“Isteriku tercinta” – Aliff Aziz

Salam sejahtera, pembaca setiaku!

Bella Astillah dan Aliff Aziz telah pun mengadakan sesi LIVE di Instagram mereka awal tengah pagi tadi, pada 1 Ramadan.

Ramai warganet yang hairan tapi tidak terkejut melihat pasangan penuh kontroversi itu bermesra di Instagram. Malah, sesi LIVE itu diadakan untuk mengubati rindu peminat.

Anak mereka juga muncul buat seketika dalam sesi itu.

Dalam sesi LIVE itu, Aliff menjelaskan bahawa akaun Instagramnya kosong kerana dilanda “virus” menyebabkan akaunnya tiada apa-apa.

Dalam pada itu, Aliff juga mendendangkan lagu TENANG nyanyian asal Bella.

Bella teresak-esak menanya Aliff siapakah penyanyi lagu TENANG, “lagu saya? Saya siapa?”

Aliff pun menjawab penuh manja, “Lagu isteriku tercinta oooooooo!”

Selain itu, warganet menyarankan agar mereka bernikah secara dalam talian untuk mempereratkan lagi perhubungan mereka.

Ramai juga yang menanyakan di ruang komen sama ada Bella hamil.

Desas-desus menyatakan mereka MUNGKIN sudah merujuk kembali dan kemungkinan Bella hamil.

Walau apapun, kami doakan yang terbaik untuk mereka. Lagi-lagi pada bulan Ramadan ini. Semoga semuanya bahagia!

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: mstar)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s