Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Hari Kebangsaan ini, syarikat Dream Academy menyiarkan rakaman Dim Sum Dollies di YouTube secara percuma selama 55 jam!
Bertajuk “Dim Sum Dollies – History of Singapore Part 1”, dan “Dim Sum Dollies – History of Singapore Part 2: The Growing Up Years”, anda boleh saksikan persembahan ini sehingga 11 Ogos 9 malam!
Dipersembahkan oleh Selena Tan, Pam Oei dan Denise Tan, persembahan Dim Sum Dollies mengajak anda meneroka sejarah Sang Nila Utama, wanita Samsui dan bermacam lagi!
Bahagian kedua pula menjenguk pencapaian Singapura selama setengah abad lamanya!
Memang bestlah dapat tengok Dim Sum Dollies bersama keluarga tersayang pada hujung minggu yang panjang ini!
– Pengkritik Sandiwara