Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pelakon setempat, Aaron Aziz telah pun memberi amaran kepada rakyat Singapura yang berbahasa Hokkien.
Dalam ucapannya yang juga dikongsi di IG TV, Aaron menggesa orang ramai agar duduk di rumah dan jangan merayap tanpa sebab.
Walaupun Perdana Menteri kita telah berucap dalam tiga bahasa – Mandarin, Melayu dan Inggeris, nampaknya rakyat Singapura tak reti bahasa (pun intended), menyebabkan pelakon Heartlanders itu terpaksa memberi perutusan khas dalam dialek Hokkien.
Moga-moga videonya ini akan ditonton warga Hokkien yang sering keluar rumah waktu tempoh pemutus litar (CB) ini!
InsyaAllah, Xiaxue akan kenal Aaron Aziz selepas ini.
Ingat, duduk di rumah ok? Jom main game undi kami atau bingo yang menarik!
– Pengkritik Sandiwara