Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sekali lagi, Suria terbitkan sebuah drama dengan mesej dari pemerintah!
Kali ini, drama Aman (SG Secure) memberitahu peri pentingnya persediaan awam dalam menangani serangan pengganasan/kumpulan terlampau apabila (bukan jika) berlakunya peristiwa sebegini.
Dibintangi Daddy Fir, Izzat Yusof, Hasif Nasir, Aleeyah Nabilah dan banyak lagi, drama mini ini mengisahkan seorang ayah bernama Aman yang (mungkin) mempunyai PTSD mengenai serangan pengganasan kerana menjadi saksi dalam kejadian tikam-menikam dahulu kala.
Seorang pegawai polis yang juga aktif di balai masyarakat, Aman mengajar orang awam bagaimana untuk bertindak dalam situasi kecemasan. Seperti bagaimana untuk laksanakan CPR, AED dan sebagainya.
Pada masa yang sama, anaknya, Sara, seolah ditarik ke dalam kumpulan terlampau (extremists) oleh pakwenya, Faris.
Wow bapak mati-mati kerja cegah pengganas tapi anak hampir terpengaruh eh?
Pendek kata, si Sara ni pandai ler dan berjaya loloskan diri sebelum dijadikan umpan kumpulan terlampau ni.
Misi kumpulan terlampau yang terdiri daripada 2 orang ini adalah untuk “neutralise them”, tak tahu apasal. Membunuh orang berkuasa yang telah berkelakuan tidak adil kepada pekerjanya kerana memecat mereka sebabkan kemelesetan ekonomi.
Tapi percubaan genocide pertama gagal kerana si anu tu (Faris)… taccod/pengecut. Apa punya ekstremis ler.
Tapi, apakan daya. Cinta remaja putus tiada. Setelah situasi genocide tak menjadi, Sara jumpa Faris untuk beri Faris barang keperluan agar Faris boleh lari diri. Tapi itu semua trap ye polis pun tangkap Faris.
Tapi itu tak berakhir di situ!!! Kerana Jalil masih bebas!
Dia menculik anak bongsu Aman, Ihsan, dan membuat anak kecil itu sebagai pengebom nekad!!!! No!!!!
Tapi kelakarnya dia pakai jambang Santa Claus untuk culik Ihsan!!! Tak perlu pun!!!!

Hahahahaha siapalah tukang prop bagi drama ni??? Takde bajet ke!!!! And of course, rancangan Jalil gagal lagi. Apabila Ihsan tak berjaya lepaskan bom, dia sendiri ke tempat kejadian untuk tikam orang ramai dengan parang tapi diberhentikan.
Cuma… kenapa balai rakyat????? Lokasi apa ni untuk serang. Kenapa tujuan kumpulan Neutralise ni tak begitu kukuh? Macam touch & go je. Takde impak langsung.
Walau apapun, mesej cerita pemerintah ini berjaya disampaikan dan insyaAllah, lebih ramai orang akan lebih peka terhadap pentingnya persediaan kita demi peristiwa sebegini dan akan memuat turun aplikasi SG Secure dan menjadi seorang responder.
Also, pelakon ekstra ni semua poyo eh? Menyampah tengok!
Secara terus terang, ia memang penting untuk sampaikan mesej sebegini kepada masyarakat Melayu dalam bentuk drama jadi ia lebih senang diterima masyarakat tetapi pada masa yang sama, boleh tingkatkan mutu drama atau jalan cerita boleh lebih menarik. Kesian aku tengok bajet tak seberapa. Misai pun macam projek primary school punya. Hmm…
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!