Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Setelah persembahannya yang SOLD OUT di Malaysia, Dayang Nurfaizah akan membuat konsert Dayang Dua Dekad (3D) (asal boleh je tau nak abbreviate) di Singapura!
Ia akan berlangsung akhir tahun ini, pada 28 Disember di Panggung Mediacorp.
Tiket-tiket sudah pun mula dijual di lelaman shady mytickets.asia di mana ia bukan sahaja tidak mesra pengguna, tapi amat mencurigakan.
Tiket hampir kehabisan, ya! Cepat-cepat beli sekiranya anda tidak bercuti ke luar negara hujung tahun ini!
Dayang yang mula popular dengan lagu ikoniknya, Dayang Sayang Kamu kini telah berkecimpung dalam dunia hiburan selama 20 tahun. Sempena Dwiabad Singapura, Dayang akan membuat persembahan menyambut Dwidekadnya!
Lagu Dayang Sayang Kamu begitu terpaut dalam fikiran orang ramai sehinggakan nama Instagramnya juga @dayangsayangkamu! Urgh, a queen yang tidak melupakan asal-usulnya!
Lagu Sebentar yang baru-baru ini dilancarkan, bukanlah gaya Dayang, kan?
Bukan itu saja, liriknya juga seperti… biasa-biasa aje. Ala “what doesn’t kill you makes you stronger”.
Tapi yang penting… Ia sedang bermain di benak fikiran semua orang yang telah mendengarnya, so it’s a win for her!
Tapi… soalan utama yang kita semua ingin tahu adalah… Adakah Hael Husaini akan membuat penampilan khas untuk konsertnya di Singapura untuk menyanyikan lagu Haram bersama-sama?
Dua rakan karib ini seolah-olah tidak boleh berpisah! Comel melihat mereka bersama.
Tu pasal lah Hael Husaini suka simpan misai, sebab dia beard kepada Dayang!
Apakah lagu kegemaran anda yang dinyanyikan oleh Dayang?
Erti Hidup adalah salah satu kegemaran kami!!! Kerana alunan muzik yang tradisional dan lirik yang mendalam.
We all love young Dayang who indeed looked like Beyoncé tapi untuk kata dia Malaysia’s Beyoncé tu macam agak merepek. Kenapa bandingkan 2 queens yang amat berlainan? They only look similar, tapi cara mereka nyanyi dan membuat persembahan amatlah lain!
– Pengkritik Sandiwara

[…] yang dijemput oleh Ajai untuk memeriahkan konsert di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre) adalah Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip, Asmidar, dan Hazama. Setiap daripada mereka terkenal dengan vokal yang […]
LikeLike
[…] betapa gahnya Bukit Bintang Temasek (Star Theatre) kalau tiba-tiba Ajai, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip, Asmidar, Hazama, dan suspect surprise guest kita, Iman Fandi, sama-sama […]
LikeLike
[…] nak tengok konsert Liza Hanim ke, ByAjai & Mega Friends yang menampilkan Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip, Hazama, Asmidar dan Talita Shuib ke, KRU ke, Cakra Khan ke, Exists x Slam […]
LikeLike
[…] Dayang Nurfaizah dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta, sebuah lagu yang kekal menjadi permintaan peminat hingga kini. […]
LikeLike