Jamal Abdillah buat konsert kat Esplanade!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pasti uolls dah terserempak dengan iklan konsert Dato’ Jamal Abdillah di socmed korang kan? Banyak orang Melayu jadi target ad ni.

Bagi yang tak tahu, Raja Pop bersuara maskulin itu bakal membuat konsert sempena 50 tahun dalam industri hiburan ini.

.

Untuk meraikan tahun baru 2023, anda boleh saksikan Jamal Abdillah di Esplanade pada 1 Januari kelak, jam 8 malam.

Berjudul ‘Aku Jamal… Perjalananku’, konsert 90 minit itu akan membuat penonton menyanyi bersama Jamal. Siapa tak ingat lagu-lagu popularnya seperti Kekasih Awal Dan Akhir, Sendiri, Kepada Mu Kekasih dan banyak lagi?

Dengar-dengar, Jamal akan berduet dengan penyanyi Singapura! Siapa eh?

Anda boleh dapatkan tiket anda di Sistic. Untuk pengetahuan anda, hanya tiket untuk Cat 3 Circle 3 je tinggal. So… cepat-cepat beli tau! Nampaknya boleh sold out!

Kalau anak muda minat Masdo, kali ini giliran yang veteran pula!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Sistic)

3 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Pesta Raya kembali, lebih gah tahun ini! – Pengkritik Sandiwara Batal balasan