Kepopularan lagu SWIPE nyanyian Alyph masih belum terhenti.
Semalam, syarikat gergasi makanan segera McDonald’s mengeluarkan iklan yang menggunakan lagu SWIPE yang diberi suntikan baharu!
Diberi tajuk Do Da Dip, iklan itu memperkenalkan sos cecahan yang terdapat di McDonald’s Malaysia (atau lebih dikenali sebagai Mekdi oleh warga Malaysia) untuk McNuggets mereka.
Lagu SWIPE amatlah serasi buat iklan ini kerana liriknya yang sehingga kini terpaut dalam fikiran warganet iaitu “Kalau aku like, aku like.” Dalam iklan ini, ia merujuk kepada sos cecahan.
Terdapat lima sos yang boleh anda nikmati di McDonald’s Malaysia – Sweet Chilli, French Cheese, Sweet ‘N Sour, BBQ, Cajun dan Japanese Curry. Bila agaknya ia akan sampai ke Singapura eh?
Melihat Alyph melakukan gerakan jari-jemari ala tutting seperti Dr Strange sambil memegang McNugget juga amat menghiburkan. Amat smooth sekali aksinya!
Kami harap Alyph akan terus mendapatkan beg-beg yang layak beliau dapatkan, insyaAllah.
Sebelum ini, lagu SWIPE ini berjaya menebus pasaran Indonesia juga. Di YouTube pula, video SWIPE mendapat hampir 10 juta tontonan.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: YouTube McDonald’s Malaysia)

[…] tular dengan lagu SWIPE sehingga menebus pasaran Indonesia serta menjadi iklan McDonald’s Malaysia, rezeki Alyph seperti tidak […]
LikeLike
[…] tersirat di setiap lapisan langit. Tapi yang jelas, rebut melepaskan apa yang terpendam,” Kongsi ALYPH tentang inspirasi di sebalik tajuk albumnya […]
LikeLike