Awas! Sekiranya anda terima pesanan daripada ‘Kc Malam-seram’, ia satu penipuan!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Hati-hati jikalau anda menerima pesanan daripada akaun Facebook ‘Kc Malam-seram’ yang menyatakan anda telah memenangi hadiah!

.

DJ KC memaklumkan kepada peminatnya di Facebook dan Instagram bahawa ia satu scam atau penipuan! KC menjelaskan bahawa akaun palsu itu bukan miliknya dan mengingatkan orang ramai agar menyemak kesasihan pesanan itu dahulu.

Nama halaman KC secara rasmi ialah DJ KC, dan nama penggunanya @kcchampionofficial.

Menurut warganet di ruang komen, KC bukanlah personaliti Internet yang pertama di mana identitinya dirampas. Malah halaman Sujimy serta Bonda Bedah Mak Temah juga menjadi mangsa, kata warganet.

Kami cuba mencari halaman ini di Facebook tetapi tiada hasil. Besar kemungkinan halaman itu sudah dipadam atau diprivetkan.

Sekiranya anda terjumpa halaman Fesbuk yang mencurigakan, pastikan anda semak dahulu ok? Kalau akaun fake, REPORT JE!

Pengkritik Sandiwara

3 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Lelaman Facebook Suhaimi Yusof juga terjebak dalam kes pencurian identiti – Pengkritik Sandiwara Batal balasan