Facebook nafi akaun tiru identiti Cef Bob menyamar sebagai dirinya

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Oh, what a twist! Kalau kita lihat kes-kes serupa sebelum ini, akaun FB scam yang meniru identiti personaliti popular diturunkan secepat mungkin setelah laporan dilakukan. Namun, nasib yang sama tidak menyebelahi cef popular ini.

Malahan, Facebook sendiri menyatakan bahawa akaun tiru ini tidak menyamar sebagai Cef Bob dan tidak melanggar Community Standards Facebook. Itulah yang tertera di dalam gambar yang dikongsi Cef Bob!

Eh? Boleh gitu?

Laporan polis telah dilakukan dan dalam laporan tersebut, Cef Bob menjelaskan bahawa beliau sudah membuat aduan kepada Facebook tetapi Facebook menafi laporannya.

Seperti biasa, akaun scam ini memberitahu mangsa mereka menang duit or whateva. LOL.

Akaun tersebut, dengan nama ‘Cheff Bob’, masih wujud. Anda boleh melihat kandungannya di sini: https://www.facebook.com/ayuning.najwa. Tapi hati-hati, ya?

.
INI AKAUN PALSU

Busy sis! Sampai Netflix semua keluar. Harap-harap akaun ini akan diturunkan! Ayuh report sama-sama!

Hais, janganlah ada mangsa lagi!!!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Facebook Chef Bob)

One comment

Tinggalkan Jawapan kepada Cef Bob sebab episod terbaik Get Fed di YouTube Overkill Singapore – Pengkritik Sandiwara Batal balasan