Bahasa Melayu di Bukit Merah mengatakan bahawa nama itu melambangkan jasa Star Theatre dalam membangunkan budaya hiburan Melayu yang semakin pesat.

Tambahnya lagi, ia memberi harapan bahawa muzik akan terus menjadi pemangkin dalam melestarikan Bahasa Ibunda ini.

Erti Bukit Bintang Temasek

Nama Bukit Bintang Temasek yang mendapat sebanyak 39.51% undian, mempunyai makna tersirat yang tersembunyi.

‘Bukit’ melambangkan ketinggian teater itu yang mencecah tingkat 10.

‘Bintang’ pula merujuk kepada artis-artis tahap antarabangsa yang mampu menyatukan masyarakat Melayu di Singapura. Pada masa yang sama, merupakan terjemahan ‘star’.

‘Temasek’ pula mengingatkan orang ramai akan jati diri kita sebagai anak Singapura, sekaligus membezakan tempat ini dari Bukit Bintang di Kuala Lumpur, Malaysia.

Dua nama lagi yang tercalon adalah ‘Panggung Gereja Bintang’ dan ‘Teater Kerdipan Cakerawala’.

Antara konsert-konsert yang akan menghiasi Bukit Bintang Temasek adalah konsert Ella, Newboyz, Rossa, D’Masiv, M Nasir dan banyak lagi.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: FB The Star Vista, Ticket Master)

(Star Theatre tiada kaitan dengan pemilihan nama ini. Segala di sini hanya untuk hiburan semata-mata)

54 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Tiket konsert Taufik Batisah laku keras, SAH Entertainment buka jualan Circle 2 – Pengkritik Sandiwara Batal balasan